Monday, November 14, 2016

Autumn in China: Visa LULUS!!

Assalamualaikum...ni hao..

Alhamdulillah, sebelas bulan memerap tiket, akhirnya masa yang dinanti sudah tiba. Masa untuk terbang bersama AA, ke negara China.
 
Ini kali pertama ke China. Baca dalam blog SS dan Jari Manis, scary juga experience kat China ni terutama bab tandas awam, harap-harap dapat bertahanlah..

Nak gi China, kena apply visa. Ini pun first time juga travel yang kena apply visa. Banyak refer pada blog Zilla, DJ, MKL dan sudah semestinya website www.visaforchina.org.

Highly-recommended bagi yang nak mohon sendiri visa supaya merujuk website ni sebab kadang-kadang ada peraturan terkini untuk permohonan visa.  Untuk masuk ke China, kena apply visa dalam masa sebulan sebelum tarikh penerbangan dan tempoh masa visa bermula dari tarikh embassy terima borang permohonan.

Visa ke China ada banyak jenis: single entry, two entries and multiple entries, semua lain-lain harga.

Meh kita tengok apa yang diperlukan untuk memohon visa ke China bagi tujuan 'tourism':

1. Isi borang V.2013.  
Borang ni boleh di download dari website. Boleh print dan isi secara manual atau taip terus dalam website (yang ni lagi mudah). Itinerary di China pun key-in dalam borang ni je. Sangat mudah, cuma 'insert row' saja, dan bila print, terus dicetak di dalam kertas berasingan.

Bila semua dah diisi dan dah confirm, boleh print terus dan boleh download untuk disimpan dalam komputer/pendrive. Borang yang dah diisi akan disimpan dalam website selama 30 hari dan nombor rujukan akan diberikan.  
 
Boleh juga buat macam travel blogger Jari Manis, ambil dan isi borang kat visa centre. Ramai juga yang buat macam ni. 
 
2. Pasport asal dan satu salinan pasport. Masa pergi tu bawa semua pasport-pasport lama, huh, tak perlu sebenarnya. Cuma bagi pasport baru je.

3. Dua keping gambar warna berlatar belakang putih. Yang ni peraturan baru berkuatkuasa 1 Ogos 2016, ukuran 48mm x 33mm. Tapi ramai juga yang bagi ukuran pasport.

4. Salinan tiket penerbangan pergi dan balik. Yang ni saya bagi travel itinerary yang AA emel selepas buat pembayaran.

5. Salinan pengesahan tempahan hotel di destinasi yang nak pergi. Yang ni biasalah, bagi hotel voucher.

Dah siap semua (berkali-kali check, takut kena reject), jom ke pejabat VisaforChina Centre di Hampshire Place di Jalan Mayangsari, off Jalan Ampang dan off Jalan Tun Razak.  

 peta lokasi

Senang je nak gi sini, boleh ikut Jalan Ampang atau Jalan Tun Razak. Lebih mudah ikut Jalan Tun Razak, arah utara, akan nampak bangunan ni tepi jalan, dan susur kiri ke Jalan Mayangsari dan corner kanan untuk masuk basement car park di bangunan ni.

Ada roadside parking juga, yang RM1.00 sejam. Saya parking di open car park yang mengadap Jalan Ampang. Jalan kaki sikit ke Hampshire Place. Boleh juga naik LRT dan turun di stesen Ampang Park.

 Tingkat 5 untuk permohonan individu

Sampai di sini pukul 9.10 pagi, dah ramai yang beratur untuk check borang dan ambil nombor. Sebab semua dah sedia, terus masuk barisan nasional. Di sini ada juga disediakan kemudahan photostat, ambil gambar dan printer, tapi bayarannya mahal sikitlah. Boleh refer blog JM.

 kaunter check borang dan ambil nombor giliran

                  masih ramai lagi yang beratur                      


dapat nombor 47
                                   
                           kaunter banyak, sekejap saja urusannya

Alhamdulillah, pukul 10 pagi, dah selesai urusan serah borang permohonan. Submit hari Jumaat, hari Rabu depan kena datang balik ambil pasport. Takut juga, kalau-kalau, kena reject..

 Tingkat 6 untuk pembayaran dan ambil passport
urusan tak sampai pun 10 minit, cepat sungguh 

Alhamdulillah, visa diterima..approved.

 siapalah tertinggal vespa disini..hihi..

Kos :
Parking (hantar): RM7.00
Parking (ambil) : RM4.00
Visa : RM108.30 (ambik 2 entries, in shaa Allah, ada satu lagi trip ke China bulan Mac 2017)

Jumlah : RM119.30 

........................................................

Destinasi pertama di China ialah .....

 

XI'AN

 Till then, xie xie

45 comments:

  1. wahhh..nak gi melancong ya Nohas. Semoga dipermudahkan segala urusan lepas ni. amik foto byk2 tempek kat blog untuk kita tengok nanti,k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah balik..gi last week..in shaa Allah, nnti buat entry Xi'an..

      Delete
  2. Pergh... tak pernah pergi ke China tapi terus berderet2 tu... Selamat bercooti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde lah berderet..hihi..2 je, in shaa Allah..dah selamat kembali ke tanahair..

