Haritu berkesempatan ke Muzium Muzik. Haritu ialah hari bekerja..hihi. Tujuan utama nak pergi Pejabat Tanah di Rumah Persekutuan, sebab parking penuh, terpaksa parking di bawah Dataran Merdeka.
Muzium ni lokasinya betul-betul on the way ke Rumah Persekutuan, corner lot, keluar je dari bawah tanah, mesti nampak punya. So, selepas urusan di Rumah Persekutuan, sebelum masuk bawah tanah, singgah sini dulu.
Muzium Muzik
Kawasan pameran semuanya di tingkat bawah. Menarik juga.
Ada macam-macam alat-alat muzik pelbagai bangsa di Malaysia.
kordo = tali, fon=bunyi
kordofon = alat muzik yang mengeluarkan bunyi
dari tali yang diregang
alat muzik kaum India
alat muzik kaum-kaum di Sarawak
Rebana Ubi semasa Sukan Komanwel tahun 1998
alat-alat muzik Nobat
kabaret Buluh Inn
takde apa sebenarnya - pintu je
Snap-snap gambar, baca sikit-sikit, dalam 10 minit dah habis tour of Muzium Muzik. Kecik je muziumnya, tapi penuh maklumat. Highly recommended.