Wednesday, 13 August 2025

Specialty Plum : Dinosaurs Egg Plum

 Selepas makan tengahari di foodcourt di Wisma UOA
singgah di kedai buah, nampak buah plum warna hijau ni..
penjual tu cakap buah plum ni lagi sedap dari buah plum biasa yang warna gelap tu
 
menarik ni, lalu tertarik nak beli, pejam mata tengok harga RM32.00
nak merasa, onzz je lah.. 

 specialty plum katanya..species plum madu
 
Ada peringatan - buah disaluti dengan vegetable petroleum dan/atau beeswax
untuk mengekalkan kesegaran 
 
bagus macam ni siap ada peringatan
 
 
rupa paras buahnya
 
 sudah dibasuh
 
sedap..manis berjus..warna kuning isi dalamnya
lain rasanya dari plum yang biasa tu
 
berbaloi dengan harganya.. 

Monday, 11 August 2025

Kuih Tepung Gomak dan Kuih Dangai Kukus

 Dah lama tak makan dua kuih tradisional ni
 
Tepung Gomak dan Kuih Dangai 
selalu jumpa kuih dangai bakar, yang ni versi kukus
enak juga, inti gula merah
 
 tepung gomak - Malaysian mochi katanya..
ada dua jenis inti - inti kelapa & inti kacang merah
kuih dangai inti gula merah
 
beli di Restoran Haslam..lupa lak nak check harga..
bayar sekali dengan harga makanan yang lain.. 

Sunday, 10 August 2025

Pohieer Kulfi

Salam hujung minggu..
 
Dari kecik kita dah kenal ais krim. Bila besor, dah kerja, kenal pula dengan gelato. Tapi kulfi?? belum pernah ke temu. Pertama kali makan kulfi hari ni..kulfi ni macam ais krim juga..
 
Beli di kedai mamak Al-Malik, Taman Koperasi Polis Fasa 2. dah banyak kali pergi kedai mamak ni, ada nampak tong ais ni tapi tak ambik port...baru hari ni riki-riki, kill the curiosity..

peti ais isi kulfi
 
ada tiga perisa - chili guava, butterscotch
yg atas tu perisa stroberi kot
 
beli yg perisa chili guava
 
penasaran dengan rasa nya
ada lambang 'vegetarian' 

harga RM7.50
orang kedai tu cakap kulfi tak sama dengan aiskrim
kulfi 100% susu lembu asli
 
cenggini rupanya..rasa jambu batu warna pink
cili nya tak terasa sangat, tak rasa pedasnya 
hmmm...takde rasa lemak2 macam ais krim 
 
asal dari negara India
 
oo..ada tanda halal juga
 
logo halal negara India
 

Bagi saya rasanya biasa2 je, ok lah..alternatif kpd aiskrim
cuma harganya sedikit 'high' 
 
nanti kita cuba perisa lain pula..InsyaaAllah..