Tuesday, 21 March 2017

China : Beijing - Badaling Great Wall

Hari kedua : Rabu, 8 Mac 2017

Pagi ni nak ke tempat wajib pergi di Beijing iaitu Tembok Besar (the Great Wall). UNESCO World Heritage site. Tembok Besar ni banyak bahagian, yang popular - Badaling, Mutianyu dan Juyongguan. 

Ikut maklumat, setiap bahagian ni ada keistimewaan tersendiri, tapi tak kisahlah kan, asal dapat jejak kaki di Tembok Besar, dah kira ok. Kami pergi ke Badaling sebab mudah dan murah, naik bas awam je.

"Badaling is about 60 km northwest of central Beijing. It's 9 km up the valley pass northwest of the Juyong Pass Fort. Badaling Great Wall in Beijing is the best-preserved and most complete section among the various, hence the most popular, even among world leaders.The Great Wall at Badaling was completed in 1505 (the 18th year of the reign of Hong Zhi, an emperor of the Ming Dynasty). "

Sebelum keluar, sarapan dulu, habiskan nasi impit dan sambal bilis, sambil-sambil tu buat sandwich sardin, bawa bekal ke Great Wall...nak mendaki, perlukan tenaga..hehe..

sandwiches in the making, zucchini beli kt Wu-mart

Dah siap, moh bergerak ke metro. Route yang diambil - Line 5 dari Dongsi ke Yonghegong, ambik Line 2 ke Jishuitan, keluar Exit B2 - naik bas no. 877 di Deshengmen bas station

 tangga di exit B stesen Dongsi, eskalator untuk naik saja..huhu..

 tangga lagi di stesen Yonghegong, transfer ke Line 2

di waktu puncak, ada pengawal yang jaga 

keluar ikut exit B2

ikut laluan beratap ni, disebelah kanan ialah stesen bas

 keluar je dari laluan beratap, akan nampak Deshengmen Tower (Jianlou) ni
Deshengmen ialah 'archery tower' sebahagian dari Beijing city wall

Ambik bas no. 877 di sini, nampak dekat je, tapi tak boleh melintas di sini, dah dipagar, kena buat pusingan, ikut tempat melintas yg betul.

northern city moat

 melintas di depan sana, lalu bawah overhead bridge
bas awam di Beijing ada yang tiga pintu, bas bersambung, ramai penumpang

laluan disebelah kiri, melintas di sini untuk ke stesen bas

Sampai je di sini, bas dah ada, tak penuh lagi, boleh terus naik. Sebab bukan waktu puncak, terus dapat naik bas, kalau tidak, kena beratur. Sementara tunggu bas penuh, kat tangga bas, ramai peniaga berjualan - monopod, air botol, walking stick. Bingit sungguh..menjerit-jerit..

Tambang bas kalau bayar tunai ialah CNY12, tapi guna kad, cuma bayar CNY 6.00. Konduktor akan ambik kad kita dan tap kat mesin, so masa turun, takyah tap lagi. Perjalanan lebih kurang satu jam ke Badaling. Express, non-stop.

Ada guide bagi penerangan, tapi dalam Mandarin, wo pu cer tau
lama juga dia bercakap, cerita sejarah great wall kot

 perumahan awam di Beijing, memang banyak perumahan mcm ni

first sight of Great Wall

 Juyongguan Pass


hentian bas - bas awam & pelancong

kaunter tiket utk sliding car dekat hentian bas
harga sliding car : two-way - CNY100, one way - CNY80

Di Badaling, selain menapak, mendaki, pelancong boleh juga naik cable car atau sliding car untuk ke Tembok Besar. Kami memilih untuk mendaki je..yeahh, yeahh..jadi Matt Damon...

Masuk entrance bangunan, kena mendaki tangga, di kiri kanan penuh dengan gerai-gerai jual souvenirs. Sampai di atas, keluar dari bangunan, jalan lagi, ikut jalan tar pulak. Angin kuat, cuaca dingin, mentari bersinar terang..

melepasi tugu

semakin hampir ke entrance

 beli tiket di sini, entrance fee - CNY 35

 tiket dah ada, jom beratur, security check

Melepasi security check, ada dua bahagian - Utara dan Selatan. Tengok ramai orang berpusu-pusu menuju ke utara, so kita pun ikut juga, follow the crowd.

North Side ni ada 12 tower.

 Tower 1 - perjalanan masih jauh

 Tower 3

Semput juga mendaki tembok besar ni, dengan angin kuat, sib baik ada pemegang besi di tepi, bolehlah berpaut..menghampiri Tower 4, semakin curam, payah sikit..tangga pun tinggi, merangkak naik..

pemandangan di sebelah selatan

 Alhamdulillah, sampai di Tower 4

 bukti dah sampai disini

tempat sliding car di tower 4 

Berehat di Tower 4, makan bekalan, tak larat dah nak meneruskan perjalanan. Menikmati pemandangan bukit-bukau, Subhanallah, Allah SWT jadikan gunung-ganang sebagai pasak bumi..hebat sungguh ciptaanMu..

