Hari Ahad ada pasar malam di Chiang Mai walking street di old city, dari Tha Phae Gate, sepanjang Rachadamnoen Rd hingga ke simpang Jhaban Rd..katanya sangat happening..jom kita check it out..
Sunday night market
Jalan kaki dari hotel, ramai pelancong sama-sama berjalan kaki menuju ke Tha Pha Gate. Jalan ni sememangnya menarik, banyak bangunan antik..
rustic and antic - dijadikan bar & restaurant
kedai rimbunan hijau..
Menghampiri Tha Pae Gate, nampak signboards ni..
ada lambang AirAsia..ya, betul, office AirAsia ada disini
Jom masuk lorong ni, jumpa info ni dalam blog Kaki Travel MKL..ada kedai buku Backstreet Books and Gecko Book, yang jual second-hand books..
Backstreet Books
Gecko Books
ada attraction lain disebelahnya
the best English bookshop, katanya
Dah sampai di Tha Phae Gate...perghh..depan gate ni pun penuh dengan gerai-gerai jualan. Jom masuk kota lama..
menunggu utk lintas jalan depan Tha Phae Gate
permulaan pasar malam di Rachadamnoen Rd
ramai sungguh pelancong..memang happening.
Kad Klang Wiang - garden concept retail outlets
cantik dan menarik konsep ni
van yg ada payung putih dlm gambar atas tu jual ais krim ni
cute aiskrim..macam-macam bentuk ada
more retail outlets
restoran yg penuh dgn hiasan bunga-bunga
dan kain merah..sangat cantik
wawee coffee
Semasa di sini, tiba-tiba lagu kebangsaan Thailand dimainkan. Semua berdiri tegak, tak bergerak. Wahh, bagus Thailand ni, nak start pasar malam pun, mainkan lagu kebangsaan. Kalau di Malaysia, lagu Negaraku cuma dimainkan di majlis-majlis rasmi saja.
Sambung berjalan balik..memang happening pasar malam ni, macam-macam jual..orang Thai ni kreatif, macam-macam kraftangan kita jumpa..disini harga souvenirs, fridge magnet murah-murah..
besarnya mangkuk tingkat
dah sampai Prapokkloa Rd, masuk simpang kiri dulu
tengah pilih barang, nampak Wat Pahn Tao ni..menarik designnya
Masuk simpang kanan pulak
Jalan sampai ke sini..the famous landmark in Chiang Mai city
Three Kings Monument
di belakangnya Chiang Mai City Art & Cultural Centre
Berehat sekejap, duduk di bangku sambil dihiburkan oleh kumpulan busker ni
untuk kutip derma for Maharaj Hospital
dibelakangnya bangunan colonial Lanna Folklife Museum
Kemudian sambung berjalan balik ke arah Tha Phae Rd, untuk ke Anusarn Market untuk dinner. Dah beberapa hari berada di Thailand, tak makan lagi makanan Thai - tom yam, somtum, dll. Makan di Roummit 2...terbaik masakannya..
tom yam seafood - memang terbaik
semangkuk ni - THB200
fried rice with crabmeat - pun sedap
sepinggan THB60 - std harga di M'sia
Jumlah semuanya: dua fried rice & semangkuk tomyam + satu botol air mineral = THB340, lebih kurang RM34, mahal ke murah? entahlah, reasonable kot. Itu pun tomyam tu, suruh dia masak tuk dua orang makan, dapatlah THB200, kalau tak harga dalam menu, THB250-THB300. Alhamdulillah, sedap masakannya. Highly recommended restoran ni..pelayan lelaki yang entertain kami tu pandai cakap Melayu..
Sunyi je Anusarn Market dan Night Bazaar di Chang Klan Rd sebab semua tertumpu pada night market di old city. Terjumpa dengan sekumpulan pondan Siam, mereka ada show kot kat sini. Cantik-cantik semuanya tapi seksi giler..tak sanggup nak tengok..
Dah takde mood nak tengok2 di Night Bazaar, berjalan balik ke hotel. On the way, nampak songthaew bersusun di tepi jalan, menunggu penumpang. Buat arrangement dengan seorang pakcik songthaew ni untuk tour esok hari. Ke mana? Tungguu..
Thank you for reading.
Thank you for reading.
Baru berkesempatan jenguk blog Nohas. Best nya dia jenjalan kat tempat orang.
ReplyDeleteBest SB..dan kosnya tak berapa mahal sangat..
Deletesundy night fever sambil makan tomyam di chiang mai mesti happening...
ReplyDeletekalau gi Thailand, tak makan tomyam, memang tak sah...demam, mengidam...
