Wednesday, September 2, 2015

Chiang Rai: One Day Tour - Part 2

Assalamualaikum..sambung one-day tour di Chiang Rai..

Lepas melawat kampung hilltribes, kami dibawa ke Monkey Cave. Ada gua, ada kuil, ada monyet, ada tasik dan ada ikan koi. Monyet-monyet tu dibiarkan lepas begitu saja.

 rombongan budak sekolah yang melayan monyet-monyet ni

 ala..tomei..mama dia peluk

Monyet-monyet ni akan bertindak ganas kalau nampak kita genggam tangan, depa ingat ada makanan, mula nak terkam. Hee..menakutkan..saya pun terkena jg, sebab genggam plastik gula-gula, monyet tu nak terkam...tour guide tu cakap lepaskan genggaman, biar monyet tu nampak!! nasib baiklah driver tu ambik kayu halau monyet, kalau tak, haruslah bukak silat atau kickboxing..hehe...chiit..macam le berani benor..menjerit je lebih..

 ikan, monyet dan manusia

Tak berlama-lama disini, meneruskan perjalanan ke Mae Sai. Mae Sai ialah tempat paling utara di Thailand, bersempadan dengan Myanmar (Burma). 

Sebelum ke sempadan, singgah lunch di satu restoran yang memang khas untuk pelancong. Buffet lunch, ada vegetarian section, tapi masakannya tak memenuhi citarasa. Ternampak pulak 'pig leg' masak asam tumis, langsung putus selera. Last-last makan jagung rebus, salad dan juga Thai desert - pulut mangga dan lengkong/cendol.

Selepas makan, masuk ke section sebelah, ada jualan batu permata asli dari Myanmar - emerald, ruby, jade, sapphire, dll..cuci mata jelah. Sapa yang beli, siap bagi guarantee card. Sementara tunggu Mat Salleh tu pergi toilet, masuk van, makan sandwich. 

Meneruskan perjalanan ke sempadan..

Friendship Bridge..sebelah sana dah negara Myanmar

 Immigration
sesiapa nak melintas jambatan nak ke Tachileik, Myanmar
katanya boleh tinggal passport, ambik day pass 

Kat Mae Sai town ni, aktiviti cuma ziarah kedai-kedai yang banyak di sepanjang jalan. Beli buah berangan sekilo THB100 dan buah nenas yang teramat manis ni..buahnya kecik je..

sesiapa ke Chiang Rai, jangan lupa makan 
buah nenas kecik ni, manis teramat 

OK, sambung perjalanan ke Golden Triangle. Dulu popular dengan tanaman bunga popi untuk menghasilkan dadah opium. Ada dalam buku sejarah dulu-dulu. Di sini banyak hotel, ramai pelancong menyeberang ke Laos sebab dah dekat benor.
 
Mae Sai, Tachileik dan Golden Triangle
Sampai di Golden Triangle, terus ke view point, boleh nampak Sungai Mekong yang bersempadan dengan tiga negara - Thailand, Myanmar dan Laos.

 Sungai Mekong 
sebelah kanan Laos, sebelah kiri Myanmar
banyak casino di sini

Boleh naik boat cruise menyusuri Sungai Mekong ni tapi kami malas nak naik, cuaca sangat panas. Matahari memancor-mancor. Di viewpoint ni pun ada gerai-gerai jualan tapi mahal.

 view point di Thailand

Kemudian turun untuk ke House of Opium (Museum). Bayaran masuk THB50, dapat satu poskad.


poskad gambar bunga popi

selagi ada cop, kita cop

Muzium ni seperti sedia maklum, semuanya informasi tentang bunga popi dan sejarah opium.

 cantik bunga popi ni

 pelbagai peringkat bunga popi

 alat-alat menimbang opium
tengok dacing, teringat lambang.......

opium caravan

 poppy seed cookies

Dah habis lawatan muzium, on the way back to Chiang Rai, singgah di Wat Phra That Chedi Luang di Chiang Saen, sebuah kota lama di sini.

Wat Phra That Chedi Luang (วัดพระธาตุเจดีย์หลวง), located in Chiang Saen old town, was built by King Saen Phu, the 3rd ruler of the Lanna kingdom in early 13th Century. Ancient sites include the bell-shaped, Lanna-style principal Chedi which measures 88 metres height with a base 24 metres width, is the largest structure in Chiang Saen.

pagoda terbesar

the temple

Tour guide tu ajak jalan-jalan di sekitar kawasan ni, tapi kami dah tak larat benor. Maka, off to Chiang Rai town.

 di sepanjang jalan ke Chiang Rai, banyak gerai-gerai 
tepi jalan jual nenas kecik  

Selepas hantar Mat Salleh tu ke hotel, tour guide hantar kami ke stesen bas untuk beli tiket ke Chiang Mai esok. Alhamdulillah, dapat tiket bas A-class pukul 1.15 petang dengan harga THB139, diskaun 30 baht sebab guna kad travel agent, terima kasih Sophapan Travel.

