Thursday, 2 November 2023

Turkiye 2023 | Gulhane & Sirkeci

Merhaba...meneruskan kisah travel di Istanbul..selepas solat dan ziarah di Masjid Aya Sofya, kami bercadang nak berjalan kaki balik ke hotel..

Cuaca cantik, suhu sedikit dingin..terasa nyaman je berjalan kaki...

depan Basilica Cistern menuju ke Gulhane
suka tengok tram merayap atas jalanraya
 
Masjid Biru di kejauhan

suka tengok tram lalu di kawasan Gulhane
dekat sangat dengan kedai-kedai
 
aktiviti wajib di Istanbul..hehe..
tangkap gambo baklava dlm kedai
 
tram datang 
 
entrance ke Gulhane Park dan kawasan Istana Topkapi
 
penjual simit
 
cantik bangunan lama ni
 
pertembungan dua kenderaan di stesen Gulhane

Masuk ke kawasan pedestrian, ikut jalan dalam untuk ke Sirkeci
banyak kedai-kedai souvenirs
 
cantik hotel ni...mahal..
 
sampai di persimpangan
 
Lalu jalan besar menuju ke hotel
 
salad buah
 
Terjumpa orang jual midye dolma di tepi jalan. Makanan Turki yang teringin sangat nak rasa. Singgah beli, bekas kecik harga 100TL

midye dolma - kepah yang ada nasi pilav dalamnya
 
kedai Hafez Mustafa - outlet Sirkeci
kedai yang pertama, legend ni
 
Kedai Safa ..macam2 dessert, bentuk karipap pun ada
 
Sebelum naik ke bilik, lepak sambil makan ais krim di kedai MADO
 
Kasa tu 'cashier'
 
aiskrim pistachio MADO
just nice, tak manis sangat, 80TL
 
Makan juga midye dolma yang dibeli tadi.
 
midye dolma - perah limau sebelum makan
perghh..padu..sedap kome, kena try ni kalau gi Istanbul
 
----------------------------------------
 
Malamnya kami dinner di Istan Burger, tak jauh dari hotel. Pilihan anak saudara, teringin makan burger katanya..

sedih benor pengawalnya
 
Anak saudara order burger & coke. Saya dan kakak share satu pizza sebab dah plan nak makan megi. Order minuman sahlep dan teh halia.
 
sedap pizzanya
 
sahlep..sedap rasanya
rasa lemak2 susu cair ditabur serbuk kulit kayu manis
 
Total damage : 704 TL (RM120.06)
 
service tax 10% di Turki

Mahalkan makan di Istanbul..redho jelah..
negara orang mana nak sama dengan negara sendiri..

Selepas dinner, singgah di stesen Istanbul Gar Sirkeci untuk top up Istanbul kad, persediaan untuk perjalanan esok hari..selepas tu ronda-ronda lagi kawasan sekitar..

jualan di kaki lima
 
 Turkish Sand Coffee
Kopi dimasak dalam pasir yang dipanaskan
 

Sekian, kisah 1.5 days di kota Istanbul, esok dah nak fly ke Cappadocia

Wednesday, 1 November 2023

Turkiye 2023 | Basilica Cistern & Hagia Sophia

Sambung kisah di hari kedua di Istanbul...

Dari Sirkeci, kita ke Sultanahmet, kawasan pelancongan paling popular di Istanbul. Kota Istanbul dulu namanya Constantinople ialah pusat pemerintahan negara Turki sejak berkurun-kurun lamanya..

Sebab itu tarikan utama di Istanbul ialah tinggalan sejarah Empayar Byzantine dan Empayar Uthmaniyyah seperti Blue Mosque, Hagia Sophia, Istana Topkapi dan Basilica Cistern yang berada di sekitar kawasan Sultanahmet. The architecture, the history, the civilisation and the ancient technology are a feast of the eyes, heart and mind..

Sejarah negara Turkiye sangat menarik. Mulanya dibawah Roman Empire sejak Middle Ages, kemudiannya diperintah oleh beberapa empayar setelah Roman Empire menjadi lemah. Sejarahnya juga menyaksikan kehebatan empayar Islam yang menakluki sebahagian dunia.

Kronologi pemerintahan negara Turki:

Empayar Byzantine : tahun 324 -1204
The Loot of Constantinople by Fourth Crusade : 1204 - 1261
Empayar Byzantine : 1261 - 1453
Empayar Uthmaniyyah : 1453 - 1923
 
Dibahagian selatan pula, ada kerajaan islam Empayar Seljuk. Kalau menonton drama Turki, Ertugrul dan Kurulus Osman, kita akan ketahui sejarah negara Turki sebelum wujudnya Empayar Uthmaniyyah.

Bulan Oktober ni genap 100 tahun jatuhnya Empayar Uthmaniyyah dan penubuhan Republik Turki pada 29 Oktober 1923. Yang sedihnya, jatuhnya Empayar Uthmaniyyah, wujudnya negara haram Israel pada tahun 1948..
 