DeleteBestnye jalan2.. Banyak kedai shopping ye..
ReplyDeletekedai, night bazaar, night market..semuanya tempat shopping, tapi pitihnya kurang..huhu..
DeleteCuaca kat situ sejuk ke? Suka tenguk bunga-bunga berjuntaian di restoren tu. Cuaca sejuk bunga dia mesti banyak berkembang. Mangkuk tingkat lama tu. Betul lah kalau pergi thai sovenir dia memang pelbagai dan harga pun murah-murah. Tu yang kadang rambang mata nak beli buat balik.
ReplyDeletemasa pergi ni, cuaca panas..restoran tu memang menarik, hiasannya superb, yg nampak bunga2 merah tu, hiasan di tali buaian, ada tempat duduknya dari buaian..
Deleteorang Thai ni kreatif kan..boleh buat pelbagai souvenir dari benda2 yg kita tak sangka..tali, sabun, sabut kelapa..etc..
Pondan Siam lawa-lawa kan... ada tu dah macam pompuan betul.
ReplyDeleteTengah RM jatuh ni, mahallah tu RM34, tapi besar mana mangkuknya... dan kalau tengok gambar tomyam tu cam sedap!
memang lawa..kulit mulus je..
Deletemangkuknya besar jugalah, kalau kt M'sia, boleh compare dgn mangkuk nasi tambah..tomyam tu memang sedap, cukup rasa, terbaikk..
Dah la belum makan...sedap nya tengok tom yam dengan nasi goreng tu.
ReplyDeleteTom yam dia orang sama nak dengan malaysian made punya rasa?
dua-dua tu memang sedap, Fidah...tomyam Thai ni memang lain rasanya, dibubuh susu/santan..tapi rasanya sangat sedap..kt M'sia, ada tomyam colour merah, ada yg tomyam jernih..
DeleteTak sempat ke pasar malam ni... huhu
ReplyDeletemengikut info, orang yg sama dari night bazaar, anusarn market, tapi byk kelainan dan lebih meriah..kalau ke Chiang Mai lagi, boleh singgah pasar malam ni..
DeleteAdussss... Tom yammmm... Laporrr...
ReplyDeleteThai tom yam..terbaik...pegi Golok n Kelate, ada tom yam ni..
DeleteKalau kat Pasar Malam di Malaysia dimainkan lagu Negaraku, agak2nya orang akan berdiri tegak or jalan jugak???
ReplyDeletekt M'sia ni lagu Negaraku cuma ada di majlis rasmi je, atau bila ahli sukan M'sia dpt pingat emas dlm acara sukan antarabangsa...belum pernah dimainkan kat tempat2 awam seperti pasar malam, padang permainan, rasanya ramai yg akan berjalan, buat tak layan je..hoho..mengikut firasat saja..kalau yg ada kesedaran sivik, mereka akan berdiri tegak..
DeleteRasa mcm agak reasonable jugak la RM34 utk semua tu, portion dia ok kan sis?
ReplyDeletePondan2 siam tu lawa n seksi giler ya? Patut la sis tak snap pict. n tempek kat sini... hihih X3
dua2 tu portion agak besar jg, kenyang giler..Alhamdulillah..
Deletewalaupun bukan original perempuan, memang tak larat nak tengok pondan2 tu..ada yg pakai kain labuh kat belakang, depan pakai seluar dalam yg fancy..hihi..my sis ada snap photo dari jauh, mula2 tu dah tepek gambar dlm entry ni, tapi remove je lah, nanti tak pasal2 menambah dosa je..hehe..
Erkkk..seronok.tp bila la bleh pegi...hmmm..
ReplyDeleteplan dulu, bila RM dah ok, boleh gi..baru best sikit...pegi masa sekrg pun ok jg..
Deletebest jln pasar malam...byk ke beli souvenirs di situ?sedapnya nampak tomyam tu,okla tu harganya...yg penting sedap,thai n pondan mmg bpisah tiada..
ReplyDeletebest tengok kraftangan Thai yang pelbagai dan unik..pasar malam mereka tak banyak sangat jual makanan, itu yg best...belilah sikit2 FM, ada THB10, THB20..
Deletetom yam tu memang sedap, highly recommended restoran ni..pondan Siam memang terkenal sampai ke peringkat antarabangsa..mereka ada pertandingan ratu cantik lagi..hehe..
mesti murah2 barangan kat situ kan ... shopping mmg best .
ReplyDeletekt pasar malam ni mmg murah2 barangannya compared dgn tmpat lain dn byk pilihan..
Delete