Sunday, 22 October 2017

Restoran Bangi Dong

Assalamualaikum,

Cerita makan-makan di bulan Januari. 

Bila tengok scene makan-makan dalam kdrama Mad Dog, teringat scene yang sama, makan di restoran yang ada penyedut asap macam ni..


Ya, di Restoran Bangi Dong. Di Malaysia ya. Dapat tau restoran ni dalam blog Wanderlust DJ.

Di Seoul, pun ada tempat nama Bangi dong. Dong dalam bahasa Korea ialah 'daerah' atau lokaliti.

Restoran Bangi Dong ni di Bandar Baru Bangi. Berpusing-pusing juga nak mencari restoran ni. Bangi dah bertambah maju. Di Pusat Bandar, dah banyak bangunan komersil yang baru. Dengan penuh confidence, parking belah sini..rupanya restoran di seberang jalan sana, takpe dah dekat, boleh jalan kaki ke sana.

Restoran Bangi Dong

Ada seat di dalam dan di luar restoran

di dalam restoran je yang ada penyedut asap
ini baru real, macam kat Korea

Order combo set 2 yang ada daging, tteok, dumpling, nasi goreng garlic dan soft beancurd in hot soup. Sebagai tambahan order grilled makerel.

banchan (makanan tepi - side dishes) - kimchi mesti ada

teh korea

nasi goreng garlic, aneka sos dan daun2 salad

bahan-bahan untuk bakaran
pekerja buat demo cara-cara untuk grill
yang dalam bekas hitam tu tauhu in hot soup

grilled mackerel

overall, oklah semua makanan. Set combo 2 harganya RM60, campur lain-lain hidangan, jumlah semuanya lebih kurang RM80++.

Dah makan, jom balik. Tengok kat kawasan Bangi Sentral ni banyak betul kedai, butik jual tudung dan pakaian muslimah. Cuci mata di sini pula.



 Banyak pilihan

Bangi sekarang hot-spot untuk shopping dan makan-makan.

34 comments:

  1. Tak pernah cuba lagi maksnan Korea ni. Nmpk sedap tu.

    Bangi mmg kawasan elit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap juga..tukar selera..

      Bangi..range dari low-income to high-income group...kwsn elit tu blm lagi kot..

      Delete
  2. MAKANAN KOREA RAMAI YG MINAT SAMPAI DI BANGI PULA

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Bangi ramai org Islam sbb tu kot byk restoran halal Korea dibuka di sini..Restoran Eid yg popular kt Korea pun ada di Bangi..

      Delete
  3. Wah menariknya makan kat Bangi Dong. Tak pernah jumpa lagi kedai ada penyedut asap macam ni. Bakar/gril sendiri ni best kalau makan sekeluarga kan. Kalau ke Bangi InsyaaAllah nak singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best bakar2, makan2 bersama keluarga..rasanya the first kt M'sia, restoran yg ada penyedut asap cam ni..

      Delete
  4. Wow sis, ini menarik betul... harganya lebih kurang macam kat Korea juga ka? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk pernah makan cam ni kt Korea, so takleh nak buat comparison..harga combo set 2 tu RM60..oklah kot harganya..

      Delete
    2. Uish kira ok tu *thumbs up* :D

      Delete
  5. Owh macam best jugak ni kak. lagipun dekat sangat dengan tempat study. senang nak pergi :) rege tu maybe standard kowt, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali-sekala tukar selera..cuma bakar2..dah dekat bolehlah pi..

      Delete
  6. teringin nk makan makanan korea..

    ReplyDelete
  7. Tak pandai nak makan makanan Korea..
    Tapi nampak menarik jugak tu dan tak jauh dari rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada bakar2 ayam, daging, ikan..yg ni ok jg..BBQ..
      dah dekat boleh singgah..

      Delete
  8. Wahhhh rasa lapar bila tgk segala makanan...hihi

    ReplyDelete
  9. Food hunting mood is ON! sebelum ni makan makanan jepun je,, tak pernah try lagi makanan korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try..tukar selera...makan Jepun pun suka juga..

      Delete
  10. sedap makan sini tapi poket kena tebai sikit baru dapat makan puas2.. hehe.. entry CT pasal restoran ni dok dalam draft berkurun. punya bebal laaa nak menaip malasnya hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..bahan2 utk grill tu rasa sikit je..kena ada tambahan makanan lain..
      ni pun dah makan dlm bulan Januari, 10 bulan yg lalu..

      Delete
    2. memang tak rajin lagi nak update. malas sungguh rasa. betul portion sikit tapi rasanya sedap tak dinafikan. boleh dimakan tapi xboleh selalu =D

      Delete
    3. dah ada dlm draf, bolehlah update, sekejap je....hehe..sekali-sekala, bolehlah bertukar selera..

      Delete
  11. https://madey09.blogspot.my/2017/11/awal-november-jumlah-klik-954-711-telah.html.
    Datang singgah BW

    ReplyDelete
  12. Bilalah nak berjaya ke Bangi ini.. Sedap pula main gril-gril nie..

    ReplyDelete
  13. murahnyaaa boleh terjah kalau2 turun kl

    ReplyDelete
  14. pernah juga ke sini,tak mkn bakar-bakar,just korean dish biasa,puas hati dengan rasanya...mmg boleh layan kalau rindu mkanan korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh repeat, nk makan other foods pulak..nk pi Dubu-yo pun asyik bertangguh..huhu..

      Delete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...