Tuesday, March 28, 2017

China : Beijing - Forbidden City (Part 2)

Masih lagi lawatan istana di Forbidden City. Kali ni kita gi sebelah barat dan timur pula.

 Gate of Amiability - view dari Inner Golden Bridges

 Me & the Forbidden City

  
tempat ritual

 layout di sebelah barat Forbidden City

Jom bergerak ke sebelah timur pula. Di bahagian ni ada dua tempat yang kena bayar kalau nak masuk - Treasure Gallery dan Clock & Watch Gallery.

 layout di sebelah timur

Gate ke quarters gundik-gundik diraja

 ukiran motif bunga

 pot keluli untuk isi air guna masa kebakaran

 
yang ni dah akhir bahagian timur, nak menuju ke taman

 menuju keluar melalui Donghuamen (Gate of East Prosperity)

This concludes the visit

Habis sudah tour Forbidden City. Hampir tiga jam berjalan-jalan dalam tu.

Sampai diluar gate, bercadang nak pergi Tian'anmen Square. Nak pi ambik gambar Mao Zedong. Rasa tak lengkap datang Beijing kalau tak ambik gambar MZD ni..hehe..landmark popular di Beijing. Ramai yang share foto posing di sini di facebook.

Fikir cara nak ke sana. Walaupun dekat, nak jalan kaki dah tak larat. Cadang nak ikut Duanmen Gate, gate dekat tempat kaunter tiket. Rasa macam tak boleh je keluar ikut situ, tapi nak try juga. Naik buggy lagi pergi ke Quezuo Gate.

Duanmen Gate - keluar dari gate ni, dah sampai Tian'anmen Square
tapi kena halau dengan guard..hihi..tak bagi keluar ikut situ..huhu..

kawasan untuk pengawal istana

the marching guards  

Berpatah balik ke East Gate, kali ni berjalan kaki, menyusuri eastern moat. Layan view cantik di sini..

corner watch tower


Dah sampai di stesen buggy, nampak ada kenderaan roda tiga yang berdinding lutsinar. Tanya kat driver tambang ke Tian'anmen Square, dia nak CNY20..huh, mahal giler..tawar-menawar jugalah, tak berganjak, nak tak nak, naik jugalah..

Bila naik, nampak dua batang tongkat ketiak yang orang cacat kaki selalu guna. ooo..OKU driver ni, tiba-tiba rasa oklah tambang CNY20 tu..sambil menderma. Tak sampai 5 minit pun, dah sampai di Chang'an Avenue, jalan besar depan Tian'anmen Square.

Berjalan ke arah gate yang ada gambar Mao Zedong, tiba-tiba kena tahan dengan polis, dia tak bagi jalan ke depan, suruh pi beratur kat tepi tembok.

lorong utk beratur ikut signage warna biru

Adehh..ingatkan macam Dataran Merdeka, sukahati je boleh pergi lepak, ada pulak 'security check'. Masa ni pukul 12 lebih..orang yang beratur punyalah ramai. Siksa..sejam lebih beratur, pukul 2 lebih baru lepas security.. huhu..body scan segala, check passport.

Ramai betul polis meronda di kawasan ni, ada yang mundar-mandir bawa anjing rotweiler. Mungkin sebab insiden demonstrasi pro-demokrasi pada tahun 1989 menyebabkan kawalan keselamatan sangat ketat disini.

Rumusannya: 
1) Sapa nak masuk Forbidden City je, lebih baik masuk ikut Quezuo Gate, takde security check di gate ni.
2) Yang nak masuk Forbidden City ikut Tiananmen Gate, lebih baik datang awal, kalau datang waktu petang, kalau kena beratur berjam-jam, nanti tak sempat nak lawat keseluruhan Forbidden City, sebab time tutup pukul 4.30 petang (bln Nov - March) dan 5.00 petang (bln April - Oct).

Tiananmen Gate (Gate of Heavenly Peace)
demi nak ambik gambar ni je..hihi..

