Tuesday 29 October 2024

Halab Gate @ Bukit Bintang

Assalamualaikum....

Makan Arabian foods di hujung minggu bersama keluarga kakak di Halab Gate, Bukit Bintang..mencoba tempat viral..

Halab Gate di tkt 1 & 2
 
Hari Sabtu, malam minggu. Ramai sungguh umat manusia. Alhamdulillah, dah buat reservation, kalau tak, kena beratur panjang. 

Kakak dengan anak dia dah bertolak awal, sebab nak gi TRX. Mereka dah sampai awal, ambik meja ditepi tingkap
 
full house di tingkat 2

pemandangan di luar jendela, laluan monorel
 

monorel sedang bergerak

restoran arab, sudah pastilah hiasannya pun ala-ala Arabian night
 
anak saudara yang order..teman ok je..

dessert datang dulu - kek yang manis
 
the main dish

grilled meat platter
ada grilled lamb, chicken, beef, french fries

roti beso..

nasi mandy dengan ayam
sedapp..

ini suasana di tingkat 1
 
dah bayar, jom turun 
 
masih ramai lagi tengah beratur

di tingkat bawah ada pelbagai gerai jualan
yang ni gerai kunafa
 
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati
 
Alhamdulillah..

Friday 25 October 2024

Salam dari Lijiang, China

Nihao..semoga sihat walafiat semuanya..

Berada di Lijiang, China..

InshaaAllah, berada di wilayah Yunnan ni dari Isnin, 21.10 hingga Ahad, 27.10. 


Foto² di old town of Lijiang
...................
Nak minta maaf kpd sahabat² blogger semua..tak sempat nk blog walking..sebelum bercuti, bergelut dengan kerja, kejar dateline..
Rindu nak baca coretan², kisah² sahabat semua
InshaaAllah, akan jenguk juga pabila pulang

Salam dari Lijiang

Friday 11 October 2024

Ammi Kallu - Kuttu Kallu

Salam Jumaat...muncul kembali..

bulan September haritu, di Sunway Putra Mall, ada event makan nasi kandar...nasi kandar Hameediyah...meriah betul suasana...

ada makan bersila, ada yang makan dimeja
 
disamping acara makan-makan, dipamerkan juga peralatan-peralatan untuk membuat rempah-ratus untuk lauk nasi kandar
 

nama peralatan ni Kuttu Kallu Adi Kallu
alat menumbuk rempah-ratus, cili
 
sekarang ni dah jarang nampak 
 
Ammi Kallu @ batu giling
 
Legend ni..dulu kat rumah ada
sekarang tak tahu kat mana berada
 
Menggamit kenangan tengok batu giling

Saturday 5 October 2024

Kuih Bulan @ Baker's Cottage

 Ada satu hari tu singgah di Baker's Cottage
depan KPJ Tawakkal, hasrat hati nak beli ayam bakar yang femes tu..

tapi biasalah kan, terbeli juga yang lain² juga..hihi..

ada promosi grilled chicken, seekor RM16.99
 
cantik beg kertasnya
 
dorayaki & kuih bulan matcha
dorayaki inti strawberi
 
sedap kuih bulan ni..inti kacang merah & matcha
 
ayam panggang black pepper..sos bawang putih yg enak..seksi pulak ayam ni..

Tengah lepak² di De'Kenduri..

Friday 4 October 2024

Live Update : De'Kenduri, off Jalan Yap Kwan Seng

 Berada di sini lepas kerja

Merewang untuk kenduri sepupu esok

Venue : De'Kenduri Hall

Persiaran Lidcol, off Jalan Yap Kwan Seng

Tugasan : ikat telur kat bunga pahar


Masuk telur dalam kotak


Yang lain siapkan hadiah utk para tetamu
Berkumpul bapa/emak/anak saudara

Sepupu sepapat & cucu²..


Dinner nasi lemak

Hujan malam


Tak semua emas itu bersinar...

ada juga emas putih (platinum)

tapi hakikatnya, warna emas tu bling-bling, bersinar-sinar 

samalah dengan ikan emas

ada pelbagai warna, tak semua berwarna keemasan/merah

semalam ada kerja di Hospital Pakar KPJ Tawakkal 

ada akuarium besar dekat lobby, ralit tengok ikan emas

akuarium ikan emas
 
info mengenai ikan emas yang ada dalam akuarium
species ikan carp, asal dari negara China
 
comel jer muka ikan ni
 
golden fish
 
ada goldfish warna putih
 
goldfish warna hitam
 
syok je tengok ikan berenang..satu terapi..
 
ok, semua..selamat beristirehat di hari minggu

Thursday 3 October 2024

Restoran di Jalan Durian, Meru, Klang

Hari tu ada site inspection di Meru, Klang. Untuk lunch, merayau-rayau dalam kampung, cari restoran. Masuk Jalan Durian, ternampak kedai ni, nampak menarik dengan langsir putih. Jom singgah.

 

restoran takde nama
 
ada nasi campur sahaja
 
petang2 ada tauhu goreng, otak-otak Kempas
jauh tu, dari Johor datangnya
 
suasana sejuk, banyak pokok2 hijau
 
ayam rendang & sayur jantung pisang masak lemak
sedapp..
 
Yang ni pula Red Houz Bakery..beli kuih tart Azlina Ina di sini
 
Taman Meru Permai

 Banyak kedai makan di kawasan kampung ni...
dulu dah explore di Jalan Kopi, kena explore lagi nampak gayanya.. 

InshaaAllah, ada lagi, kena datang Meru..