Bulan lepas, kita cerita tentang co-working space/serviced office. Konsepnya, syarikat berlainan bekerja dalam satu ruang pejabat, berkongsi kemudahan yang sama.
Kali ni nak story tentang co-living pula. Konsepnya, sewa bilik dalam satu bangunan dan berkongsi dapur, common area dan kemudahan dengan penyewa lain. Ada juga yang berkongsi bilik air dan tandas (shared bathroom). Selalunya untuk tempoh sewa yang panjang, paling minima 3 bulan.
Konsep ni sudah mula diterima di luar negara. Kebanyakan penghuninya ialah golongan millenials, professional muda, the jetsetters.
Sebenarnya konsep co-living ni dah ada sejak zaman P. Ramlee lagi, yang kita tengok dalam filem Masam-Masam Manis..hehe..
Sebenarnya konsep co-living ni dah ada sejak zaman P. Ramlee lagi, yang kita tengok dalam filem Masam-Masam Manis..hehe..
bilik Cikgu Shaari berjiran dengan bilik Norkiah
Dalam filem ni, bangunan macam rumah pangsa, ada corridor, bilik-bilik sewa di sepanjang corridor, dapur dan bilik air di bahagian hujung corridor. Setiap bilik disediakan katil, kerusi meja tulis dan almari baju.
Takdelah baru konsep ni kan, cuma diperkenalkan semula dengan pelbagai kemudahan yang menceriakan kehidupan penyewa-penyewa. Konsep ni ada pros dan contra nya..
Yang best ialah 'hassle-free' - ''one bill pays all'', takyah fikir-fikir nak bayar bil elektrik/air, wi-fi, cukai pintu, maintenance fee, semuanya sudah ditanggung oleh bayaran sewa. Lagi satu, penyewa cuma jaga kebersihan dalam bilik sendiri saja, yang lain-lain caretaker yang uruskan. Ada juga yang tawarkan room service.
Yang tak bestnya - takde privacy, nak kongsi dapur, kongsi bilik air. Bagi kita yang pakai tudung ni, lagilah tak best, nak masak, nak mendobi, kena pakai tudung segala. Memang tidak sesuailah konsep ni untuk kita.
Bila check maklumat di internet, rupanya di Malaysia pun dah ada yang menawarkan perkhidmatan co-living ni. Salah satunya ialah Co-Coon Co-living @ Damai Residence di Ampang Hilir. Co-Coon juga menawarkan co-working space dalam bangunan yang sama, maknanya tempat kerja dan rumah kediaman dalam satu bangunan - Co-Live and Co-Work.
Lokasi 'co-living' yang lain di Lembah Klang ialah The Hatchery Place, Sama Living and JL Co-living.
Co-living di atas ialah yang jenis high-end, yang sewa bulanan RM800 keatas. Bagi golongan bujang B40, mereka juga ada pilihan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ada sediakan bilik sewa untuk golongan bujang B40 dengan kadar sewa RM100 sebulan. Projek yang dinamakan Perumahan Bandar ini menyediakan 135 bilik untuk fasa pertama. Kalau di Korea Selatan, bilik-bilik sewa murah ni dipanggil 'goshiwon'.
Program ini berkonsepkan perkongsian ruang dengan setiap tingkat kediaman setinggi tujuh tingkat itu mengandungi empat hingga lima unit ruang ‘shared space’ berkeluasan tujuh meter persegi setiap unit yang mengandungi tiga hingga enam katil berserta almari. Antara kemudahan yang disediakan di perumahan bandar ini adalah tempat letak basikal dan motosikal, ruang santai, surau, pejabat penyelia, dobi, ruang membaca, pantri, dan tandas. Yang ni tidak dibenarkan memasak, dapur pun takde, ada pantri sahaja.
ok, jom kita tengok co-living space di luar negara.
Tree House di Seoul, Korea Selatan direkacipta oleh Bo.Daa Architecture dengan konsep co-living yang harmoni. 72 unit apartment dalam 7-tingkat bangunan, mengelilingi courtyard yang kehijauan. The communal area - the courtyard, the main kitchen, the laundrette. Penyewa juga dibenarkan bela haiwan peliharaan.
main communal area
sky deck
bilik saja
bilik dengan ensuite bathroom

the courtyard
berkongsi dapur
slanting window untuk pencahayaan maximum
operable shade untuk privacy
gambar-gambar oleh BoDaa.Architecture
The design of the Tree House, as Bo.Daa states, centers on this premise:
“Community is not forced but
coaxed: each unit is designed for a single person with private bath and
kitchenette, and residents only share amenities where larger scale and community
make for a better experience,” pointing to an attitude of balance that is
integral to the design DNA.
Zaman millenium ni macam-macam phrase yang keluar - SOHO, SOFO, co-working, co-living - manusia semakin kreatif. Apa-apapun, traditional house juga yang best..landed property.
Zaman millenium ni macam-macam phrase yang keluar - SOHO, SOFO, co-working, co-living - manusia semakin kreatif. Apa-apapun, traditional house juga yang best..landed property.