      Delete
  3. wah seronoknya.... nak pi Xian tu mesti seronok melayan makanan kat situ. Semuga Allah mempermudahkan segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan olehNya..mmg seronok melayan makanan kt Muslim Quarter..puas meronda..

      Delete
  4. Waaahh pergi Xi'an juga...
    jaga diri .... selamat bercuti ...

    kak kalau ada thermal wear murah2 tp good quality - kirim blh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah balik, nhhas..pegi last week. Entry dh ditulis seblm pergi, malas lak nak godek2...ada jumpa kedai pakaian, tapi tk singgah..

      Delete
  5. fuyooo tiket bln mac 2017 pun dah beli.
    hihihi...

    ke mana? ShangHai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. to kill two birds with one stone..tahun melawat China..hihi..pergi ibunegara, in shaa Allah..

      Delete
  6. saya belum pernah lagi ke china. have fun

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun first time ke China, not bad, ok jg...

      Delete
  7. WAH DH PERSIAPAN RAPI KE CHINA YA NOHAS..SLMT TRAVEL JAGA DIRI

    ReplyDelete
  8. Ahaksss kak Nohas ke China jgk ke bln ni..ramai plak ke China thn ni..wow ada lg trip ke china 2017? Next to ke mana plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahun melawat China..hihi..2017 pergi ke ibunegara plak, In shaa Allah..

      Delete
  9. Kak Nohas dh blk kan? Ni pergi sorang kd berteman? Mmg seram jgk nk. Uat visa China ni tp as u said better buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah balik, pegi last week 7-13 Nov. Ambik experience apply sendiri visa..mmg seram, berkali-kali jg check borang, nk make sure semua info betul..akk rasanya tk leh buat mcm JM, menggelabah sikit kalu isi borang on the spot..huhu..

      Delete
    2. pergi berdua, dgn my sister..

      Delete
  10. Biasa waktu submit tu lagi staff kaunter akan ckp reject or accept..so dia x kan reject waktu collect waktu submit lg kalau dia nk reject..kalau dia. G slip utk collect tu mean lulus lah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo..mcm tu, akk ingat embassy yg akan reject..

      Delete
  11. JM belum sampai Xian,ss dah sampai..x refer blog SS ke before ke sana sbb blog SS tu padat dgn info 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk refer blog SS, siap amik question cards lg, thanks SS..you're awesome..

      Delete
  12. Kalau nk cepat better isi borang online then download sbb kalau isi borang kat sana mmg kena tggu Q panjang la kecuali pergi berdua sorang isi borang sorang beratur

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi borang online lg mudah, sampai je dh boleh beratur, jimat masa..betul tu, barisan tu cepat je jd panjang, ramai betul org nak apply visa china ni..

      Delete
  13. Kak noha pegi naik kereta? JM naik LRT je tp senang je nak ke sana cuma perlu menapak sikit...x sabar nk baca entri Xian versi kak Nohas 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, drive ke sana..masa hntar, siap amik half day leave, ingatkan lama benor nk tunggu..masa ambik, just ckp dgn bos, masuk ofis lmbt sikit..naik LRT pun mudah sbb dkt dgn Ampang Park..

      ntah bila nk start, kerja bertimbun, bos lak nk cuti..huhu..

      Delete
  14. Wahh.. Sis Niha nak pergi bercuti ke China.. Bestnya.. Semoga selamat segala-galanya.. Nanti saya singgah baca lagi untuk panduan akan datang. Insha-Allah.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dah selamat kembali ke tanahair...in shaa Allah, lambat sikit kot entry nya..

      Delete
  15. ramai rakan2 blogger nak melancong ke china ni..awesome btul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time ke China..byk tmpat2 ancient di China..

      Delete
  16. Tepuk tepuk tangan... Dah berjaya akhirnya jejak kaki ke Xi'an eh... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut jejak sifu..hehe..wo ambik Q-card..xie xie..

      Delete
  17. wah dah selamat bercuti ke China...msti syok g tmpat ramai muslim,makan pun senang,bole la cedok info kt sini kot2 nak ke sana nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, selamat pergi dan kembali..mmg heaven JJCM kt Xi'an..street foods nk cuba..hihi..

      Delete
  18. Waaa, selamat pulang dari China sis, looking forward to feasting my eyes upon your travel pictures~ ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. arigatogonzaimas..am sorting the photos, will update later..

      Delete
  19. baru tahu kena amik visa..huhu..xpernah pergi china..excites baca entry ni..insyaAllah moga ada rezeki irda ke china one day...thanks dear..waiting ur next entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk ke China kena apply visa..In shaa Allah, akan sampai jg nanti..

      Delete
  20. Replies
    1. Alhamdulillah, sudah kembali...best jg Xi'an ni..

      Delete
  21. oookay dah tick dah entry first hehe.. skrang nak kena buat sbulan awal ye ? dulu buat 2 minggu before fly sebab decide nak pergi pun last minit.. syukur lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome2...2 mnggu pun boleh, dlm masa sebulan seblm fly..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...