Sesi ziarah masjid lagi. Kali ni Masjid Muhammadiah di Taman Tasek Jaya, Ipoh. Masjid ni dikenali juga sebagai Masjid Cina.
masjid berciri senibina cina
Jom masuk..suka pulak tengok masjid berwarna merah. Rasanya masjid-masjid di Xián dan Beijing pun takde yang warna merah macam ni. Warna merah dan budaya Cina berpisah tiada..
ruang solat di luar
ruang solat utama
cantik..gabungan warna merah dan putih
cantik..gabungan warna merah dan putih
siling bercorak bunga
sejarah penubuhan
Masjid Muhammadiah telah dibina diatas sebidang tanah kurniaan Kerajan Negeri Perak diatas Lot 70406, Taman Tasek Jaya, Ipoh, berkeluasan 3776 meter persegi (40644.524 kaki persegi).
Bagi menzahirkan imej sebuah Masjid Cina Muslim di Bandaraya Ipoh, masjid ini telah dibina dengan senibina Cina sepenuhnya. Atapnya diimport dari negara China, malah kerja-kerja pemasangan atap tersebut dipandu oleh seorang juruteknik dari negara Tanah Besar itu.
Tujuan utama penerapan seni bina tersebut adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat berbilang kaum negara ini bahawa Islam tidak menghalang penyuburan budaya kaum selama mana budaya tersebut tidak bercanggah dengan Islam, sebagaimana juga Islam tidak menghalang pemantapan bahasa ibunda dan kebudayaan masing-masing.
Jom melawat kawasan masjid yang indah...
pintu masuk macam pintu kota
bonsai
taman bunga
tempat wuduk
panda...mural dalam bilik air
pintu
comel jer
menara azan
Habis sesi ziarah masjid, kita ke kawasan kedai yang mengadap jalan besar, nak makan mee rebus Ramli yang femes tu..
Restoran Mee Rebus Ramli di Taman Tasek Jaya
Mee rebus special, ada udang
Ingatkan udang dalam kuah, rupanya udang goreng bersalut tepung
macam tak berapa nak masuk dgn mee rebus
kalau cili hijau lagi best
Harga semangkuk mee rebus biasa ialah RM5.10; udang goreng tu RM3.70
The verdict: terbaik, memang sedap kuahnya. Cili merah tu kalau ganti dengan cili hijau lagi best, rangup je..
Tamat sudah sesi lawatan ke Taman Tasek Jaya, kalau ke utara jangan lupa singgah di sini..
MASJID CINA DGN SENIBINA YG UNIK BERSEDI BUDAYA...WAH SEDAPYA MI UDANG RAMLI..UDANG GORENG TEPUNG RATAH JE ENAK TU
ReplyDeleteseni bina cina..lain sikit dari masjid2 yg biasa kita tengok...udang goreng tu mmg ratah je, kak, nak bubuh dlm kuah rasa lain pulak..
DeleteKita semua bersuadara.
ReplyDeleteTeringin juga nak solat di masjid tu kalau kesempatan ke sana. Di melaka ada se buah masjid sebiji macam bangunan di negri cina. Saya kerap singgah dinsitu bila ke selatan. Dia berhampiran stadium baru melaka.
Kat sini tak boleh upload pic. Kalau boleh saya kongsi gambar masjid tu. Masjid tu memang cantik.
Kalau udang tu dimasak sekali dgn mee kuah dia lagi sedap.
itu Masjid Cina Negeri Melaka di Krubong...dah tengok gambarnya, mmg cantik, ada menara pagoda..
Deleteitulah udang tu kalau sekali dgn kuah, lagi sedap..
woaaa tak pernah tahuuu pun. bestnya terjah2 masjid.. memang digalakkan pun kan kita jejak kaki ke masjid-masjid yang berlainan. cantik and rasa macam China pun ada.. siap panda lagi =D
ReplyDeleteyg akk tau ada 3 masjid cina di M'sia..masjid beijing di kelantan, yang ini dan satu di melaka..dah tahu, bolehlah singgah & makan mee rebus sekali...feeling2 kt China..hihi..
