Wednesday, May 16, 2012

Kisah Lempeng Separuh

Assalamu'alaikum..bertemu kembali..

Q : Apa dibawah tudung saji transparent ni?
A : Lempeng kelapa yang tinggal separuh


Lempeng kelapa yang tinggal separuh ini membuat saya terharu, sedih, syahdu dan bermacam-macam  lagi perasaan yang tidak dapat digambarkan, tergenang air-mata saya melihatnya..bukan sebab ianya tinggal separuh, tetapi ada lebih BESAR disebaliknya - lambang kasih-sayang seorang ibu yang sentiasa mengingati anaknya ketika mengunyah makanan..

Mak saya memasak lempeng kelapa untuk sarapan pagi dan ketika saya keluar ke pejabat, lempeng tu belum siap dimasak lagi.

Balik dari pejabat dan sampai di rumah pukul 9.30 malam, saya terus makan nasi. Intai-intai juga dalam tudung saji ni, apa kebendanya ni? Pelik benor rupanya..

"Tu tempek nyor pagi tadi.  Tinggai kat kamu sikit. Masak gula merah"  

*tempek nyor=lempeng kelapa

Dushh..tersentap hati saya, tiba-tiba tergenang air-mata..alamak, mak aku simpan sarapan pagi tadi sebab aku tak sempat makan..adehh, terharu...sampai begitu sekali ingatannya, sedangkan aku pun dah lupa.. 

Walaupun dah sejuk dan keras, lempeng kelapa tu, saya makan juga sampai habis, walaupun dah makan nasi dua pinggan...kiranya itu supper saya untuk malam tu..

---------------------------------------------------

Seringkali kita melihat orang-orang perempuan memang handal-handal dalam membungkus lebihan makanan seusai majlis-majlis, mereka ini sentiasa ingat anak-anak dan keluarga di rumah..ada yang memanjangkan sedekah pada jiran-jiran..

Adakah kita sentiasa mengingati ibu-bapa ketika makan makanan-makanan yang enak-enak, lazat-lazat?

5 comments:

  1. ~sangat tersentuh membacanya....betuah nohas masih ada ibu...

    ReplyDelete
  2. a.t.u.l.a.s.c.a,

    Kasih ibu begitulah, sentiasa mengingati anak2nya..nak share, boleh, silakan..

    ReplyDelete
  3. tepek pisang ubuh gula merah..nyummm..kira baru makan semalam..mak kita buat..
    abisss diet..hehehehehe

    ReplyDelete
  4. fzy fuzzy,

    Tepek pisang memang sedap esp. kalau mak yg buat, dah lama x makan..huhu..

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...