Monday, March 20, 2017

Beijing - Sichahai & Olympic Park

Masih lagi di hari pertama di Beijing...

Dari Bell Tower, berjalan menyusuri Di'anmen Street, menuju ke stesen Sichahai. Ternampak satu restoran halal di seberang jalan.

Restoran Halal Judehuatian, banyak cawangan restoran ni

Berkira-kira nak masuk ke tak, nak makan ke tak, rasa kenyang lagi, so sambung berjalan. Sampai depan stesen Sichahai, ikut group tour melintas jalan beramai-ramai..hehe..depa ada bendera..kereta semua berhenti..

 peta perjalanan dari Drum & Bell tower

Kawasan Sichahai diisytiharkan sebagai 'Historical and Cultural Scenic District'. Merupakan 'scenic area' untuk Beijing lama, ada tiga tasik besar - Qianhai, Houhai & Xinhai. 

 Tasik Qianhai 

Berjalan menyusuri Tasik Qianhai menuju ke Jambatan Yinding. Jumpa lagi Restoran Judehuatian dan beberapa restoran halal yang lain.

Restoran Judehuatian lagi

 restoran halal

 Tasik Houhai 

Berjalan di sepanjang Houhai Nanyan, nampak sekumpulan penarik beca membawa pelancong berjalan-jalan..

Houhai Nanyan

kedai-kedai di Qianhai Dongyan

Masa ni dah hampir pukul 1.00 tengahari. Mentari bersinar terang, tapi cuaca sejuk dengan angin yg dingin. Meneruskan perjalanan ke Olympic Park, ambik Line 8 di stesen Sichahai ke stesen Olympic Sports Centre.



Datang sini nak tengok dua ni je, National Stadium - Bird Nest dan Aquatic Centre - Blue Cube.


Sebaiknya datang waktu malam, baru best bila dua-dua bangunan ni bercahaya...huhu..Dapat jejak kaki di sini, melihat sendiri 'architectural masterpiece' ni pun dah Alhamdulillah..'been there, seen that'..

Subhanallah, luas sungguh bumi Allah di negara China ni...saujana mata memandang. Umat manusia, jangan cakaplah, dah sedia maklum, dimana-mana saja ramai, berbondong-bondong rombongan datang dan pergi..

Cahaya mentari kian menyengat, angin bertiup kencang..jom lah pulang..masa ni keletihan mula melanda, lawan rasa mengantuk, dalam flight memang tak dapat tidur..

Balik dari Olympic Sports Centre, turun di Nanluoguxiang, ambik Line 6 ke Dongsi. Sampai di Dongsi, singgah dulu di Wu-mart, beli buah-buahan dan timun/cili untuk buat sandwich pagi esok. Sardin tin dan roti dah siap dibawa dari Malaysia..

 seronok betul shopping sayur/buah, besar2 & murah2

Supermarket di China sama dengan Selangor, takde beg plastik, kalau nak, kena bayar RMB0.30..huhu..

Sebelum naik hotel, makan (lunch + dinner) di restoran Western Mahua..mata jadi segar bugar..nak pekena mee tarik..

dibuka 24 jam

 
luas sungguh restoran ni

order di kaunter & terus bayar, menu ada dalam english
macam2 ada - nasi, mee, roti, pau, sate kambing
mee tarik - noodle in beef soup, harga CNY15

sijil halal

ah cai tengah buat mee tarik

self service - letak order & ambik di sini

bahagian depan restoran, tempat bakar sate kambing
harga disini mahal sikit, CNY12 secucuk

mee tarik - sedapp..my sis 3 kali makan mee ni..

Malam dah tak keluar, keletihan..terus zzzz..end of Day 1

24 comments:

  1. TASIK YG CANTIK N LUAS TAPI POHON2NYA TAK BERDAUN YA MUSIM LURUH KOT

    ReplyDelete
    Replies
    1. tasiknya besar..akhir musim sejuk, nak masuk musim bunga, tapi pokok2 belum tumbuh daun..

      Delete
  2. Tasik Qianhai tu nampak sangat indah

    ReplyDelete
  3. cny12 - dah macam chinese new year kak...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut style money changer & blog china..hehe..

      Delete
  4. Kat sana kalau nampak je makanan atau restoran halal serta merta jadi segar... hehe. Wah kuat betul korang meronda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul, sanggup lintas jalan nak pi check restoran halal tu..byk kali jg stop, rest kaki..

      Delete
  5. teringin nak rasa mi tarik.apa rasanya mcm mi sup kita ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang sama rasanya..cuma mi nya lebih kenyal..

      Delete
  6. cantiknya tasik2 tu.. langit pun cantik je.. tapi panas la sekarang ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca nmpk panas tapi sejuk, sebab angin sejuk..masa nk balik dah semakin panas..

      Delete
  7. Senang jugak nak cari halal food kat sana..menarik ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jg restoran halal di sini..

      Delete
  8. Cantiknya kawasan Sichahai (saya terbaca 'Shinchan' mula2 tadi hehee)...

    Restoran halal tu nampak best, dibuka 24jam pulak tuu, bagusnya~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik view bangunan2 lama ditepi tasik..

      sedap makanan kt restoran ni, kalau dtg Beijing, boleh cuba di sini..

      Delete
  9. luas kawasan2 di China...jenuh jalan,macam best juga kalau duduk melepak tepi tasik..nampak tenang kawasan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. negara besar, kwsn semua luas2, letih nk jalan...byk cafe tepi tasik ni, tempat lepak..

      Delete
  10. bulan apa yg sesuai nk ke sini? sukalah cuacanya yg dingin tp ada matahari.

    senang nk cari makanan halal bersepah. suka tgk mamat china buat mee tarik. teringin pula nk mkn.

    tasik pun cantik.. terjaga rapi tak ada sampah

    ReplyDelete
    Replies
    1. autumn..byk kaler..byk jumpa restoran halal judehuatian kt area ni..mee tarik mmg recommended utk dicuba di sini..

      China bersih..jlnraya ni terjaga..

      Delete
  11. Best kalau jln2 senang cari kedai halal...terutama mee tarik..pergh meleleh air liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jg restoran halal area Sichahai ni..mee tarikk..mmg sedap..

      Delete
  12. Mmg betul..kalau pegi blue cuba dan bird nest tu lg lagi dgn lampu2 warna warni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatkan nak pi mcm pukul 5 lebih, tapi dh tak tahan mengantuk, tu yang pegi awal..nak keluar malam tak tahan sejuk..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...