Wednesday, 25 March 2026

Raya 2026 : Shopping Raya

Salam 5 Syawal..

Kisah throwback hari Khamis 19.3.26...aktiviti membeli barang-barang mentah untuk juadah raya..well, ada yang kata raya hari Jumaat..so kita prepare awal..hihi..

Ada 4 persinggahan..yang pertama pasar basah..ini pertama kali teman pergi pasar ni sejak berubah lokasi ke tempat baru. Dulu lokasi dekat tengah-tengah bandar je, lokasi baru ni, jauh pulak..dekat kawasan industri Perak Tex dan Mariwasa..

 

 Pasar Tani kekal rupanya..

 Konsep terbuka, ada bahagian basah dan kering..oklah, mudah nak cari..




dekat sini beli ikan keli, ikan sardin, laksa tepung gandum (laksa kuale) dan bahan2 untuk mi kari. Kat kuala kangsar ni, hari raya mesti nak buat laksa kuala..

Persinggahan kedua ialah Econsave...

Kat sini beli ayam, sayur-mayur untuk laksa..murah2..
 
 Persinggahan ketiga di kawasan lembah, pergi kedai FAMA, sebelum balik rumah, singgah kedai borong di Taman Chandan Putri..
beli sabun basuh (nak DIY basuh carpet)
 
gitulah kisah beli-belah sebelum raya, Alhamdulillah raya hari Sabtu.. 
Hari Jumaat, tak kemana-mana..petang masak rendang ayam.. 
 Lemang beli jer...juadah raya - lemang & rendang ayam
 
Alhamdulillah, selesai.. 

Raya 2026 : Hiasan meja reception

Salam 5 Syawal 1447H..
 
Hari ni dah start kerja...meh tengok hiasan raya di meja reception, recycle yang tahun lepas, hasil kreatif boss bahagian business development.. 
 
 
Selamat bekerja bagi yang dah start kerja hari ni
selamat beraya bagi yang masih cuti raya 
selamat berpuasa bagi yang puasa 6 Syawal 

Sunday, 22 March 2026

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2026

 Salam Syawal 1447H

Taqabballahu minna waminkum
Semoga Allah menerima amalan puasa kita
dan amal ibadah yang lain dan menjadikan ianya simpanan 
amal solleh di akhirat nanti..amin2..Ya Robbal álamin..
 
Semoga bertemu lagi di Ramadan yang akan datang..
 
Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin.. 

Thursday, 5 March 2026

Bubur Lambuk Agung

 Alhamdulillah...rezeki..

ofismate tolong ambikkan 

Sedap bubur lambuk nih..legenda.. 

Resepi turun-temurun & tukang masak veteran