Friday, 30 March 2012

Catatan Perjalanan di era 90an

Entry ini sekadar untuk rekod, tiada niat apa-apa, no hidden agenda..

Pasport lama ni dah berusia 22 tahun rupanya, expired tahun 1995, kemudian di renew sehingga tahun 2000..


Masih teringat lagi, pada pagi 6 Januari 1990, selepas subuh, aku dan ayah ke stesen bas, naik bas express pergi ke Ipoh untuk buat pasport ni, berhenti di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, sekarang ni dipanggil Ipoh lama (old town gitu). Tak ramai orang berurusan di kaunter Jabatan Imigresen, yelah zaman dulu lagipun dekat Ipoh pulak, tak ramai orang yang nak pergi oversea kot..

Selepas urusan selesai, sementara tunggu pasport siap, pergi ngeteh...masa ni order teh ais..ayah siap sound, pepagi minum ais, lemah badan (Dato Aziz Satar pun bagi petua yang sama)..dahaga maa, dapat minum ais memang heaven..masa tu bebudak2 lagi..bebudak? budak mentah baru nak kenal dunia..

Tak dinafikan paspot ni banyak sungguh kenangannya, rasa sayang nak buang, InsyaAllah, mungkin akan simpan sampai mati (grotesque punya statement)..menyelak helaian mukasuratnya (walaupun tak banyak dicop) ibarat menyelak memori kehidupan seorang aku..boleh buat bedtime story book sambil buat cross reference dengan album-album gambar lama.. ibarat irama dan lagu..

Rupa-rupanya aku keluar negara cuma dalam tahun 90an..bila berubah ke zaman milinenium..tahun 2000, tak diperbaharui walaupun ada lagi satu space lagi for renewal..maknanya aku tak keluar negara, paspot bercip pun baru buat haritu masa nak ke Bali....2004-2006 were turbulence years, 2007-2008 zaman kebangkitan semula..what an experience..a bitter one, swallowed hard..

Oh ya.. ada sekali keluar negara pada tahun 2002, tapi guna pasport lain..huh, pasport lain?? nantilah lain kali cerita…

Menurut pasport (bahasa buku teks), pertama kali aku keluar negara ialah pada 1 Mac 1990, ke Singapura. Rombongan sekolah , lawatan sambil belajar. Tu yang kelam-kabut buat pasport , sebenarnya boleh ambil visa sehari, tapi alang-alang menyeluk pekasam, biarlah buat pasport, untuk kesenangan di kemudian hari…

Sebelum ke destinasi seterusnya, sekitar bulan Mei/Jun 1990, ada sekali keluar negara tapi ni tak tercatat di dalam pasport. Secara haram, ya..masuk secara haram ke sempadan Thailand. Selepas selesai kursus BTN di Kelantan dulu, ya, pernah hadiri kursus BTN..bukan sekali, tapi dua kali..hehe....Bukan secara haram sebenarnya, tapi Golok masa tu rasanya kawasan berkecuali..takde pasport pun takpe, guna IC sahaja. Memang tak bawa pasport, tak plan pun..Bunuh waktu, sementara tunggu bas malam..Masih teringat kata-kata kawan di tepi Sungai Golok..sebelah sana tu dah kira oversea lah..macamana boleh sampai ke sana, dah terlupa..

Pada 19 September 1990, bermulalah perjalanan seorang aku, berkelana ke negara penjajah, menuntut ilmu. The main purpose of doing this passport..Pertama kali naik kapal terbang, flight yang kira panjang juga - 13 jam from Subang Airport to Heathrow London..walaupun kelas economy, tapi at least Malaysia Airlines, selesa juga..kawan dapat Business Class sebab dressing dia kelass…tapi dia cakap tak best sebab takde kawan nak berhoray-horay, aeroplane tu Business Class dia tingkat atas..kami di kelas economy ni dah macam rumah sendiri..berjimba-jimba..

Pada 10 Julai 1991, aku balik ke Malaysia during summer holiday. London-Karachi-Subang sebab naik Pakistan Airlines. Macam naik bas, bisingnya tuhan saja yang tau, dengan bau kari, tapi makan best, nasi pilau/beriyani. Transit kat airport Karachi, naik plane lain ke Malaysia. Pakai gamble je balik, flight tiket balik ke London tak beli lagi. Masa tu mana ada internet, flight tiket kena beli kat travel agent.

Bila difikir-fikirkan balik, buat apalah balik Malaysia, lebih baik tour Europe ke, tour UK ke tapi masa tu takde kawan-kawan yang sekepala, semua fikir kumpul duit, nak balik Malaysia, nak kata homesick, takde la sangat. Ramai yang balik, aku pun ikut balik. Pengaruh kawan, sebenarnya boring giler duduk rumah sorang-sorang masa cuti summer.

