Assalamualaikum, Salam Eidul Adha 1433H pada semua.
Entry kali ni khas untuk satu lorong di Penang iaitu Lebuh Armenian. Menyusuri lorong ini selepas hujan memang mengujakan dan menggembirakan hati dan minda. Banyak tinggalan sejarah dan bangunan pre-war yang telah dibaikpulih terdapat di sini. Satu pemandangan yang menarik di Georgetown. A feast to the eyes and mind.
|
Lokasi tempat-tempat warisan UNESCO di Georgetown |
Semenjak Georgetown diisytiharkan sebagai tapak warisan UNESCO dunia, terdapat banyak plaque berwarna biru seperti dibawah diletakkan di lorong-lorong di Georgetown.
|
Sejarah Lebuh Armenian |
Perjalanan dimulakan di sini, Syed Al-Atas Mansion yang telah dijadikan Muzium Islam Pulau Pinang. Tetapi menurut maklumat, muzium ini sudah berpindah ke tempat lain.
|
Jejak warisan - maklumat mengenai Syed Al-Atas Mansion |
|
Syed Al-Atas Mansion |
Disebelahnya, dialamat 120 Lebuh Armenian terletaknya Markaz Dr Sun Yat Sen di Penang. Siapa Dr Sun Yat Sen ni? Ya, dulu masa belajar matapelajaran Sejarah, nama ni memang kena hafal. Dr Sun ialah orang yang bertanggungjawab mengetuai revolusi menggulingkan Dinasti Qing di China pada tahun 1911. Beliau digelar 'Father of Modern China'. Beliau datang ke Penang pada tahun 1905 - 1912, entahlah samada fakta ini ada dalam buku Sejarah ke tidak, dah lupa.
|
No. 120 Lebuh Armenian - Beautiful House, Great History | |
| |
|
|
Beberapa lokasi bangunan2 yang berkaitan dengan Dr Sun Yat Sen |
|
The late Dr Sun Yat Sen |
Menyusuri lagi Lebuh Armenian, terjumpa bangunan ini, Straits Heritage, yang telah dijadikan hotel.
|
The Straits Heritage |
Jalan-jalan lagi, terdapat kedai cenderamata ini, sangat cute, tapi barangannya mahal juga (ikut rate local), fridge magnet RM12 seketul, tapi lain dari yang lain dan berkualiti juga.
|
14 Living Story |
|
Cute signages |
Diakhir lorong, sebelum ke Lebuh Pantai, terdapat mural 3D yang famous ini. Kami bernasib baik kerana tidak ramai tourists ketika sampai di sini. Apalagi ambil gambar sesuka hati.
|
3D mural |
Bagi mereka yang datang berkunjung ke Penang, sangat mengesyorkan lorong ini untuk dilawati dengan berjalan kaki atau menyewa basikal. Lagipun, lorong ini berdekatan dengan beberapa tempat-tempat menarik yang lain seperti Khoo Kongsi, Pinang Peranakan Mansion, the Whiteaways Arcade, Masjid Kapitan Keling dan Lebuh Campbell.
- Walking down the memory lane, immerse yourself with the past -