Monday, 22 January 2018

Black Knight: The inside story

Annyeonghaseyo yeorobun..

Sapa ada layan drama korea Black Knight: The Man Who Guards Me di KBS2?? Drama ni nak kata best tu, so-so je tapi plot utama cerita ni yang menarik perhatian, ada kena-mengena dengan bidang kerja teman...tentang hartanah..

Kim Rae Won & Shin Se Kyung

Drama mengisahkan Moon Soo Ho (MSH) yang menjadi yatim piatu telah dibela oleh bapa Jung Hae Ra (JHR). MSH menjadi tutor kepada JHR dan mereka bersahabat baik, cam suka sama suka, tapi terpisah (MSH lari dari rumah selepas terdengar cercaan bapa JHR). Mereka berjumpa semula selepas 10 tahun di Slovenia. Part ni sangat best, cinematografi yang sangat cantik..ada castle di tepi Tasik Bled. Slovenia negara yang cantik..


MSH dan JHR ialah jelmaan semula (reincarnation) kepada pasangan suami-isteri di zaman Dinasti Joseon. Ada dua orang perempuan dari zaman Joseon (Sharon dan Baek Jae) yang immortal (tidak mati) sebab kena sumpahan yang berkaitan dengan pasangan suami-isteri tersebut. Di dunia moden, Sharon dan Baek Jae kena cari penyelesaian kepada sumpahan tersebut.

Awal-awal episod macam pening-pening lalat sikit, sebab tengah2 cerita zaman moden, berbalik ke zaman Joseon, editing macam bercelaru. Tapi semakin baik di episod-episod seterusnya.

Yang sangat menarik perhatian saya dalam drama ni ialah projek perancangan bandar @ urban planning yang menjadi plot utama drama ni. Bila dengar je MSH beritau JHR yang syarikat dia terlibat dengan projek membangun kawasan kejiranan di Seoul dan menghalang 'gentrification', wahh..minda terus jadi gembira. Pertama kali dengar perkataan 'gentrification'. Penulis skrip yang bagus. Thumbs up.


Apakah gentrification? Gentrification is a process of renovation of deteriorated urban neighborhoods by means of the influx of more affluent residents. This is a common and controversial topic in politics and in urban planning (source: wikipedia).

Lebih kurang maknanya ialah pembinaan semula 'slump area' di kawasan bandar dengan membina projek bertaraf tinggi yang menyebabkan penduduk asal terpaksa berpindah kerana harga hartanah dan sewa yang tinggi. 


Gentrification. Urbanisation. Conservation. Dalam drama ni, kita dapat lihat pertembungan ideologi pembangunan diantara MSH dan Park Chul Min (PCM). MSH melalui syarikatnya, Blacksmith, menentang pembangunan semula, ingin mengekalkan dan menambahbaik rumah-rumah hanok, mencipta 'budaya baru' untuk menarik pelancong. To revive the old neighbourhoods.
 

Seoul Neighourhood project. Seoul City Revival project. Dan bagaimana projek ni dihubungkait dengan pelancongan tempatan (local tourism).

Projek ini bukanlah rekaan dalam drama semata-mata. Ianya ialah projek sebenar di Seoul, di satu perumahan tradisional hanok di Ikseon-dong. Terbaiklah team Black Knight, sangat kreatif dan well-researched. That's what I like kdrama.

  Ikseon-dong

PCM pula sama macam pemaju2 yang lain, nak robohkan rumah-rumah lama ni, nak bina kompleks komersil dan apartment servis. MSH dan PCM berlumba-lumba contact tuan tanah dan pemilik kedai, berebut-rebut membeli hartanah bagi menjayakan impian mereka.

Apakah tawaran MSH kepada tuantanah dan pemilik perniagaan untuk mengekalkan hartanah/perniagaan mereka?

1. Reasonable lease business -  sewa bangunan komersil yang munasabah
2. Guaranteed 5-year contract - perjanjian sewa selama 5 tahun
3. With a set rental fee - dengan kadar sewa yg telah ditetapkan dan ada limit mengenai kenaikan sewa - rent control (situasi menang-menang diantara tuantanah dan penyewa) 


4. Foreign franchise stores will be regulated for certain periods. They will be financially supported for repairing old buildings by the local governments.


Di Malaysia, dulu ada Rent Control Act 1966 tapi telah dimansuhkan pada tahun 1997. Akta ini untuk mengekang kenaikan sewa secara mendadak di kawasan tapak warisan di Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur. Di Georgetown, heritage area masih terpelihara dan banyak bangunan kedai pre-war diubahsuai menjadi cafe, hotel, restoran dan pubs, menyebab harga dan sewa melambung tinggi di kawasan tapak warisan.