 Kap khun kha..Mai and her uncle

Sampai hotel lebih kurang pukul 6.00 petang. Sekian, one-day tour..sebenarnya hotel ada buat satu lagi tour package THB1,300..yang mcm En Khairudin Lim ambik tu, yang pergi tea plantation, kampung cina, kampung org asli..menarik juga, tapi masa tidak mengizinkan. Kena pilih satu diantara dua. Kalau nak dua2, kena stay lama lagi di sini.

Esok pagi ada satu lagi tempat menarik sebelum bergerak ke Chiang Mai. Thanks for reading..

26 comments:

  1. DEKAT SAJA LAOS DAN BURMA BERSEMPADAN DGN THAILAND DARI SITU YA...BOLEHLAH MENINJAU-NINJAU DARI JAUH WALAU XLEPAS KE SANA KAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dari atas je, boleh jg naik boat cruise di Sungai Mekong..

      Delete
  2. Kalau dah kata melancung memanglah menarik walaupun letih.
    Kenapa No tak beli batu permata buat kenangan. Mesti cantik-cantik kan..

    Nohas lain kali pakai kasut roda bagi tak penat jalan hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. batu-batu permata tu memang cantik..suka kaler hijau emerald...kurang minat sikit, kakak sy beli batu ruby, kecik giler..RM100++...

      walaupun naik van, tapi tetap letih, hari sangat panas..rasa nak pakai kasut roda je..hehe..

      Delete
  3. Nasib baik tak dikerjakan dek sang monyet ya...... Saya kalau kat tempat binatang bebas ni memang tak kan jejak lah macam yang kat Kuala Selangor tu...... terjerit2 adalah, mengalahkan budak2....... Nohas kalau dah namanya pergi bercuti ke negara orang, penat pun kena dikuatkan semangat untuk melawat segala bagai....... Nohas tu nampak gaya nya macam ada 2nd visit tu........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, tak kena terkam dgn monyet2 tu...tapi muka monyet tu memang nampak ganas...memang letih seharian berjalan, cuaca sangat panas..

      hehe..kalau ada time n money, nak jg repeat Chiang Rai ni, setakat ni oklah kot..

      Delete
  4. Replies
    1. memang best..MKL pun dah pergi kan..

      Delete
  5. syok nya tengok perangai monkey tu kan, tapi takut jugak kalau tkde makanan kat tangan mau di terkamnya mmg kenangan terindah tu hehee apa pun mmg best kalau holiday ni kan bila lah kaknoor dpt kesana tak tau lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tengok gelagat monkey tu, tapi bila dah bertukar ganas, memang menakutkan..ajak suami/anak2 gi holiday di sini..slow pace, takde rush2..

      Delete
  6. nenas kecikkk... pernah juga nampak tu, tapi tak teringat pulak nak cuba, manis teramat rupanya :3

    monyet... huhu, tak suka monyet, banyak pengalaman pahit dengan monyet dari jenis kera tu... huhuu (~ "-___-)~

    ReplyDelete
    Replies
    1. must try nenas kecik tu, sangat manis...monyet ni kalau ganas memang menakutkan..

      Delete
  7. Kalau travel lama bolehlah cover 3 negara skali ya,tak beli ke biskut biji poppy tu,apalah rasanya,kat sini susah nak jumpa nenas yang manis,paling best saya pernah rasa nenas manis di sabah...agaknya sama spesis dengan nenas kecik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde plan nak travel ke Myanmar and Laos..tapi dah dekat sgt dah..tak beli, takut x halal je...nenas kecik tu memang sangat manis...betul tu, kt M'sia jarang jumpa nenas yg manis..

      Delete
  8. hehehe kena pegi sini dengan geng la.. kalo CT sorang mmg tak keluar dah dari hotel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. better pergi ada teman..walaupun suasana nampak mcm safe je, tapi keadaan gelap, lampu jln kurang..

      Delete
  9. nk kickboxing katanya hehehe...kalau JM pun kalau kena terkam malu tergolek masuk kolam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasa nak tendang je monyet-monyet yg ganas tu..hehe..takkanlah sampai tergolek masuk kolam, paling tak pun, main kejar2..

      Delete
  10. pig leg okey lagi kak nohas..waktu di Busan JM nampak kepala pig dengan hidungnya tu pastu telinga yg lebar tu...dorang gantung baru lepas rebus....pergghhh!!! eeee nk tulis ni pun rasa errkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa kembang tengkok..tapi takpelah, kita respect makanan org lain..

      Delete
  11. abe MKL pun dh pergi ke Chiang Mai ke?

    ReplyDelete
  12. Kecilnya buah nanas tu! Cenonet sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kecik, mcm nenas mainan saja..

      Delete
  13. Tgk monyet2 tu teringat pulak kat monyet2 botanical garden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. botanical garden kt Penang tu kan..dibiar lepas bebas mcm ni,..comel2 tapi kalau ganas, memang menakutkan sungguh...

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...