Sejarah kita simpan dalam ingatan, jom selusuri sebahagian tinggalan Empayar Byzantine di kota Istanbul..

 
kawasan Sultanahmet
 
Hasrat hati nak solat di Masjid Aya Sofya. Masih ada masa lagi sebelum waktu Asar, kita gi Yerebatan Sarnici (Basilica Cistern) dulu. Melihat kehebatan ancient technology Empayar Byzantine yang masih bertahan sampai sekarang.
 
Ada banyak cistern di bawah tanah kota Istanbul, tapi Basilica Cistern yang terbesar. Mula dibina oleh Emperor Constantine (emperor pertama), kemudian ditambah oleh Emperor Justinian. Ia merupakan sistem saliran dan pengumpulan air bersih untuk kegunaan istana emperor.
 
Dari stesen Sultanahmet, berjalan turun ke bawah mencari pintu masuk ke Basilica Cistern.
 
penjual dondurma
 
Haci Besir Aga Cesmesi
paip air minum seperti ni banyak terdapat 
ditempat-tempat awam di kota Istanbul
 
Menyusuri jalan Yerebatan Caddesi, jumpa tempat keluar dari Basilica Cistern. 
 
pintu keluar
 
Teringat semasa naik tram ke hotel di hari pertama tiba di Istanbul, ada ternampak orang beratur tepi jalan depan tulisan Yerebatan Sarnici. So, kita ikut laluan tram..yeayy..jumpa..
 
bangunan kayu ni ialah Tourist Information Centre

di sini tempat beratur untuk masuk ke kaunter tiket
 
info sejarah
 
Panjang barisan. Ada laluan khas untuk siapa yang beli tiket online. Walaupun panjang, bergerak cepat...taklah beratur lama..
 
di kaunter tiket dan entry ke bawah tanah
harga tiket 450TL
 
berjalan di atas pelantar
dibawahnya penuh dengan air
 
arca-arca dalam air
 
cantik bila buka lampu 
 
Takde akviti apa, berjalan, posing2, OOTD...tempat rare..
katanya ada 336 marble columns dalam ni
 
kepala Medusa dijadikan base column
Mengikut kepercayaan kuno Greek, Medusa ni anak dewa laut.
Panahan mata Medusa boleh buat orang bertukar jadi batu 
 
last shoot dari atas tangga sebelum keluar
 
Keluar ke jalan Yerebatan Caddesi, kedengaran alunan ayat Al-Quran dari Aya Sofya, dah nak dekat waktu Asar. Bergegas ke pintu masuk..sib baik ada tulis 'for prayer only'..dapatlah masuk cepat, takyah beratur..pelancong lain kena tunggu..
 
 Aya Sofya I-Kebir Cami-i Serifi
The Hagia Sophia Grand Mosque
 
pintu masuk utama, kena scan beg 

tempat wuduk lelaki
 
Masuk ke dalam bangunan, ada tempat perempuan di sebelah kiri
 
view dari bahagian perempuan
 
Bangunan tandas dan tempat wuduk ada diluar, jalan ke atas, melepasi pintu masuk utama masjid. Selesai orang lelaki solat jemaah, terdengar imam baca Qunut Nazilah dan berdoa untuk rakyat Palestin..banyak kali dia sebut..Palestin, Palestin..hiba rasa dihati..

Selesai solat jamak, melangkah masuk ke ruang masjid utama. Alhamdulilah, rasa tak sangka dapat melihat dengan mata kepala sendiri pemandangan yang selalu nampak dalam foto dan internet..tapak warisan dunia UNESCO yang beratus-ratus tahun usianya..
 
Subhanallah..MasyaAllah..
 

Dah habis snap-snap gambar, jomlah kita keluar, pelancong ramai sangat...

Perisytiharan Aya Sofya sebagai masjid oleh Sultan Mehmet Al-Fatih
 
Umum mengetahui Aya Sofya dibina sebagai gereja Kristian Orthodox oleh emperor Empire Byzantine, kemudian dijadikan masjid oleh Sutan Mehmet selepas penaklukan Kota Constantinople, kemudian dijadikan muzium oleh Presiden Mustafa Kemal Atartuk. Pada tahun 2020, Aya Sofya dijadikan masjid semula oleh Presiden Erdogan walaupun mendapat bantahan dari negara Greece. 
 
Boleh baca entry Bacaan Surah Al-Fath di dalam Hagia Sophia, Istanbul..yang saya tulis pada bulan Jun 2020. Tekan sini untuk baca.
 
Ok, akan ada kunjungan kali kedua ke Aya Sofya pada hari terakhir di Turki. 

Aya Sofya dari sisi lain
 
Tak berlama-lama di Sultanahmet sebab akan stay di kawasan ni pada 2nd leg Istanbul, selepas balik dari Bursa.

 Jom ukur jalan, balik ke Sirkeci dengan berjalan kaki.