Sapa yang nak masuk Forbidden City dari Tian'anmen, kena masuk ikut gate ni. Selari dengan gate ni, nun di bahagian selatan, terbaring mayat MZD di Mausoleum (Memory Hall of Chairman Mao)..diawet dan diletakkan di dalam keranda kristal..kesian kan. Boleh pi melawat, free of charge..Mao Zedong meninggal September 9, 1976, maknanya dah 41 tahun, terbaring kat situ..

National Museum of China

Saujana mata memandang, luas benor kawasan ni dengan bangunan-bangunan yang besar-besar..ala-ala Putrajaya..nak compare juga..hihi..

orang ramai masih beratur 

Tak berlama-lama di sini, malas nak masuk Tiananmen Tower, malas juga nak menyeberang jalan ikut laluan bawah tanah untuk ke bahagian selatan. Terus bergerak ke hentian bas depan stesen metro Tiananmen East, nak pergi ke Qianmen. Naik bas no. 82 di sini, terus ke hentian bas Qianmen.

Bersambung..

26 comments:

  1. cantik ukiran motif bunga tu, nmpak unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm bunga sanggul empress..unik..

      Delete
  2. Mayat MZD tu memang tak di tanam ke? Kesiannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ditanam..boleh pi melawat, free of charge..seram jg kan..ada gambo kt internet..

      Delete
  3. Saya pun tak sempat nak ke Tiananmen Square tu... dah kepetangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gi sini utk ambik gambo Mao Zedong je, letih beratur sejam lebih..

      Delete
  4. Forbidden city yg cntik sarat kisah sejarah China

    ReplyDelete
    Replies
    1. 24 maharaja ddk sini..dua dinasti..penuh sejarah..

      Delete
  5. Teringin nk tengok mayat MZD tu.
    Tapi view kt Eastern moat tu mmg cantikkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh google, ada gambar dlm internet..seram je tngok..

      Delete
  6. Jauh giler berjalan dari pintu masuk nak sampai ke pintu keluar Forbidden City ni. Saya dulu pergi time summer nohas... panas sepanas-panasnya. Saya demam balik dari Beijing dan kena tahan di ward... masuk air 5 botol. Musim panas di China rasanya tak sama dengan musim panas di Europe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terasa jauh, sbb asyik snap photo, berenti duduk, gi toilet..summer kt beijing lbh kurang sama ngan M'sia..
      kat europe, summer mild je panasnya..

      Delete
  7. Untungnya dpt gi menyukat forbidden city. Tempat video clip christina aguilera utk filem animasi mulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..oo..ya ke, nk pi tengok sat video clip mulan..thanks..

      Delete
  8. Sekarang kat china musim ape? Cantiknyaa tengok pokok2 tak berdaun dengan langit biru tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhir musim sejuk, nk masuk spring..

      Delete
  9. Ahakss ingat x masuk forbiden city ni...itulah padahny baca entri mengundu 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti masuk tempat ni..tk lengkap ke beijing kalo x masuk..hihi..

      Delete
  10. Baguslah kak nihas share tip nak masuk ikut pintu yg mana satu mmg kalau ikut gate tianmen square tu mak aihh org ramai! Mmg patut pegi awal sbb tempat tu BESO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut tiananmen tu mmg ramai sungguh orang, itu pun depa tambah security sampai 4..baru cepat clear..forbidden city tu besor sungguh..3 jam dok jalan-jalan dlm tu je..

      Delete
  11. Puas JM besarkan pic kak nohas n forbidden city tu tapi tetap x nampak..ngelat tau 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..snap dari jauh, mmg x nmpk walopun dh besarkan..

      Delete
  12. mmg kena allocate seharian kot kat sini je..dgn luasnya,beraturnya,security..gud tips ikut gate lagi satu,jimat byk masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk melawat bersungguh-sungguh, sekali dgn Tiananmen Sq, ambik masa satu hari jg..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...