Assalamualaikum semua..semoga sihat walafiat...
Kisah dinner di Restoran Betawi di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) hari Khamis minggu lepas. Meeting habis pukul 8.30 malam, banyak betul perkara nak dibincangkan untuk IPO. Alang-alang dah malam, terus je dinner di sini.
Check menu dulu di luar, nampak menarik. Ada waiter datang tanya, jenguk kat dalam, ada meja kosong..ok on je..
The venue
solo dining itu biasa..hihi..
menu nasi, vegetarian, desserts, sambal & drinks macam2 sambal ada - sambal korek, sambal matah, sambal kantan
sambal colo colo, sambal betutu, kicap dabu dabu, sambal taliwang
Jom tengok what's for dinner tonight
wedang jahe panas
Alhamdulillah, my dinner for tonight
nasi kemangi bakar with sambal hijau dan kicap dabu dabu
ayam taliwang with sambal terasi
the verdict :
ya ampun nasi kemangi nya pedes banget..nampol sekali pedesnya..
dalam menu dah tulis pedas, waiter tu ada tanya, ok ke pedas
teman pun jawab ok je, tak sangka sepedas ini..
bikin leleh air mata, tak tahan den, nasi nya dah pedas giler, dua sambal tu langsung tak dimakan, minuman pula tidak membantu...hehe..
menambah rasa pedas..haha...
Ayam bakar taliwang tu sedap, rasa kicap, sambal tu memang dah tak dimakan,
menahan pedas nasi kemangi..tak habis makan, tapau bawa balik..
Keluar dari restoran, nampak Family Mart, singgah beli aiskrim matcha..
Alhamdulillah..legaa..
Total damage : RM60.20
-----------------------------------------------------
baru menyempatkan diri blog walking...rindu sahabat maya..