Friday, March 24, 2017

Beijing : Wangfujing

Masih di hari kedua di Beijing, lepas tengok acrobatic show, balik ke stesen Dongsi, keluar Exit G, jalan kaki menuju ke Wangfujing. Di dua-dua belah jalan, banyak bangunan-bangunan hotel - Renaissance, Crowne Plaza.

Wangfujing, Beijing - kawasan komersil upmarket, dengan gedung-gedung membeli-belah yang gedabak besar, high street shops, hotel-hotel 5 bintang..dan yang popular ialah 'snack street'..yang jual kala jengking, ulat-ulat, macam-macam species. Di sini juga nak cari souvenirs, fridge magnet, keychains..

Kat satu simpang jalan, terjumpa sepasang warga emas, yang lelaki main alat muzik tradisional cina, yang pompuan duduk atas bangku, pegang bekas isi duit, kesian lak tengok. Mereka ni Muslim, tengok ada kalimah 'lailahaillah' kat kopiah putih lelaki tua tu. Sejuk-sejuk, malam-malam mencari rezeki..

Sampai di Hotel Sunworld Dynasty, dari jauh dah dengar muzik kuat, orang ramai berkerumun..huh, ada pesta tari-menari depan gereja..

  Gereja St Joseph, Wangfujing
ada dua group, yang depan ni tarian couple
yang dekat gereja sana, line dancing 

 rancak sungguh mereka berdansa, tua muda
yang paling ramai, orang tua-tua

 pasangan paling hot, terer depa ni, bersungguh-sungguh menari

Tinggalkan mereka, berjalan lagi ke depan, ada lagi kumpulan menari, tepi kompleks membeli-belah..

 tarian kipas pulak

Rasanya memang hobi mereka kot, mengisi masa lapang, pantang ada tempat kosong, pasang muzik, menari, ramai lak tu..

Meneruskan perjalanan, menyusuri jalan Wangfujing, disimbahi neon-neon kotaraya Beijing..separuh dari jalan Wangfujing ialah kawasan pejalan kaki...

dah memasuki pedestrian street


Masa ni tertanya-tanya, mana dia gerai-gerai yang jual kala jengking, ulat-ulat hidup tu? Kata kat Wangfujing, takde pun, semua shopping complex je. Itulah tak buat research betul-betul, last-last check internet..oo..snack street...akhirnya jumpa juga..tersorok di sudut, lorong-lorong kecik je, off Wangfujing Street.

ulat-ulat masih bergerak-gerak

Masa ni dah hampir pukul 9.30 malam, sampai di satu lorong, dah dipagar, kena halau dengan guard, tak boleh masuk. Laluan untuk orang keluar je. Patah balik, pergi ke lorong yang jual souvenirs, tawar-menawar, tak jadi beli, jalan terus, tengok peniaga semua kelam-kabut susun barang, rupa-rupanya, dah nak tutup, sharp pukul 9.30, depa tutup, bungkus dengan kain, tutup lampu..huhu..

Kami pun keluar dari lorong tu, ke jalan besar Wangfujing. Tiada hasil tangkapan malam ni.


Memandangkan, semua kedai tutup pukul 10 malam, kami pun berjalan balik ke hotel, sambil-sambil tu tengok bas. Tapi tak pasti bas yang lalu depan hotel, last-last menapak sampai hotel.

Sampai depan hotel, pi tengok kat hentian bas, snap nombor bas yang lalu depan hotel. Nama hentian bas ni ialah Dongsilukoudong.

 senarai bas, satu lagi bas no. 58 yang pi Gugong (Forbidden City)

Balik hotel, makan sandwich pagi tadi. Tak habis, simpan untuk breakfast pagi esok. End of Day 2.

14 comments:

  1. Kita ni tengok ulat n segala jns hidupa exotic pun takut n geli apalg nk dimakan..

    ReplyDelete
  2. Ruginya lambat sampai kat situ... terlepas tuaian...

    ReplyDelete
  3. Aah, tingin gak nak tengok kala jengking, ulat2 tu dimakan, ishh...mcm2 dorang kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde pulak nmpk org tengah makan kala jengking, nak jg snap photo..hihi..

      Delete
  4. Awal jugak nightlife para peniaga jalanan sini berakhir, 9.30pm dah tutup kedai :(

    Huhuhu... ulat2 yang masih bergerak tu, kalau dibagi makan ikan kelisa atau buat umpan memancing, sesuai sangat tu X'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingatkan mcm pasar mlm kt m'sia, kul 10 tutup..takpun mcm downtown, bukak sampai pagi..

      oo..jd umpan pancing pun boleh jg..

      Delete
  5. bulan ni tgk depan mata org2 mkn serangga mcm ni. haha
    bukan main berselera.. awalnya tutup kedai.

    jenis cepat kesian kalau tgk org2 tua cari rezeki. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lalu nk tengok..hihi..itulah, awal benor tutup nya..

      mmg kesian tengok depa berdua tu..ntah brp le dpt, lama gak berdiri..

      Delete
  6. Jam 9.30 dah tutup? Ye lah kan kalau dh jam 6 pagi like jam 7 pagi cerah cepat gelap pun cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..snack street ni tutup pukul 9.30, kedai-kedai lain tutup pkl 10..

      Delete
  7. joget lambak di mana-mana ya,meriah suasana kat situ...
    apa jelah snack diorang ni...everything under the sun dimakannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je kwsn lapang, ada je orang menari..eksotik snack..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...