Thursday, 4 June 2020

Pertama kali makan minum di luar dalam tempoh PKPB

Assalamualaikum semua..

Sekarang ni, dah dibolehkan dine-in di restoran, cafe dan food court tapi kena patuhi prosedur operasi standard Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hari Selasa ada kerja luar, singgah di food court Menara KPJ di Jalan Tun Razak. Pertama kali pergi food court tapi tak makan di sini cuma minum saja. Tapau makanan untuk lunch (makan di pejabat).

check suhu badan sebelum masuk bangunan

norma baru - tulis nama & no handphone dalam buku
cuci tangan dengan sanitiser

susunan kerusi meja - penjarakkan sosial
 
makan sorang-sorang

menarik foodcourt nya, ada banyak juga pilihan

luas dan bersih

tapau lontong untuk makan tengahari

Pagi semalam pula ke menara pucuk rebung ni, Menara TM Bangsar

Lunch di sini- pertama kali dine-in dalam tempoh PKPB

SOP - kena scan QR code dan isi borang online, ada staff SR check suhu badan

lunch set - mee kari seafood & teh ais limau
sedap..suka kari seafood yang tak heavy mcm ni

kek-kek yang menggoda..menggamit perasaan

beli kek ni - Butterfly Pea Lemon cheese cake
sukaa..tak berapa manis

Butterfly pea lemon cheese cake

Kejadian semalam juga di sebelah petang pula, ada meeting di the Curve Mutiara Damansara - pertama kali ke shopping complex time PKPB..masuk sini cuma check suhu badan je..

Single ladies' and mothers' friendly shopping centre





Dekorasi raya pun simple-simple je

SOP dalam lif

Alhamdulillah, kehidupan kembali normal, dalam norma baru, patuhi SOP - elakkan 3C - crowded space, confined space, close conversation dan amalkan 3W -  kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

#stayhealthy #kitajagakita

Tuesday, 2 June 2020

Jombola

Jombola?...jom main bola? jom tengok bola? tidak andae, nehi, nehi..

Jombola ialah sejenis sukan raket. Gabungan tiga jenis sukan iaitu ping-pong, tenis dan badminton. Bila dengar nama Jombola, kita dah tahu yang asalnya dari Malaysia.

Pertama kali tahu tentang sukan ni bila nampak kain rentang ni..roadshow oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2016..





Dah lama event ni..dah empat tahun berlalu. Gambar ni semua dah lama ada dalam laptop, baru sekarang nak buat entry..adehh..


raket dan bola Jombola

Tak pernah tengok secara live permainan ni. Riki-riki maklumat dalam laman web Persatuan Jombola Malaysia. Sports ni guna gelanggang badminton tapi net yang lebih rendah. 

Semua event dalam website tu dah bertahun lamanya, tahun 2014, 2015. Entah wujud lagi ke tak sports ni, wallahua'lam..macam senyap je..

dah lama tak bersukan outdoor...time pkp, bersukan jg, bersukan bina badan..hehe..ditambah dengan e-sports...

majulah sukan untuk negara...

Monday, 1 June 2020

Bacaan Surah Al-Fath di dalam Hagia Sophia, Istanbul

Hello, Juni..dah masuk bulan Jun 2020...

dah start musim panas, suasana pun panas - panas dengan isu politik Malaysia, panas dengan isu global..

Dua tiga hari ni, bila on internet di handphone, di antara news feed yang selalu muncul ialah bantahan negara Greece kepada Turki mengenai bacaan Al-Quran di dalam Hagia Sophia (Aya Sofya), pada hari Jumaat lepas, 29 Mei 2020.

  Hagia Sophia

Hagia Sophia dibina pada tahun 537 diatas arahan Justinian I, Emperor of the Eastern Roman (Byzantine) Empire. Selama 900 tahun, Hagia Sophia menjadi pusat kepada Kristian Orthodox sehingga tahun 1453 apabila Constantinople (Istanbul) jatuh kepada Kerajaan Uthmaniyyah yang diketuai oleh Sultan Mehmed II (Mehmed Al-Fatih). Selepas jatuhnya Byzantine Empire, Hagia Sophia ditukar menjadi masjid selama 500 tahun lamanya sebelum dijadikan muzium pada 1935 oleh Presiden pertama negara Turki, Mustafa Kemal Atarturk.
 
Hagia Sophia dipilih sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada 1985. Hagia Sophia dianggap sebagai satu monumen penting bukan sahaja di negara Turki tapi di dunia berdasarkan kehebatan senibinanya dan kekayaan sejarahnya.

Pada hari Jumaat, 29 Mei 2020, acara memperingati 567 tahun kejayaan Sultan Mehmed II menakluk kota Constantinople, diadakan di Hagia Sophia. Seorang pegawai agama membaca dua ayat dari Surah Al-Fath (Pembukaan), iaitu ayat 8 dan 9.

 Pegawai agama mengalunkan Surah Al-Fath 
di dalam Hagia Sophia di Istanbul, Turki

Ayat 8


Ayat 9

Acara ini dihadiri juga oleh Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan melalui video conferencing. Selepas membaca dua ayat dari Surah Al-Fath, pegawai agama tersebut membaca doa.  tekan disini untuk melihat acara berkenaan.

Acara di Hagia Sophia (sumber: Iqna)
 
Penaklukan Kota Constantinople ialah satu peristiwa penting kepada umat Islam kerana peristiwa ini membenarkan sabda Nabi Muhammad saw,

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali parit semasa peperangan Khandaq: "Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera-tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Kenapa Greece membantah? 
 
Kita sedia maklum kenapa Greece membantah, sebab hubungan Greece-Turki tidak pernah baik semenjak jatuhnya kota Constantinople (Istanbul) ke tangan orang Islam. Kota Constantinople ialah ibunegara kepada Empire Byzantine. Kejatuhan Kota Constantinople merupakan sejarah pahit kepada Empire Byzantine.
  
Apa kaitan Greece dan Byzantine Empire? 

The Byzantine Empire was the predominantly Greek-speaking eastern half continuation and remainder of the Roman Empire during Late Antiquity and the Middle Ages. Its capital city was Constantinople, originally founded as Byzantium (hence the term Byzantine). Under the reign of Heraclius (610-641 AD), the Empire’s military and administration were restructured and adopted Greek for official use instead of Latin. Historians distinguish Byzantium from ancient Rome so far as it was oriented towards Greek rather than Latin culture, and characterized by Orthodox Christianity rather than Roman polytheism.
 
Greece menuduh Turki tidak patuh kepada UNESCO Convention Concerning the Protection of the World Cultural and Natural Heritage.

Turki menganggap ketidakpuasan hati Greece sebagai “intolerant psychology”.

“The fact that Greece, the only remaining European country without a mosque in its capital, is disturbed by the recital of the Holy Quran in Hagia Sophia is a case in point illustrating the intolerant psychology of this country, especially at a time when calls to prayer can be heard from minarets in Europe and the importance of principle of mutual respect is increasingly valued,” said the written online statement by Turkish Foreign Ministry spokesman, Hami Aksoy.

"Turkey has acted neither against the monumental status of Hagia Sophia, nor the 1972 UNESCO Convention Concerning the Protection of the World Cultural and Natural Heritage. On the contrary, thanks to Turkey's care and attention to the Historical Sites of Istanbul, these sites have survived for present generations as cultural heritages," Aksoy underlined.

source: Daily Sabah

Baru ku tahu, Athens, satu-satunya ibunegara di Eropah yang tidak mempunyai masjid. Barang yang lepas jangan dikenang, sudah menjadi hak orang lain.