Showing posts with label China - Visa Application. Show all posts
Showing posts with label China - Visa Application. Show all posts

Monday, 14 November 2016

Autumn in China: Visa LULUS!!

Assalamualaikum...ni hao..

Alhamdulillah, sebelas bulan memerap tiket, akhirnya masa yang dinanti sudah tiba. Masa untuk terbang bersama AA, ke negara China.
 
Ini kali pertama ke China. Baca dalam blog SS dan Jari Manis, scary juga experience kat China ni terutama bab tandas awam, harap-harap dapat bertahanlah..

Nak gi China, kena apply visa. Ini pun first time juga travel yang kena apply visa. Banyak refer pada blog Zilla, DJ, MKL dan sudah semestinya website www.visaforchina.org.

Highly-recommended bagi yang nak mohon sendiri visa supaya merujuk website ni sebab kadang-kadang ada peraturan terkini untuk permohonan visa.  Untuk masuk ke China, kena apply visa dalam masa sebulan sebelum tarikh penerbangan dan tempoh masa visa bermula dari tarikh embassy terima borang permohonan.

Visa ke China ada banyak jenis: single entry, two entries and multiple entries, semua lain-lain harga.

Meh kita tengok apa yang diperlukan untuk memohon visa ke China bagi tujuan 'tourism':

1. Isi borang V.2013.  
Borang ni boleh di download dari website. Boleh print dan isi secara manual atau taip terus dalam website (yang ni lagi mudah). Itinerary di China pun key-in dalam borang ni je. Sangat mudah, cuma 'insert row' saja, dan bila print, terus dicetak di dalam kertas berasingan.

Bila semua dah diisi dan dah confirm, boleh print terus dan boleh download untuk disimpan dalam komputer/pendrive. Borang yang dah diisi akan disimpan dalam website selama 30 hari dan nombor rujukan akan diberikan.  
 
Boleh juga buat macam travel blogger Jari Manis, ambil dan isi borang kat visa centre. Ramai juga yang buat macam ni. 
 
2. Pasport asal dan satu salinan pasport. Masa pergi tu bawa semua pasport-pasport lama, huh, tak perlu sebenarnya. Cuma bagi pasport baru je.

3. Dua keping gambar warna berlatar belakang putih. Yang ni peraturan baru berkuatkuasa 1 Ogos 2016, ukuran 48mm x 33mm. Tapi ramai juga yang bagi ukuran pasport.

4. Salinan tiket penerbangan pergi dan balik. Yang ni saya bagi travel itinerary yang AA emel selepas buat pembayaran.

5. Salinan pengesahan tempahan hotel di destinasi yang nak pergi. Yang ni biasalah, bagi hotel voucher.

Dah siap semua (berkali-kali check, takut kena reject), jom ke pejabat VisaforChina Centre di Hampshire Place di Jalan Mayangsari, off Jalan Ampang dan off Jalan Tun Razak.  

 peta lokasi

Senang je nak gi sini, boleh ikut Jalan Ampang atau Jalan Tun Razak. Lebih mudah ikut Jalan Tun Razak, arah utara, akan nampak bangunan ni tepi jalan, dan susur kiri ke Jalan Mayangsari dan corner kanan untuk masuk basement car park di bangunan ni.

Ada roadside parking juga, yang RM1.00 sejam. Saya parking di open car park yang mengadap Jalan Ampang. Jalan kaki sikit ke Hampshire Place. Boleh juga naik LRT dan turun di stesen Ampang Park.

 Tingkat 5 untuk permohonan individu

Sampai di sini pukul 9.10 pagi, dah ramai yang beratur untuk check borang dan ambil nombor. Sebab semua dah sedia, terus masuk barisan nasional. Di sini ada juga disediakan kemudahan photostat, ambil gambar dan printer, tapi bayarannya mahal sikitlah. Boleh refer blog JM.

 kaunter check borang dan ambil nombor giliran

                  masih ramai lagi yang beratur                      


dapat nombor 47
                                   
                           kaunter banyak, sekejap saja urusannya

Alhamdulillah, pukul 10 pagi, dah selesai urusan serah borang permohonan. Submit hari Jumaat, hari Rabu depan kena datang balik ambil pasport. Takut juga, kalau-kalau, kena reject..

 Tingkat 6 untuk pembayaran dan ambil passport
urusan tak sampai pun 10 minit, cepat sungguh 

Alhamdulillah, visa diterima..approved.

 siapalah tertinggal vespa disini..hihi..

Kos :
Parking (hantar): RM7.00
Parking (ambil) : RM4.00
Visa : RM108.30 (ambik 2 entries, in shaa Allah, ada satu lagi trip ke China bulan Mac 2017)

Jumlah : RM119.30 

........................................................

Destinasi pertama di China ialah .....

 

XI'AN

 Till then, xie xie