Hari Raya Eidul Adha sudah berlalu, hari tasyrik dan takbir raya pun sudah tamat..kerja haji sudah selesai, ditutup dengan tawaf dan saei haji serta bertahlul.
Apabila dikenang-kenang, pada saat ini, disaat helaian rambut digunting, perasaan itu bercampur-baur, rasa syukur, sedih, gembira, sayu, masing-masing berpelukan, menangis gembira, mengenang peristiwa perjalanan yang ditempuhi...tak dapat diluahkan dengan perkataan...huhu...Arafah, Mudzalifah, Mina..tetap dalam kenangan...Makkah dan Madinah yang dirindui..
-----------------------------------------
Cuti raya haji 4 hari. Balik kampung pada malam raya, selepas Maghrib. Sesak di highway, tengah malam baru sampai di kampung.
Pagi raya, bersolat di masjid Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), dekat saja dengan rumah. Suka solat raya di sini sebab khutbah rayanya sangat power. Tajuk khutbah raya haji - Pengorbanan dan Persaudaraan.
Pagi raya, bersolat di masjid Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), dekat saja dengan rumah. Suka solat raya di sini sebab khutbah rayanya sangat power. Tajuk khutbah raya haji - Pengorbanan dan Persaudaraan.
ada Imam Muda Jabar
orang perempuan tak ramai bersolat di tingkat atas
Masjid KUISAS
kampus
-----------------------------------------------------------
Dapat daging korban..buat sup..rebus guna dapur kayu..
memasak sup daging guna dapur kayu
*smoke gets into your eyes*
Alhamdulillah nikmatnya dapat balik kampung. Wah masak masih guna dapur kayu lagi.... sedap tu
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok balik kpg...kena rebus lama, tu yg guna dapur kayu..
DeleteFirst time dengar pajeri mangga........
ReplyDeletemangga banyak boleh buat mangga asam boi
saya pun first time jg, ada jiran yg buat bg kt mak saya..tak sempat bua mangga asam boi, dah masak buahnya..
DeleteMoga kita dapat bertemu hari raya aidil adha di tahun hadapan.
ReplyDeleteMoga dimurahkan rezeki untuk terus membuat ibadah korban..
Best kan balik kampung...:)
In shaa Allah, semoga dipanjangkan usia utk bertemu lg di hari raya korban..amiin...
Deletebest balik kpg..
seronoknya bercuti raya haji di kampung laman sendiri...pajeri mangga xpernah rasa lagi...mesti sedap tu...
ReplyDeleteseronok, masak2, makan2...pajeri mangga..masam2..penambat selera..
DeleteIndah terasa bukan di mata saja tapi di hati juga kalau begini cara meraikan raya dan cuti..
ReplyDeleteKakak tengok pun rasa seronok. Masak style camping kat hutan tu seronok kan:)
masak stye camping..best, back to basic...rasa relax je cuti-cuti di kpg..
DeleteBestnya ada kampung. Sup daging korban (daging segar) mmg kaw!
ReplyDeletesup daging segar memang kaw, manis dagingnya..buat jg sambal kicap...buat mee sup..
Deleteseronok raya haji kali ni,cuti agak panjang..boleh santai-santai cuti,mkn sup daging fresh n jalan-jalan.Mmg rare pajeri mangga tu...first time dengar
ReplyDeletesup daging fresh memang best..sup powerr....saya pun first time mkn pajeri mangga ni, jiran yg introduced..
Deletenohas org perak ke?sama la Kat
DeleteMasjid tu cantiknya
kpg di Kuala Kangsar...bhg dalam masjid memang cantik..warna cream..
DeleteBab masak guna dapur kayu tu seronok tengok :)
ReplyDeletekalau kena masak lama2, memang selalu guna dapur kayu..dapur kayu hasil kreativiti mak saya..hihihi..
Deletewah..kena panggil kak nohas hajjah la ni ye..Alhamdulillah, saya pun rindu sangat nk ke tanah suci Mekah lagi.
ReplyDeleteseronok betul raya di kampung.saya raya di KL je..
tak panggil pun takpe..hihi..segan le pulok, setiap kali musim haji, mesti teringat...in shaa Allah, semoga dapat ke sana lagi...amiin..
Deletelain sikit suasananya beraya di kpg, di KL pun meriah jg esp. di taman2 perumahan, ramai ahli kariah surau dan masjid tak balik kpg, sbb nak urus majlis korban..
Waa dapur kayu kat luar... lama dah tak nampak, betul tu kalau nak rebus daging lama2 n dlm kuantiti yg agak besar, better guna dapur kayu. Rasa daging tu akan jd special with a smokey flavor *thumbs up*
ReplyDeletetime raya, baru berasap dapur kayu...hihi..lebih jimat utk rebus lama2 dan makanan jd lebih sedap..
Deletebanyaknya mangga ... masak dgn dapur kayu lagi sedap nohas ...
ReplyDeleterezeki ada mangga muda..ya, betul, lebih sedap dan wangi masakannya..
Delete