Friday, 4 May 2018

Ucapkanlah Salam..

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat, Sayyidul Ayyam

 sumber: whatsapp

Memberi salam sebelum masuk ke rumah yang berpenghuni, itu sudah biasa. Tapi kalau rumah kosong, tidak berpenghuni, kena juga ucap salam.

Maka ucapkanlah juga salam "Assalamualaina Wa'ala ibadillahissolihin"

Kalau dalam rumah tiada orang, malaikat yang akan jawab salam kita, tapi, jika syaitan yang ada di dalam rumah kita, salam itu akan memedihkan telinga syaitan, dan membuatnya lari.
 
Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda, maksudnya: 

"Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)
 
sumber: ilmu10.blogspot.com.my

21 comments:

  1. Waalaikumusalam awak.. nice sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita istiqomah mengamalkannya...amiin..

      Delete
  2. Biasakan dari anak2 lagi, mudah2an lekat amalan hingga dewasa, ibubapa kenalah ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..ibubapa kena ajar dan tunjuk teladan kpd anak2..

      Delete
  3. thank you for reminder kakak

    ReplyDelete
  4. mmg kena bagi salam bagi menghindari syaitan n jin drp masuk ke dlm umah kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syaitan n jin pengganggu rumah tangga..

      Delete
  5. UCAPAN SALAM ITUPENTING USAH ABAIKANNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga kita istiqomah...ucapan salam itu satu doa..

      Delete
  6. Memberi salam itu sunnah, menjawab salam itu wajib... terima kasih atas perkongsian dan peringatan ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..memberi salam salah satu syiar Islam...

      Delete
  7. ALHAMDULILAH.. selalu diamalkan. anak2 gak. nice sharing dear.

    ReplyDelete
  8. heheh komen xpernah bg salam.. assalamualaikum. nasib masuk rumah, jumpa org bg salam walaupun kadang2 salam xberjawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..takpe...Alhamdulillah, memulakan inisiatif memberi salam..yg tak jwp salam tu depa jwp dlm hati je kot...husnuzon..

      Delete
  9. betul.. semoga yang jahat2 tinggai kat luaq.. bawa masuk yang baik2 saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul...ahli keluarga akan aman damai..in shaa Allah..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!