Thursday, March 23, 2017

Beijing - Yonghegong and Acrobatic Show

Balik dari Tembok Besar, bas no. 877 berhenti dekat stesen Jishuitan. Alhamdulillah, tak perlu jalan jauh, ambik Line 2 dari Jishuitan ke stesen Yonghegong.

Ikut maklumat, ada satu Lama temple dekat stesen Yonghegong. Sebab nak tengok bangunan design Tibet (kononnya), singgah sini dulu. Keluar exit C, menapak, jauh juga nak ke entrance. Sepatutnya keluar Exit F, corner kiri, dekat je. Entrance fee CNY 25.

menuju ke entrance

Entrance gate

  
Bila masuk je, tengok senibina bangunan sama je design nya, semua chinese design..takde pun senibina Tibet..huhu..rupa-rupanya temple ni dulunya istana.

Dibina pada tahun 1694, dahulunya istana Prince Yong di zaman Dinasti Qing (sebab tu namanya Yonghegong). Bila Qianlong jadi Emperor selepas tahun 1744, dia jadikan istana ni sebagai Lamasery (temple untuk Tibetan Buddhist).


Besar sungguh kawasannya, banyak bangunan..tak tahan bau asap colok merata-rata..terus jalan keluar. Ramai pelancong mat saleh yang datang melawat.

Jalan balik ke stesen, ambik Line 5, balik ke Dongsi. Bercadang nak pi makan kat foodcourt halal dekat Happy Dragon Guesthouse. Check peta kawasan, dekat exit A.

 Maklumat mengenai Toutiao Hutong (Dongsi First Alley)
hutong dekat Exit B stesen Dongsi, dah ada sejak zaman Dinasti Ming

 Guard jaga entrance hutong untuk register kenderaan

Jalan kaki nak pi Happy Dragon Guesthouse, tiba-tiba rasa malas pulak, rasa jauh, patah balik ke hotel, makan di Western Mahua.

 makan nasi putih dengan spicy tauhu, CNY15, besar portion nya
my sis seperti biasa, makan mi tarik

Dah makan, naik hotel, berehat sekejap dan solat. Kemudian keluar, nak pi tengok Acrobatic Show di Chaoyang Theater.

Route yang diambil:
Dari Dongsi, ambik Line 6 ke stesen Hujialou, keluar Exit C, corner kiri, jalan terus, akan nampak Beijing Choayang Theater di sebelah kiri, tak jauh dari Exit C.

lokasi Chaoyang Theater

     Beijing Choayang Theater

Kaunter tiket di sebelah kanan, di luar bangunan. Yang tinggal show terakhir, start pukul 7.00 malam. Masa nak beli tiket, girl tu tunjuk layout teater sekali dengan harga..huh! mahal juga..beratus-ratus CNY. Yang paling murah CNY 180, seat yang depan sekali, yang kena mendongak bila nak tengok kat atas pentas..girl tu suggest yang CNY 200..dua orang dah 400..

Stop sekejap, fikir dulu, diskus dulu, nak tengok ke idok. Alang-alang dah sampai, teruskan lah juga. Guna kredit kad supaya tak ganggu duit cash yang ada. Ambik yang CNY200...*gulp*

 tiket dah ada, jom masuk


Show yang pukul 6.00 petang belum habis, show satu jam je. Lepas show habis, terserempak dengan sorang girl Melayu, bertegur sapa dalam tandas. Masa tunggu nak masuk, datang sorang lelaki Cina tegur kitaorang, dia cakap dari Penang, huhu..ramai juga orang Malaysia datang tengok show ni. Ok jugalah kan.
show belum start


Tak ramai yang tengok last show ni. Overall, ok lah shownya. Ada bergayut kat tali, melompat gelung bulat, berdiri atas kerusi sampai ke atap, naik basikal, last sekali, acrobatic 8 buah motosikal dalam globe. Nak kata best, so-so je..

Malam masih muda. Baru pukul lapan. Bercadang nak ke Wangfujing pula. Kena balik ke stesen Dongsi. Dari Dongsi, jalan kaki ke Wangfujing, dah dekat. Turun ke stesen Huajilou, terserempak dengan orang popular di Malaysia..hehe..kat dinding je..

 Dato' Lee Chong Wei...Lin Dan pun ada

Di stesen Dongsi, keluar Exit G, ambik kiri, jalan terus ke Wangfujing. Lalu depan Prime Hotel, ternampak signage Airport Bus..oo kat sini yang paling dekat dengan hotel, bas terakhir ke airport pukul 7.00 malam.

Bersambung..  

22 comments:

  1. Mahal tu... show sejam 200 Yuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb nak tengok live, pejam mata hulur kad..cukuplah sekali..

      Delete
  2. SHOW AKROBAT MCM KAT SARKAS TU YA NOHAS..HEBAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kak, yg selalu ada kat sarkas tu..

      Delete
  3. Wah Nohas dah sampai ke China pulak ye..
    Akrobatik yg biasa kita tengok kat TV tu ye..
    Ini kira pengalaman Nohas lah tengok live..
    Betul tu pejam mata jer..
    Dah alang2 smpi sana kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, plan dua tempat dgn satu visa..
      akrobatik yg biasa ada kt TV, itulah pejam mata, bayar je, sbb nak tengok live..

      Delete
  4. 200 yuan mahal tu.. tapi takpelah cari pengalaman yang payah nak jumpa kat tempat lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terkedu jg depan kaunter tiket, tk check sgt kt internet harga show ni..

      Delete
  5. boleh tahan harganya..tapi oklah tgok acrobatics di China,dh mmg part of culture diorang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbeliak biji mata bila tengok harga..ada yg sampai 600, 800 yuan..mmg China femes dgn acrobatic show, tu yang nak tengok bila gi Beijing..tk sangka harga mcm tu..huhu..

      Delete
  6. saya ada terbaca, acrobats semua ni diorg practise dari kecil seusia 5 tahun. kesian juga tengok diorg

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dilatih dari kecik lagi kan, mungkin mereka tu berminat jd kan acrobatic karier mereka..

      Delete
  7. errrr sempena apa LCW ada didinding tersebut ...

    hihihi...

    dah macam team china je dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa tulis dlm mandarin, tak faham...juara-juara dunia kot..
      nmpk ada tulisan 'Yonex', itu je yg faham..hihihi..

      Delete
  8. Glamor DLCW di sana juga *thumbs up* ;3

    Acrobatic show, pernah tengok sekali je dulu masa kecik2, sebab ada circus show dari negara mana ntah datang Malaysia masa tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu sgt masuk final lawan geng China, glamer DLCW di sana..

      dulu2 ada akrobatik show time sarkas..

      Delete
  9. besar istana tu.. tibet boleh dikatakan xberapa fames bg tourist. tp lawa!

    mahalnya harga tiket.. janji dpt tgk live. byknya org malaysia cuti sana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg besar, istana utk crown prince sblm jd emperor..susah nk masuk tibet, kawalan ketat..

      tk survey hrga dulu, pegi redah je, terkedu dpn kaunter tiket...huhu..hampir nak cancel..hihi..first time jumpa m'sian di sini, tk terserempak dgn rombongan2 dri M'sia kt mana2..

      Delete
  10. Tauhu pedas my favourite..leh mkn mcm tu je

    ReplyDelete
  11. Acrobatic show tu mmg best laaa terpegun bila tgk persembahan dorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. persembahan mereka mengagumkan..mngkin sbb letih, terlelap jg..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...