Cuma di Kuala Lumpur, heritage area seperti dalam entry Jejak Warisan, masih lagi belum menampakkan hasil. Namun ada usaha untuk memberi nafas baru kepada kawasan ini, hasil usaha Think City, anak syarikat Khazanah Nasional Bhd dan funding dari Yayasan Hasanah

ThinkCity - Rejuvenating The City. Think City is a community-focused urban regeneration organisation that aims to create more liveable, resilient and people-centric cities.

Dalam episod 7, MSH dan PA dia berbincang mengenai kawasan yang nak dipelihara, termasuk satu plot tanah kosong.
 


MSH cakap kalau tak dapat beli tanah kosong tu, buat permohonan untuk dapatkan 'surface rights'. 


Yaa, kerjasama diantara tuan tanah dan pemaju. Ini berkaitan dengan definisi tanah. Menurut Kanun Tanah Negara 1965, "land" includes (a) the surface of the earth and all substances forming that surface; (b) the earth below the surface and all substances therein; ada 3 lagi definisi (c), (d) dan (e)..yang ni boleh check dalam KTN.

Definisi 'surface rights' mengikut USLegal - Surface rights refer to those ownership rights in a parcel of real estate that are limited to the surface. It does not include air rights or subsurface rights. 

Maknanya 'surface rights' ni lebih kurang surat kuasa wakil penuh (the full Power of Attorney) untuk memajukan tanah, tidak termasuk 'air rights' dan hakmilik bawah tanah, dimana tuan tanah boleh claim compensation for 'air rights' dan hak bawah tanah ni, contohnya, bagi kes-kes pembinaan LRT, MRT, flyover, elevated highway dan yang sewaktu dengannya. 

Di Malaysia sekarang ni, hakmilik tuan tanah untuk kawasan bawah tanah ialah 6 meter bagi tanah pertanian; 10 meter bagi tanah bangunan (perumahan & komersil) dan 15 meter bagi tanah industri. Selebihnya ialah hak Kerajaan Negeri.

Yang pastinya, barang lama tak semestinya tidak berharga. Bak kata pepatah inggeris 'old is gold'. Hanya jauhari yang mengenal manikam..
 

Ya, setuju sangat. We must know the value and preserved it for the future generation. Classic, vintage, retro.

Di Malaysia, ada banyak projek gentrification dan conservation. Contoh project gentrification di Kuala Lumpur ialah project YTL di Sentul - projek pembangunan semula tanah milik Keretapi Tanah Melayu - dengan dua projek kondominum gedik - the Capers dan the Fennel.

Contoh projek conservation ialah di Sentul Park, kilang papan dipulihara dan dijadikan Kuala Lumpur Performing Arts Centre (PAC), boleh refer entry ni - Less havoc - the Sentul Park.


   Bangunan KLPAC
 
Satu lagi contoh ialah bangunan kilang Art Printing Works (APW) di Jalan Riong, Bangsar. APW dulunya ialah kilang mencetak suratkhabar dan majalah, sekarang ditukar kegunaan kepada event space, ruang pejabat,  cafe dan bakery. Cafe yang ada disini termasuk the Breakfast Thieves, PULP dan Agak-Agak. Kena pergi ni, melihat conservation success story.

kawasan APW, Jalan Riong, Bangsar

Berbalik kepada drama ni, adakah hero akan berjaya dengan misi conservation? Tungguuu..sekarang baru episod 14, mula-mula drama ni 16 episod je, menurut maklumat, akan disambung sampai 20 episod..

Apa-apa pun hero mesti menang...#teamMSH..#teamBlacksmith..

Thursday, 18 January 2018

Jejak Warisan KL 3.0

Assalamualaikum...

Sambung entri Jejak Warisan.

Di sekitar kawasan Medan Pasar dan Lebuh Pasar Besar. Kawasan ni kalau hari cuti terutama hari Ahad atau hari cuti umum, ramai sungguh warga asing berkumpul. Dah macam dataran kat negara Bangladesh dan Nepal pulak.