Masa untuk turun..sekejap je, tapi berhati-hati juga..pukul 12 lebih dah beratur nak naik bas..

 beratur untuk naik bas no. 877 di sini, bas tak ikut timetable
penuh je, jalan..bas banyak..

Sesapa yang nak sambung ke Juyongguan Pass, boleh naik bas no. 879, tunggu bas di bawah sana, tak jauh dari bus stop ni.

Dalam bas, recharge dengan zzzz. Sampai di Jishuitan, bas berenti betul-betul dekat laluan beratap ke stesen metro..Alhamdulillah, takyah jalan jauh. Route balik, sama je, ambik Line 2 ke stesen Yonghegong.

Bersambung, lawatan ke Yonghegong pula..

30 comments:

  1. Kalau naik train agak jauh juga nak menapak ke kawasan kauter tiket tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun jauh juga, kena mendaki bukit..

      Delete
  2. Cantiknya pemandangan..
    Lapar pulak tgk sandwich tu malam2 ni..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemandangan gunung-ganang..magnificient view..subhanallah..

      Delete
  3. saya pun teringin sangat nak tengok great wall

    ReplyDelete
  4. yeay dah sampai great wall...

    akak ada tak orang sampai ke atas sekali?

    ada apa ea yang kat last sekali tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kot, yg sampai ke Tower 12, yg cover dua2 bhg, ada sijil disediakan..tak ada apa, cuma tower je..

      Delete
  5. Seronok nya dpt mkn angin ke tembok besar cina tu

    ReplyDelete
  6. great wall berapa km pnjgnya ya..rajin org cina membinanya gitu hbt sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. 21,000++ km, kak..dari timur ke barat negara China..bukan rajin kak, kena paksa dgn maharaja depa, bina tembok besar ni, utk elak serangan musuh..

      Delete
  7. waahh.. alhamdulillah dah sampai ke tembok besar cina. untungnya dpt pergi sana. teringin jugaklah nak pergi sis, tapi dok pikir toilet kat sana mcm mana la upenya. yelah kebanyakan dgr takda pintu la, takda itu ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, impian jd kenyataan..mmg dgr macam2 cerita ttg toilet awam depa, tapi bila pergi, so far, takdelah mengecewakan, baik di Beijing atau Xian, toilet yg akak pegi, semua ok, bersih, takde air tu dah sedia maklum..

      Delete
  8. Mendaki dan menapak great wall... fuh, mesti berpeluh-peluh dalam sweater/jacket tu kan sis, mentari bersinar terang... ataupun tak berpeluh pun sebab cuaca dingin dan berangin kuat di sana? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. berpeluh jg lah..jenuh kerabat tangga nak sampai ke tower 4..

      Delete
    2. hehe..terpaksa exercise, alang2 dah sampai..hihi..

      Delete
  9. Menguji stamina nak menjelajah great wall ni..tapi berbaloilah,nampak gah dengan surrounding view yang cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena exercise siap2 kt m'sia..tingkatkan stamina..sekali seumur hidup jadilah..

      Delete
  10. kalau sy tak tau lah sampai tower ke berapa. hahaha
    nasib bawa bekal lapar terus mkn. hee. nampak sedap pulak mlm2 ni

    subahanallah lawanya dpt tgk ciptaan Allah ni. kalau winter lg lawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau winter lg cantik..memutih je..mula2 tu nk daki setakat tower 3, tapi rasa x best pulak, alang2 sampai di sini, jalan jauh sikit walopun seksa jg nak sampai tower 4 tu..

      Delete
  11. Senang kan! Nak pegi mana2 je leh naik metro or bus..best tu dpt 50% diskaun kan kalau naik bas

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mudah..ada kad, dapat diskaun 50% naik bas..

      Delete
  12. Tangga nk mendaki great wall tu dah d baik pulih belum? Dulu pegi thn 2010 byk dah pecah mmg kena hati2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dibaiki rasanya..tak byk yg pecah..

      Delete
  13. Ada tempat simpan bag tak d Badaling entrance? Sbb sy, plan dr airport, naik bus trus p Badaling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt stesen bas & entrance Badaling, tak nampak tmpt simpan bag..

      Delete
  14. Dan juga lepas dari Badaling, petang ke Xiian. Kalau nak train cm na? Pening sikit klu bnyk transit.harga tiket one way berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. train ke Xian amik kt Beijing West station. Kena check internet, utk tau harga..ada mcm2 jenis kelas tmpt duduk & sleeper.

      Lebih baik simpan beg kt train station, then pergi Badaling & tmpt2 lain kt Beijing, mlm naik train ke Xian. Beijing subway route senang nk faham..tak pening..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!