Deletewooo yes yang kat Kelantan tu macam pernah lalu tapi tak sure masjid ke apa masa tu. menarik. betul ada kesempatan kena singgah =)
Deletedulu pi rombongan ke Kelantan, ada ura2 nk singgah Masjid Beijing, tapi tak kesampaian, tak cukup masa, membeli-belah di Rantau Panjang lama sangat..hihi..
Deletecantik, menarik, tertarik
ReplyDeletemenarik seni bina Cina..
Deletenice sharing
ReplyDeletethanks..
DeleteKalu silap2 pandang Masjid Cina ni macam kuil kan..
ReplyDeleteSebab ada tulisan Cina..tanglong pelagi yang peti pos merah tu..
Bila ternampak menara azan tu baru lah nampak Masjidnya..
Subhanallah cantik sangat..tak kiralah apa bentuk reka ciptanya..yang pasti rumah Allah didalamnya tempat umat Islam mengadap sang Penciptanya..
betul tu..sebagaimana tujuan senibina masjid ni, Islam tidak menghalang penyuburan budaya kaum lain kalau tidak bercanggah dgn ajaran agama Islam..
Deletecantik senibina masjid ni.,.lain sikit..
Wah baru tahu. Kalau tengok sekali lalu dari luar je, boleh fikir tu bukan masjid huhuhu... thanks for sharing sis :D
ReplyDeletemencipta kelainan...you're welcome..
DeleteCantik pulak masjid warna merah. Selalu kita tengok dlm masjid musti hijau. Tp kalau sekali lalu pandang mmg tak sangka itu bangunan masjid. Was2 gak nak masuk.
ReplyDeletewarna merah yg menarik...di sini kita biasa masjid berkubah, bila nmpk senibina cina mmg rasa was2..tapi kt atas pintu gerbang ada tulisan nama masjid..
DeleteCantiknya seni bina masjid tu..
ReplyDeleteMemang sangat berunsurkan cina...
Isshhkkk...lapar la pulak tengok mi tu
senibina yg menarik...warna merah..
Deletemi rebus yg sedap...
teringin nak ke sana n solat juga..
ReplyDeletekena datang Perak...cuti sekolah boleh jalan2..
DeleteNanti nak ajak suami gi sinilah.. Mee rebus tu sha pernah makan.. Memang sedap..
ReplyDeleteMmg sedap..boleh repeat..
Deletemenarik...senibina yang unik.
ReplyDeletewalaupun senibina cina namun unsur-unsur keislaman masih terpelihara
senibina yang menarik perhatian...tujuan asal sebagai tempat beribadat org Islam tetap terpelihara..
Deleteyalah..itu yang sebaiknya.
Deleteya, benar, saudara..
DeleteSaya baca ni dua kali. Ingat tadi sambungannya.
ReplyDeletesibuk sikit akhir2 tahun ni..x sempat nak update blog..
DeleteSubhanallah lawa... mcm di China pula
ReplyDeleteJemput singgah baca tips suami isteri yang masih menanti kehadiran cahaya mata.
lain dari yg lain...
Deletethanks, akan berkunjung ke sana..
lama tak singgah tasek lps hbis study. rasanya masjid ni dh lama kt situ. nasib dh lunch hehe tak terliur ☺️☺️
ReplyDeletedh lama kan, tp akk baru singgah tahun ni..huhu..bila balik kpg terus je ikut highway..ini kali baru melencong masuk dlm..
DeleteColourful negara kita dgn bbgai bgsa dan budaya,rare msjid ni,macam masjid cina di melaka,anak buah nikah di situ,mmg rasa unik sangat
ReplyDeletekepelbagaian senibina masjid di Malaysia..ada masjid cina, masjid jamek, ala-ala melayu, arab..
Deletetentu menarik gambar2 nikah..seindah masjidnya..