Balik Malaysia, melilau cari travel agent nak beli tiket balik. Kawan beritau tiket Royal Brunei airlines murah juga, dia beli kat satu travel agent di Jalan Kampung Attap. Aku pun try juga, Alhamdulillah dapat, siap boleh bayar dua kali lagi..mungkin tengok muka aku yang kudus ni..hehe..

17 September 1991, aku berlepas ke Changi Airport Singapore dengan Singapore Airlines, sebabnya Royal Brunei Airlines tak mendarat di Subang, kena ambik di Changi Airport. Ini kira perjalanan solo aku yang pertama dengan flight yang panjang sikit, Subang-Changi-Dubai-London. Dalam flight ni, aku duduk sebelah perempuan Filipino. Dia cakap dia nak kerja jadi orang gaji di Dubai, dia turun di Dubai (macam bas le pulak), dua-dua seat aku conquer sorang-sorang sampai London. Masa transit di Dubai, aku turun juga jalan-jalan di airportnya, ada dua student Malaysia dok sibuk beli kacang pistachio, kacang cerdik..murah katanya..ye lah kot, tapi aku tak beli pun..

27 Julai 1992, aku dengan resminya meninggalkan negara itu dan selamat mendarat di Subang Airport pada 28 Julai 1992. Masa ni balik berdua dengan kawan serumah tapi dalam flight, ramai juga student Malaysia yang lain. Bermulalah kehidupan seorang aku untuk mencari pekerjaan di tanah air tercinta.

1 – 3 Oktober 1993, aku ke Phuket Island dengan rombongan pejabat. Memang seronok sebab penajaan penuh oleh bos-bos. Masa ni hurrah-hurrah sampai terlupa makan ayam yang tak disembelih..made in Thailand..insaf..

2 – 3 September 1996, ke Kuching, Sarawak atas urusan kerja. Baru tahu yang nak ke Malaysia Timur pun kena guna pasport. Sebenarnya boleh guna IC je, tapi menurut bos, better bawa pasport, nanti kena beratur panjang di kaunter yang guna IC. Alang-alang ada pasport, baiklah digunakan.

10 September 1997, aku pergi menunaikan umrah bersama kawan-kawan. Disebabkan naik Royal Brunei Airlines, transit semalam di Bandar Seri Begawan sebelum bertolak ke Jeddah, Arab Saudi. Sempat melawat Muzium Diraja dan Masjid Jamek. Balik pun begitu juga, transit di Bandar Seri Begawan, sempat juga pergi Jerudong Park. Sampai di Subang Airport pada 27 September 1997.

Oh ya, Februari 2002, Alhamdulillah telah terpilih menjadi tetamu Allah di musim haji, tapi yang ni guna pasport lain..pasport haji..Yang best, dapat naik Saudi Airlines dari KLIA terus ke Madinah, smooth journey..hassle-free compared to landing in Jeddah..

Sikit sahaja pergi oversea..tapi Alhamdulillah, perjalanan yang memberi pengalaman yang sukar diungkap dengan perkataan - PRICELESS. Zaman sekarang ni pergi oversea ni dah tak heran, tambahan pula ada internet dan Air Asia, now everybody can fly..

Wednesday, 29 February 2012

Tahun Baru, Hobi Lama

Setelah hampir dua bulan on 'silent mode', baru nak bermula dengan first entry di tahun 2012. Biar lambat, asal ada..

February, March..bulan yang sibuk dengan mesyuarat agong persatuan2. Sebagai 'setia' berusaha, macam-macam tugas menanti, nak update laporan aktiviti tahunan, nak update senarai AJK, prepare dokumen for submission to Registrar of Society, nak kejar pengerusi & pemeriksa kira-kira for their signatures..huh..

Tapi yang paling best, hantar notis mesyuarat pada ahli2..hantar guna tradisional postage..pergi pejabat pos Medan Tuanku, beli setem..ada setem terbaru..kempen anti-dadah..


Setem bentuk tiga segi, terbaru di pasaran....Ya Kepada Kehidupan, Tidak Kepada Dadah


surat kepada ahli


Sentiasa teruja tengok setem yang pelik-pelik ni.. Teringat masa zaman kanak-kanak dulu, hobi mengumpul setem..hobi yang sungguh pasif, bila dapat setem oversea, rasa gembira sangat..tiap-tiap hari tengok album, susun ikut negeri, negara..ikut design..



Album setem yang dah banyak berjasa

Setem-setem negeriku



Setem tigasegi sebelum merdeka - masih lagi Tanah Melayu




Dalam kenangan, not happily ever after but till death do us apart (yang ni benar)

Masa dapat setem ni, rasa best sangat, maklumlah the late Lady D sangat popular masa tu sebab nak kahwin dengan anak raja..fashion rambut dia menjadi ikutan ramai..


