Monday, 14 May 2018

Teringinnya..aiskrim Frankie & Jo's..

Assalamualaikum..

Masa belek-belek majalah Luxury Portfolio International ni, nak baca tentang 'elevated living in Kuala Lumpur', tak sangka pulak ada artikel tentang kunyit, dibawah tajuk 'Artisan: Turmeric'.

Kunyit???

Haha..cerita kunyit dalam majalah hartanah mewah, hmm...memang out of the league tapi ok juga, jumpa satu benda yang  menarik..



Siapa tak kenal kunyit? kalau tak kenal tu, memang nak kena bahan dengan makcik bawang..hihi. Majalah ni bukan cerita tentang geng kunyit tapi cerita mengenai pelbagai kegunaan kunyit - untuk buat masker, buat sfouf - sejenis manisan di timur tengah, untuk buat minuman dan juga sebagai bahan untuk ais krim. 
Kunyit untuk buat ais krim tu yang menarik perhatian, macamanalah ais krim berperisa kunyit. Pertama kali dengar ni. 

Contoh dalam majalah ni ialah ais krim keluaran Frankie & Jo's, kat USA. Bila tengok website Frankie & Jo's, terus rasa, wow, wow, menariknya produk ais krim mereka. Teringin pulak nak rasa ais krim berasaskan tumbuhan.

Frankie & Jo's : A Plant-based Ice-Cream Shop
  
Hasil idea pengasasnya Autumn Martin dan Kari Brunson, terhasillah ais krim yang '100% vegan', organic dan 'gluten-free'. 

Semuanya berasaskan tumbuhan, buah, sayuran dan bukan dari susu haiwan tapi diperbuat daripada susu kacang cashew dan santan (coconut milk). Santan?? Dan dipermanis dengan gula tebu organik dan kurma deglet dan medjool. Kurma? ini sudah bagus. Untuk kon ais krim, dimaniskan dengan maple syrup.

 source: website Frankie & Jo's
  
Perisa ais krim dan sorbetnya sangat menarik - yang berperisa kunyit tu ialah Gingered Golden Milk.

 Everyday Ice-Cream flavors

Gingered Golden Milk diperbuat daripada coconut milk, coconut cream, cane sugar, coconut oil, cocoa butter, fresh turmeric root (kunyit hidup), fresh ginger (halia), candied ginger (halwa halia), cinnamon (kulit kayu manis), cardamon (buah pelaga), black pepper (lada hitam), sea salt (garam laut).

Melihat kepada bahan-bahannya, macam ais krim herba pulak.. Owhh..ada juga ais krim perisa kurma.

 Every Dates flavors

Dates Shake diperbuat daripada coconut milk, dates, maple syrup, cocoa butter, coconut oil, vanilla extract, salt & nutritional yeast.

Chocolate Date diperbuat daripada coconut milk, CA dates, cocoa powder, sea salt. 


 source: website Frankie & Jo's


 Kon ais krim dia pun nampak yummy sangat..

Overall, memang menariklah ais krim ni, dahlah 100% vegan, organik lagi. Walaupun takde cop halal, tapi melihat kepada bahan-bahannya, nampak boleh dimakan. Lagipun di US, kalau claim produk 100% vegan, organik dan gluten-free, memang 100% betul, they live up by their words, kalau tak, memang kena saman. Tapi nak pi beli/order jauh bebenor, kat Seattle, Washington...huhu..


Kot-kot ada yang nak cuba buat ais krim daripada santan. Banyak pokok kelapa, santan juga benda biasa di sini. Sekarang ni ada ais krim kelapa Sang Kaya, ada coconut shake..lepas ni ada kot ais krim santan...

20 comments:

  1. AISKERIM BERKHASIAT CAMPURAN HERBA KALAU RASANYA SERASI DGN LIDAH OK TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. macamana rasanya aiskrim herba tu...teringin lak nak rasa..huhu..

      Delete
  2. pelik pelik flavour dia... tapi menarik, kalo depan mata mummy grab dah ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..pelik2 perisa nya..yang kurma tu teringin nak rasa..

      Delete
  3. Ais krim di buat dari kunyit... 🤔mmm.... nak kena cuba rasa nie... sedap ke idok....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah..jauh sangat nak pi beli...hihi..

      Delete
  4. Jauh bebenor nun di Seattle sana... huhuu... kalau tetiba nanti ada cawangan dibuka di Pavi ke Midvalley ke nanti, boleh la juga merasa ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 ada lah kan..bahan2nya banyak terdapat kat sini..

      Delete
  5. mesti sedapkan aiskrim ni kalau buka branch di kl pun dh serba mewah sbb bahan2nya bukan biasa2

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpak sedap..teringin nk rasa ais krim berperisa herba..

      Delete
    2. try lah nanti boleh review.. heheh

      Delete
    3. jauh nak pi beli, nak order online, only in US je...huhu..

      Delete
  6. Alamak.. Waktu-waktu gini pula ternampak aiskrim.. Teringin pula nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...perisa aiskrim yg pelik2..

      Delete
  7. Tengah2 malam lepas terawih bukak entry aiskrim.. tp tengok perisa herba pulal erkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. cannot imagine mcmana rasanya..ada lada hitam, kunyit hidup..

      Delete
  8. Tengah pose ni okey..hihi
    Telan air liur jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...sib baik cuaca sejuk hari ni..

      Delete
  9. kalo eskrim luar ni memang yang gluten free sangatlah penting. itu antara reason kita kena check bahan. baguslaa 100% vegan.. and apa agaknya eskrim perasa kunyit hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 100% vegan tu yang rasa confident boleh makan, cuma sangat jauh je...huhu..
      perasa kunyit, halia, lada hitam...huhu..dah mcm masakan pulak..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...