Thursday, March 30, 2017

Beijing - Qianmen and Dashilan Street

Sambung kisah di hari ketiga.

Dari hentian bas Tian'anmen, naik bas 82 ke hentian bas Qianmen. Qianmen ni lokasinya di selatan Mausoleum Chairman Mao.

 tourist bus di hentian bas Qianmen

 berjalan ke Qianmen Street. disebelah kiri ialah Qianmen Gate

Qianmen Gate, dulunya Zhengyangmen (Gate of Straight Positivity)
sebahagian dari Beijing city wall

Qianmen Street

 mission accomplised!! view yang menjadi idamanku

Qianmen Street ialah tinggalan terakhir pusat perniagaan di Old Beijing, dah wujud sejak Dinasti Ming dan Qing. Ada kedai-kedai di sini telah ada sejak zaman Dinasti Qing, dilabel sebagai 'time honored shops'.

Senibina bangunan di sini memang menarik, cantik dan berseni..terasa macam kembali ke zaman dahulu kala..yang best, sepanjang jalan ialah pedestrian street, memang boleh 'mingle to the heart's content'..jom snap-snap..

 boleh naik tram - tambang CNY 30

'time honored' restoran halal Yueshengzhai

Rentang Pharmacy - time honored shop

Madam Tussaud's Beijing

Qian Men Emperor's Avenue

Wahh..bestnya suasana di sini, sangat nyaman..memang seronok lepak-lepak sambil cuci mata tengok senibina bangunan...

 the tram, the tram..is coming

 'time honored' restoran halal Yi Tiao Long (the Dragon)
mula-mula namanya Nan Heng Shun, ada sejarah kenapa namanya bertukar

plak di dinding menceritakan sejarah restoran ni
bertukar nama sebab Emperor Guangxu pernah makan di sini
makanan yang emperor makan 'hot pot' diklasifikasikan 'Intangible Cultural Heritage of Beijing'..sampai camtu sekali..


 bangunan cantik berwarna-warni ialah 'time honored' Quanjude Duck Restaurant

clock tower

cute je patung2 ni..depan Wuyutai tea shop
founded in 1887, di zaman Emperor Guangxu Dinasti Qing

Dah habis lawatan di Qianmen Street, jom corner kanan, ke Dashilan Street pula, juga merupakan business centre zaman Dinasti Qing.  First time dengar nama Dashilan ni dalam drama cina yang femes Bu Bu Jing Xi, masa heroin dan dayang gi jalan-jalan di sini dan terserempak dgn 4th Prince.

Dashilan Street di sebelah kanan Qianmen Street, akan nampak pintu gerbang macam ni

jalan masuk ke Dashilan Street

pintu gerbang ke Dashilan Street


Ada banyak juga 'ancient shops' di sini. Berjalan sampai ke Meishi Street. Ada satu misi di sini, nak menjejaki Masjid Qianmen yang lokasinya di hutong disekitar sini. Mengikut maklumat, ada 50 courtyard dan hutong di Qianmen yang diklasifikasikan 'state-level heritage sites'.

Berpandukan peta yang dah diprint dari wikimapia, misi mencari Masjid Qianmen bermula dari Meishi Street.

Bersambung.

18 comments:

  1. Puas meneroka Beijing ya nohas menjejaki senibina bersejarah yg unik binaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg aim nk gi sini..suka tengok senibina bangunan lama yg cantik..

      Delete
  2. wah jalan2 jauh.. cantik dan unik pintu gerbang Qianmen Gate tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik kan..pintu gerbang chinese design..

      Delete
  3. Replies
    1. byk tempat menarik di Beijing, bercadang jg nak revisit..

      Delete
  4. Kak nohas! Masuk x forbiden city? Kalau kak nohas nk tahu negara pertama JM jejak adalah Beijing tau tahun 2010 pergi ngan travel agen byr rm1000 all in utk trip seminggu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk forbidden city, tempat wajib pergi tu..ada baca entry JM pi Beijing..

      Delete
  5. So mmg pegi lah Qianmen Square ni...sejak blk dari Beijing tu hati ni x tahan nk travel setiap bulan dan tahun until now..adoi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. setiap bulan tu yg tak tahan..hihi..ketagih kan travel ni..tiap2 tahun mesti nak pegi travel..

      Delete
  6. Mmg ada plan nk ke Beijing lagi backpack bersama SS dan HH in shaa allah so leh jadikan entri kak nohas ni as a guide 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beijing best..mmg ok kalau gi backpacking..

      Delete
  7. Sepanjang street tu x ada kedai jual brg murah ke kak like sobiner ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Qianmen Street byk restoran, kedai jam, tak habis ukur street ni..hihi..kat Dashilan, banyak kedai sobiner..tapi mahal, tawar mcm nak rak, langsung tk nak turun harga..

      Delete
  8. haish memang cantik..kalau pakai kamera filem, mau bergulung-gulung habis snap gambar

    ReplyDelete
  9. sgt ancient and klasik tp well maintained...mcm best lepak lama-lama kat Qianmen street ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik senibina di sini..seronok lepak2..people watching..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...