Thursday, 21 June 2018

Kompilasi kad raya 2018

Salam Syawal..

Selamat Hari Raya...dah tujuh hari kita di bulan Syawal..semoga semua sihat walafiat, ada yang masih beraya, teman dah masuk kerja hari Selasa..

Nak abadikan kenangan kad-kad raya yang diterima pada tahun ni. Ingatkan takde, sebab sebelum raya, takde satu pun yang dapat. Semuanya dapat minggu ni. Tiga keping je, jadilah kan...the thought that counts..

Semuanya dari klien...corporate clients..not bad, masih ada lagi syarikat yang spend money untuk tempah kad raya..


dari Asian Pac Holdings Group of Companies - motif songket

MKH Berhad dan MMC Berhad

-------------------------------------------

masa beraya di kampung haritu, dapat satu sampul surat putih. Tertanya-tanya juga, sapalah hantar kad raya kat alamat kampung ni. Tak pernah bagi sapa-sapa pun alamat kampung, kecuali urusan-urusan gomen....jeng!jeng! sekali bukak...bhaha....

kad pilihanraya pulak
cheq ngundi kat KL, pasaipa hantaq kt kpg no

 Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya

Adioss...tinggal kenangan..

Sekian, kisah kad raya dan pilihanraya teman...kepada yang masih beraya, bersederhanalah acara makan-makan ya, utamakan gaya pemakanan sihat, selamat bersilaturrahim..yang berpuasa enam, selamat berpuasa..

24 comments:

  1. Kompeni memang rajin bagi... kalau orang perseorangan macam dah pupus rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, betul..kompeni je yg masih lg print kad raya..org perseorangan dh mcm malas nk beli kad raya, nk kena beli setem lg..

      Delete
  2. WAH BNYK JUGA DPT KAD RAYA..TANDA INGATAN TU YG PNTING...KAK DPT JUGA SEKEPING DUA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiga keping je, kak..ya, betul, tanda ingatan yg penting..Alhamdulillah, dpt sekeping dua pun ok..

      Delete
  3. Cheq dapat kad raya digital saja, ok la tu, 'go green' gitu :D

    Kad raya sis yang last kali tu... bhahaha :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kad raya digital lg bagus, save the trees..hehe..

      bhaha..sungguh x sangka dpt kad tu kt kpg..spoilt mood raya..huhu..

      Delete
  4. wah tengku adnan hehehe... nina belum pos kad raya. tp rayakan sebulan :)

    selamat hari raya MZB buat nohas sekeluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. mantan menteri WP..huhu..takpe, setia menanti..hehe..

      Selamat hari raya jg buat Nina..jgn sedih tk dpt pink lily..hihi..

      Delete
  5. Yeah!!Tradisi kad raya masih diteruskan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih diteruskan by companies..tapi company teman buat e-card je..

      Delete
  6. Seronok bila dapat kad raya..
    Tahun ni dapat 3 kad raya, bila baca post ini timbul idea nak share juga kad raya tu nanti sebagai kenangan..

    Selamat Hari Raya Aidilfitri LZ ucapkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya jg buat LZ & famili..

      seronok dpt kad raya ni..sbb semakin pupus kewujudannya..abadikan dlm blog, buat kenangan..

      Delete
  7. kad raya seperti agak legend...

    semakin pupus tetapi masih wujud lagi walaupun tidak sepopular dulu-dulu..

    persaingan lebih kepada material elektronik

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah semakin kurang yg hantar kad raya...whatsapp lbh mudah, boleh buat GIF lg..

      Delete
  8. Replies
    1. Selamat Hari Raya jg utk Hasliynda & keluarga..

      Delete
  9. Selamat hari raya. Lama dah tak dapat kad raya macam ni. Tahun lepas dapatlah dua, tahun ni tak ada hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya jg utk Siti & famili..dah semakin kurang yg hntr kad raya..dari orang perseorangan tak ada..

      Delete
  10. Ok la tu, dapat jugak kad raya... teman nie tak dapat satu pun kad raya....😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengharapkan corporate clients, org perseorangan tak dapek satu pun..

      Delete
  11. Ada tak orang tulis..
    "Pecah kaca pecah gelas
    Sudah baca harap balas"

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..corporate clients mmg takde lah mcm tu, cuma sign & tulis nama je..

      Delete
  12. rajin diorang masih kekalkan budaya yang satu ini =)

    ReplyDelete

Syukran jazilan for your comments. Merci beaucoup!