Selak-selak buku-buku lama, ada banyak nota-nota yang terselit sana-sini. Sebelum melupuskan kertas-kertas tersebut untuk menjadikan bilik sedikit 'paperless', baiklah mengabdikan coretan-coretan tersebut di alam maya. Nak buang begitu saja, rasa sayang pula. Nak simpan, rasa malas. Semoga ada manfaat.
Umat yang berjaya adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai ciri-ciri akhlak mulia. Umat yang sedemikian akan dapat membangunkan tamadun yang tinggi dan dihormati sebagaimana terbukti di zaman Rasulullah SAW. Masyarakat yang menghayati dan mengamalkan ciri-ciri akhlak mulia akan hidup dalam keadaan aman dan menikmati kestabilan politik, kemantapan ekonomi dan kesejahteraan social.
Ahmad Shauqi, seorang pujangga Arab pernah mencipta kata-kata bidalan, “kemuliaan bangsa bukanlah dari binaan-binaan yang indah, bila akhlak dan budi mereka rosak terdedah.”
Imam Al-Ghazali memberi takrif akhlak sebagai "suatu sifat yang tertanam dan sebati dalam jiwa seseorang yang melahirkan tingkah laku dengan mudah secara spontan, yakni tanpa berhajat kepada pemikiran. Jika yang lahir itu tingkah laku yang baik dan terpuji menurut akal, itulah akhlak yang mulia."
Menurut Islam, dasar akhlak itu hendaklah bersumberkan tiga perkara:
* Pengajaran dan teladan daripada kitab suci Al-Quran
* Pengajaran dan contoh teladan daripada Rasulullah SAW
* Segala perbuatan baik menurut pertimbangan akal fikiran yang sihat berdasarkan tempat, keadaan dan waktu serta tidak bercanggah dengan dasar-dasar agama.
Tujuan tertinggi agama dan akhlak ialah mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Agama Islam adalah sumber terpenting bagi akhlak Islam dan faktor terpenting yang mempengaruhi pertumbuhannya.
Konsep akhlak dalam Islam terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
* Akhlak terhadap Allah SWT
* Akhlak terhadap sesama manusia
* Akhlak terhadap makhluk selain daripada manusia
Manusia yang baik adalah individu yang berakhlak, bermoral serta beradab mulia. Ia dapat dilahirkan menerusi pendidikan Islam.
Sumber: JAKIM & YPEIM
Wednesday, 10 March 2010
Friday, 19 February 2010
Menunggu Yang Ketiga

Sudah habis membaca novel Cinta Granada, buku kedua dalam trilogy "Tsulatsiyah Gharnathat' karya Radwa Ashour. Buku pertama, Rindu Andalusia, banyak memaparkan budaya orang Arab di Andalusia dan menceritakan saat-saat Granada jatuh ke tangan King Ferdinand and Queen Isabella.

Granada yang indah - source: Google Earth
Buku kedua ini melakarkan zaman perit umat Islam di bawah pemerintahan kuku besi bangsa Kristus. Sangat sadis jalan ceritanya. Menyaksikan runtuhnya tamadun Islam yang gilang-gemilang, hancur berantakan. Umat Islam ditekan, ditindas, diusir, dibaptis, dihapuskan dengan sewenang-wenangnya.
"Apa gunanya kitab-kitab sekarang? Tidak ada seorang pun yang mengerti bahasa Arab?"
"Allah menurunkan Al-Quran dengan bahasa Arab dan Dia akan menjaganya sebab ia adalah bahasa kitabNya. Ini memang hari-hari yang sulit.."
Ya, Allah SWT sebaik-baik penjaga. Manusia ini lemah seperti kata-kata bonda Sultan Muhammed XII (Sultan Boabdil) ketika baginda menyerahkan kunci kota Al-Hambra.
"Don't cry like a woman for the country you failed to defend like a man"
Sedang menunggu buku ketiga..
Monday, 8 February 2010
Godaan Berterusan
Rasulullah SAW telah menyoal iblis, sabdanya: "Wahai iblis, ketika umatku berdiri melakukan sembahyang, bagaimanakah hal engkau?."
Jawab iblis: "Masa itulah yang paling susah bagi aku, seluruh badan aku akan menggeletar dan lemah. Lalu aku menyuruh sekalian bala tentera aku yang terdiri dari syaitan supaya menggoda orang yang hendak sembahyang. Setiap orang akan digoda oleh berpuluh-puluh syaitan, setengah pada anggotanya supaya umatmu merasa malas."
"Setengahnya akan masuk ke dalam hati supaya umatmu merasa was-was serta terlupa akan rakaatnya dan akan bimbang terhadap pekerjaan dunia serta akan segera keluar dari sembahyang dan setengahnya akan masuk ke dalam mata lalu menjadikan hatinya tidak senang. Akan datang pula syaitan duduk di belakangnya supaya orang itu tidak tahan lama untuk duduk di tahiyat dan di dalam hatinya berkehendakkan supaya sembahyang itu habis cepat."
"Dengan ini ia akan mengurangkan pahala sembahyang. Sekiranya sekalian syaitan itu tidak dapat menggoda maka akan aku hukum dengan seberat-berat hukuman ke atas syaitan-syaitan itu."

Subscribe to:
Posts (Atom)