Membuka album setem, melihat-lihat setem-setem lama umpama satu terapi minda sambil hati bertanya siapakah designer setem-setem ini..an unanswered question..

Friday, 23 December 2011

Enchanting Bali

Kami meninggalkan kawasan Ubud dan bergerak ke kawasan bandar iaitu Kuta melalui highway di tepi pantai. Ada highway rupanya. Kami ke Krishna Mall untuk shopping souvenirs dari Bali. Tempat yang complete untuk shopping souvenir, bilang pemandu pelancong kami. Apalagi, shopping spree..fridge magnets, keychain, yang pertama dicari sebagai souvenirs untuk sahabat handai.

Ada kemudahan musolla, Krabat Kramat sempat solat berjemaah dengan tourists (suami-isteri) dari Indonesia. Suaminya jadi imam. Musolla cuma satu sahaja, tiada tempat khas untuk wanita, tiada penghadang pula. Kami kiranya bernasib baik kerana tidak ramai yang solat lagi ketika itu. Sebaik sahaja melangkah keluar untuk sambung shopping semula, segerombolan pelancong Indonesia mula
masuk ke surau untuk solat. Alhamdulillah.

Pukul 2.00 petang, kami dibawa ke sebuah warong murah di Kuta untuk makan tengahari. Warong yang menyajikan masakan tanpa MSG, kegemaran pelancong-pelancong asing. Majoriti yang makan di kedai ini ketika kami sampai ialah mat saleh, tapi takdelah murah sangat..Masakan OK, macam di rumah sebab takde MSG. Dapatlah merasa nasi beras Bali yang ditanam di lereng-lereng bukit, macam beras pulut hitam. Tasteless but good for your health..

Minuman - coke dan teh botol

Harga RM6.50 - RM7.00 untuk makanan sahaja ye..

Aktiviti seterusnya ke Uluwatu. Perjalanan ke Uluwatu yang terletak di selatan pulau Bali agak perlahan sedikit kerana trafik yang banyak, macet teruk juga. Nak masuk kawasan temple Uluwatu, dinasihatkan tidak membawa handbag, cuma bawa kamera sahaja kerana banyak monyet-monyet berkeliaran. Monyet-monyet ini pintar mencuri barang-barang.
Monyet-monyet sedang bersantai

Tiada apa yang menarik di sini cuma kawasannya yang tinggi mengadap laut
menghidangkan pemandangan yang indah. Disini terkenal dengan pertunjukan Tarian Kecak tetapi memandangkan kami sudah menyaksikannya semalam di Batubulan, kami terus bergerak ke Jimbaran Bay untuk melihat ‘sunset’.


Didalam perjalanan, kami singgah di Blue Point, tempat yang terkenal untuk ‘surfing’. Tidak langsung ke pantainya kerana sudah tidak larat untuk turun naik tangga yang memang curam. Nampak juga Padang-Padang Beach, salah satu lokasi filem Eat Pray Love. Terus bergerak ke Jimbaran Bay dan sempat menikmati sunset di tepi pantai dan seafood untuk dinner.

Sunset di remang-remang senja

seafood, seafood

Akhirnya, aktiviti membeli-belah di Pekan Kuta ketika malam mula menjelang. Bermula di Hard Rock Café di akhiri di Matahari Mall. Seperti biasa membeli-belah souvenirs untuk diri-sendiri dan juga saudara-mara dan sahabat-handai.
Suasana malam di Pekan Kuta

Lebihkurang pukul 10.00 malam, kami ‘check-in’ di Hotel Grand Shanti di Denpasar. Hotelnya ada dua bangunan berasingan. Kami bernasib baik kerana bangunan yang didiami ada kemudahan lif berbanding dengan bangunan yang satu lagi, di seberang jalan. Cuma ada tangga, ya ampun.


The Grand Shanti Hotel

Keesokan paginya, seperti biasa, aktiviti 'morning walk' selepas breakfast. Denpasar, ibu negeri Bali, mula sibuk di pagi hari dengan deruan motosikal dan skuter. Rupa-rupanya the Grand Santhi ini terletak di kawasan komersil dengan beberapa bank-bank utama dan shopping mall. Ada Matahari Mall, Denpasar Junction..err..kembar Maju Junction kot..hehe.

Morning walk di Denpasar

Denpasar Junction

Selepas ‘check-out’ dan sebelum berangkat ke airport, kami dibawa untuk ‘city tour’ di dalam MPV sahaja. Banyak juga tempat menarik disini, ada masjid di tengah-tengah pusat bandar. Hmmm..nampak gayanya kena datang lagi..InsyaAllah.

* credit to Krabat Kramat and Syed Nahar for some of the photos, taken with DSLR..