Tapi di sini, banyak bangunan-bangunan kedai sebelum perang (pre-war buildings) yang menarik..
 
 menara jam di Dataran Medan Pasar


rumah-rumah kedai di Medan Pasar
dah jadi ''pedestrian street'

 
rumah-rumah kedai

Kafe Old Market Square
dulunya Sin Seng Nam Restaurant


Bangunan berusia 85 tahun

pandangan sisi - putih kuning

 pandangan belakang

Jom masuk Kafe Old Market Square, kita sarapan di sini. Dipunyai dan dipulihara oleh Datuk Ghani Abdullah, masih mengekalkan kondisi bangunan warisan.

 ada photo Yap Ah Loy

nasi lemak biasa + teh tarik = RM7.50

Di tingkat satu, ada galeri. Galeri ni dibuka pukul 12.00 tengahari hingga 3.00 petang.

di kejauhan

Menyusuri Jalan Tun H.S Lee..

bangunan putih

sejak tahun 1888


Maybank yang pertama di Malaysia
di Mansion House

dibuka pada tahun 1960

Oriental Building di Jalan Tun Perak

 dan permulaannya di sini - pertemuan dua sungai
Kuala Lumpur

Monday, 15 January 2018

Rawang Bypass: Membelah kabus

Assalamualaikum...

Pada 16 Disember 2017, pergi mencuba memandu di Rawang Bypass, jalan tertinggi di Malaysia, yang dibuka kepada umum pada 29 November 2017.

Panjangnya 9km, lebih kurang 2.6 km ialah elevated road, yang paling tinggi lebih kurang 60 meter (196 kaki). Tinggi kan!!

Dari Selayang, merentasi Hutan Simpan Kanching menuju ke Sungai Choh dan Serendah...ibarat membelah kabus yang muncul selepas hujan, nak kata membelah awan tu, macam tak tercapai pulak..

sumber: nst 

Kalau tengok gambar, memang nampak gayat tapi rasa best lak lalu atas ni...tenang je dikelilingi kehijauan.

dari Selayang ke Serendah

time balik ke KL, baru nampak tiang-tiang...fuh, fuh..
 
dari Rawang ke Selayang

Pemandangan hutan sangat cantik. Very scenic.

sempat snap!!

Pokok Giam Kanching @ Merawan Kanching 
yang hanya tumbuh di sini, tiada di tempat lain di dunia
  
Perjalanan sangat selesa. Sekejap je perjalanan Selayang-Serendah-Selayang. Engineering makes wonders.

Thursday, 11 January 2018

Mieng Kham @ Chakri Palace, KLCC

Assalamualaikum....

Swaddee-kha..ma gin (mari makan) mieng kham..

Ini hasil recommendation dari office mate. Haritu bos (group satu lagi) belanja depa makan tengahari Thai style di Imperial Chakri Palace, KLCC. Mieng kham ni termasuk dalam juadah yang dipesan. Officemate ni asyik cakap sedap mieng kham ni..

Teringin pulak nak rasa. So, sebelum pergi ke event Syariah Investing Fair di KL Convention Centre bulan October lepas, singgah makan tengahari di Imperial Chakri Palace. Pertama kali makan di restoran di KLCC, selalu makan kat food court je, tak pun kat KFC..

Jom tengok best ke idok mieng kham ni..

  Imperial Chakri Palace, KLCC

 gambo sapa ntah le..rasanya King Chulalongkorn


 interior setting nampak mewah

Jom order..

  Signature kadok leaves roll = mieng kham 

Order mieng kham, tomyam, nasi putih dan jus serai dengan madu.

 mieng kham - snek orang Thai/Burma
daun kadok, sos udang, kelapa kering, udang kering, kacang tanah
halia, limau nipis, bawang dan cili padi

   daun kadok, sos udang, kelapa kering (baked coconut flakes)

kacang, udang kering 


cili padi, bawang, limau nipis, halia


makan macam makan sireh, mcm org korea buat wrap daun2..
surprisingly, rasanya memang sedap, campuran pedas2 manis 
rasa rangup kacang, halia, lemak2 kelapa, bergabung
macam meletup-letup dalam mulut..boom-boom bang...

tom yam - memang sedap

  jus serai dgn madu

Total damage:

  *naik juling bijik mata
daun kadok tu berlambak tumbuh kat kebun kecil arwah ayah
tak dipeduli pun...lepas ni, boleh kot jd supplier ke klcc.. 

Recommended, bolehlah kawan-kawan try mieng kham. Dah makan kat sini, ofismate yang sama beritau di Absolute Thai pun ada  juga, lagi murah harganya. Takpe, next time, kita try kat sana pulak..pergi beramai-ramai baru syok, sambil sembang-sembang, melipat daun kadok...khob khun kha..