Friday, 17 March 2017

China : Beijing - Masjid Dongsi & Nanluoguxiang

Hari Pertama: Selasa, 7 Mac 2017
 
Lepas berehat, makan-makan, sempat baring2 dalam bilik hotel, bersiap siaga untuk meneroka kotaraya Beijing...ayuhh..

Keluar je dari bangunan hotel, nampak kenderaan roda tiga ni.. hee..comel sangat. Macam-macam jenis kenderaan kat China ni, susah nak jumpa kat tempat lain..
 
kenderaan roda tiga

Itinerary pertama - ke Masjid Dongsi. Tengok dalam peta, baca dalam blog 'Jalan-Jalan - En Mie', ada satu masjid lama di kawasan ni. Jom pi ziarah.

Lintas jalan, menapak ke arah selatan, menyusuri Dongsi South Street. Banyak kedai-kedai di sepanjang jalan, cantik view di sini #akusuka. Dengan pokok-pokok yg masih togel, ada unsur2 gothic sikit..hihi..
 
Jalanraya bersih sekali, jumpa Lishi Hutong. Nak cari halal foodcourt tapi tak jumpa.
 I Am Shop

Masjid Dongsi di sebelah kanan jalan, ok, jom lintas. Tak tau sebenarnya lokasi masjid ni, jalan mundar mandir, tanya kat guard yg jaga hutong, dia tunjuk arah ke atas. tengok map, dekat je dengan simpang empat..oo, sebelah Caffe Bene rupanya..


kalau tengok paras rupa, memang tak sangka yang ni ialah masjid, sebab ada pulak ukiran2 binatang kat corner atap, rasanya semua bangunan lama, design macam tu, budaya mereka macam tu kot..

jumpa ini dulu - bilik2 pengajian

 minaret

dewan solat utama

Kemudian bergerak ke Nanluoguxiang - di antara hutong yang popular di Beijing, yang dah dikomersilkan sebagai tempat pelancongan. 

Hutong ialah lorong-lorong kecil yang menempatkan rumah-rumah courtyard, yang banyak terdapat di Beijing. Perkataan hutong mula digunakan semasa Dinasti Yuan, yang bermaksud 'telaga air' dalam bahasa Mongolia.

Jom naik subway Line 6 ke stesen Nanluoguxiang, satu stesen je dari Dongsi. Swipe guna kad Yikatong, tambang metro bukan lagi flat rate RMB2.00. Dah ikut jarak perjalanan, RMB3.00 untuk 6km pertama. RMB4.00 utk 6 -12 km, dan seterusnya..

Keluar Exit E

entrance ke Nanluoguxiang

pelancong yang ramai

Sepanjang jalan, banyak kedai-kedai jual macam-macam, mostly makanan dan minuman, souvenirs..ada boutique, salon rambut..

 peta Nanluoguxiang (South Luogu Lane)

Disebabkan hutong ni ada nilai-nilai sejarah, di setiap lorong ada info yang menceritakan sejarah, latar belakang hutong...berapa panjang, berapa lebar, bangunan-bangunan bersejarah. Hutong di Dongsi/Wangfujing, ada guard yang jaga kat entrance, kenderaan luar kena register nak masuk hutong..utk keselesaan penduduk di hutong..

 Info mengenai Banchang Hutong

Jalan sampai ke hujung, ke Gulou Street, corner kiri, jalan pula ke Gulou (Drum Tower) dan Bell Tower.  On the way, jumpa gerai sate kambing halal ni...singgah beli, 10 yuan secucuk.

duduk makan di sini, bekas tu tempat letak besi sate
sate kambing di china, memang sedap

Sambung berjalan, sampai di dua-dua tower ni, cuma snap dari jauh je, tak masuk. Drum & Bell Tower ni dulunya sebagai 'time keeper' di zaman Dinasti Yuan, Ming dan Qing.

Berbeza dengan Xi'an, dua-dua tower ni dibina selari dan berdekatan. Drum Tower mula dibina dizaman Dinasti Yuan.
.
 Gulou (Drum Tower)

Zhonglou (Bell Tower)

Dari  Bell Tower, jalan ke selatan, menyusuri Di'anmen Street, menuju ke stesen Sichahai.

bersambung.. 

24 comments:

  1. drum tower sebagai time keeper...maksudnya bila masuk waktu sekian2 dia akan berbunyi lah ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..tapi sekrg dah ada menara jam, dah tak berfungsi lg sebagai 'time keeper'..

      Delete
  2. mujur hutong tu ada penulisan in english.
    kalau idak... hihihi...pokcik google le jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde in english, mmg tak kisah sejarah hutong2 ni..menarik jg sejarah hutong..

      Delete
  3. Replies
    1. byk pulak kenderaan tiga roda ni di beijing..

      Delete
  4. Masjidnya memang takde kubah, kena perhati betul-betul... Saya tak sempat nak singgah ke Hutong2 yang banyak di sekitar Beijing tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde kubah ok lg, tapi ada ukiran2 binatang tu yg pelik sikit...hotel yg En Mie duduk tu kt hutong jg..Lishi Hutong..

      Delete
  5. Oh jln2 ke beijing ye. Seronok juga dpt lihat budaya dan cara hidup berbeza negara org

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu apply 2-entry visa..mmg plan nk ke beijing..

      Delete
  6. Boleh le cuba plbagai jns kenderaan kenderaan kat Beijing ni ya jnji slmt sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. merasa naik kenderaan roda tiga ni..tengok org cacat yg bawa..

      Delete
  7. Kenderaan mcm beca2 comel tu tak boleh berada di jalan raya M'sia nohas, mau haru biru jalanraya di KL... ndak2 yang bawaknya nanti dari kaum pendatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalanraya di KL dah haru-biru dgn motor2..kenderaan roda tiga tu comel je..

      Delete
  8. Berpinar mata ni tengok pic peta Nanluoguxiang tu ("@w@)~

    Sate kambing halal yang sedap tu macam makanan 'mesti cuba' je kalau travel ke China :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. nmpk serabut je peta tu, tapi mudah je layout, lorong2 selari..
      sate kambing halal mesti dicuba bila ke China, sedap giler..

      Delete
  9. nice kompleks masjid ni,cuma confuse jugalah kalau tkda yang tunjukkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. design masjid semua ikut senibina cina, confuse sikit..

      Delete
  10. kalau tak kaji betol2 jln, map rasanya boleh sesat di China. huuu

    memang nampak gothic jln2 dgn pokok togel. sedap ke satay tu? hee

    sgt unik kereta tu.. di india pun ada kenderaan roda 3

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kena studi betul2 map, baru senang nk jalan2..sate kambing kt China mmg sedap - highly recommended..

      mcm2 jenis kenderaan roda 3 disini..

      Delete
  11. Replies
    1. takde beli pape kat sini, jalan-jalan, tengok hutong..

      Delete
  12. Kak nohas pegi hujung winter kan...langit di china tu masha allah cantiknya ciptaan allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah hujung winter..Alhamdulillah, sepjg di sini, cuaca cerah, langit biru..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!