Sunday, 9 September 2012

Peringatan Untuk Diri

Assalamu'alaikum semua...kembali berblogging..Salam Eidul Fitri 1433H yang ke-22.

Malam semalam semasa di satu surau sebelum program Ramah Mesra Idul Fitri, terbaca satu artikel yang menarik tertampal di dinding surau,  untuk peringatan diri sendiri, mengambil berkat bulan Ramadhan yang telah berlalu..semoga istiqomah dalam beribadah..


Bismillah..

Pernah tak rasa, bila solat tu, kosong je hati. Baca quran sampai hilang suara dah, tapi tetap rasa empty. Layu je. Hati rasa jauh, diri rasa jauh. Jauh dari Allah. Cuba menyebut-nyebut nama Allah banyak kali, tapi entah kenapa rasa ‘tak sampai’. Cuba zikir-zikir, still, kosong. Sujud dah hilang nikmatnya. Saat kening bertemu sejadah, macam angin lalu je. Bacaan dalam solat, dah puas dihayati tapi entah magic apa tak tahu, tiba-tiba imam dah bagi salam, dah habis dah solatnya. Khusyuk dah tak ada.

jauh. kosong. kering. jauh!

Kemanisan itu hilang. Kemanisan dalam ibadah Itu, hilang. Satu masa dulu, pernah ada, nikmat sangat. Tapi sekarang dah hilang.

Kemudian kita pun cuba fikir, kenapa agak nya ya. sebab busy ke? Atau, sebab tak sihat? Atau, sebab tengah tak ada masalah, al maklumlah kita ni kan bila ada masalah saja baru akan terasa dekat dengan Allah. Atau, sebab apa ya. Bosan? Malas?

Sebenarnya jawapan dia mudah je. hilangnya kemanisan dalam beribadah tu tak lain tak bukan sebab ‘kemanisan’ maksiat mula menyibuk dalam ruang hati. sikit-sikit dia ambil tempat tempat.

analogi. bayangkan satu kertas warna merah. kertas A4 la senang. ok. then, tiba-tiba ada warna kuning tercalit sikit dekat atas dia. mestilah (ukuran) area yang warna merah dah kurang, sebabnya dah di-replace-kan dengan warna kuning, betul kan? lepastu bayangkan warna kuning tu semakin besar dan besaaar dan besaaaarrr, dia makan lah lagi dan lagi ruang warna merah tadi kan?

macam tu lah maksiat dan ibadah. bila kemanisan maksiat mula memakan ruang dalam hati kita, kemanisan ibadah akan kurang.
dia solat. rajin, tak pernah tinggal. rajin pula baca quran, solat sunat. kadang-kadang bangun qiam. tapi pada masa yang sama dia bermaksiat. dia syok layan movie itu, movie ini. yang duk tayang macam-macam adegan yang tak bagus untuk mata. dia juga bergelumang dengan zina. zina hati, zina mata, zina mulut – duk ingat lelaki itu, perempuan ini, tengok gambar-gambar lelaki itu, mesej dengan perempuan ini.

hati dia masih seronok, teruja, bila ditawarkan dengan benda-benda lagha. ha, itulah maknanya, ‘kemanisan’ maksiat tu dah mula menjalar-jalar dekat sudut hati dia. lama-lama, makin dan makin berkurang kemanisan ibadah. solat tak lagi khusyuk. baca quran tak lagi menyerap sampai ke hati. berdoa dah semakin ringkas dan pendek, tak ada lagi merayu-rayu lama-lama, merintih pada Allah.

syaitan ni pandai, dia tak terus suruh manusia ni tinggal ibadah. dia introduce dulu maksiat. bila maksiat dah dapat tempat dekat hati  manusia,  sikit-sikit manusia tu sendiri yang akan menghakis ibadah dari rutin hidup dia. akhir sekali, cukup pakej, MAKSIAT dan KUFUR.
(maksiat: melakukan perkara yang Allah larang, kufur: meninggalkan perkara yang Allah suruh)

solat sepatutnya mencegah kita manusia ni dari kemungkaran. selalu dengar kan? tapi pernah tak rasa pelik, kenapalah aku ni banyak je lagi buat dosa. padahal aku ni dari kecik solat tak pernah tinggal.

dah macam mana solat tu nak memelihara, nak mencegah dari melakukan kemungkaran, kalau ‘manis’ nya solat tu dah tak ada? khuyuk dah tak ada, sujud dah tak begitu sujud (maksud di sini, badan sujud, tapi hati tak betul-betul sujud/tunduk pada pengaturan Allah)
dan macam mana kemanisan ibadah tu nak rasa, kalau kemanisan maksiat tak hilang-hilang?
benda ni circuitous. nampak tak? berkisar atau berputar. maknanya,


habis, sampai ke sudah lah macam tu?

dahsyat kan, penangan maksiat.

hmm. kita perlukan kitaran baru. kitaran yang melawan balik apa yang berlaku. jangan biarkan kemanisan maksiat itu menghakis kemanisan ibadah dalam hidup kita. tak layak, langsung tak layak untuk maksiat berada di dalam hati kita. selayaknya cuma ingatan dan ibadah kepada Allah SWT saja.

yang sebetulnya, kemanisan ibadah itu menghakis kertarikan terhadap benda-benda maksiat. muslim yang tenggelam dalam asyiknya beribadah tak akan mahu pandang sebelah mata pun pada kemanisan palsu maksiat.

muslim itu yang kita perlu jadi.

source: www.ilmi-islam.com

Sunday, 29 July 2012

Bagaikan Bertemu Kekasih


“Selamat datang bulan yang akan membersihkan kami, bulan yang didalamnya semuanya baik, puasa siang harinya dan bangun malamnya, sedekah dalam bulan ini sama dengan membelanjai perjuangan jihad fisabilillah”
Begitulah kata-kata aluan Sayidina Umar Ibnu Khattab bila menyambut kedatangan fajar Ramadhan.  Gembira dan rindu serta terharunya hati orang-orang soleh menunggu kedatangan Ramadhan dengan penuh debar kerana mereka masih lagi berpeluang menghirup udara Ramadhan yang penuh berkat.
Sesungguhnya syurga telah diperhias setiap tahun ketika masuk bulan Ramadhan.  Pada malam pertama Ramadhan, datang angin dari bawah Arasy yang bernama ‘Al Mutsirah’ menggoyang-goyangkan daun-daun syurga dan menggerak-gerakkannya sehingga terdengar oleh bidadari dari jendela atas syurga dan berseru:
“Siapakah yang meminang kepada Allah untuk dikahwinkan dengan seorang dari kami?”
Kemudian bidadari itu bertanya kepada malaikat Ridhwan.
“Ya Ridhwan, malam apakah ini?”
Jawab Ridhwan, “Inilah malam pertama dari bulan Ramadhan”
Kemudian Allah berfirman: “Ya Ridhwan, bukalah pintu-pintu Syurga untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad SAW”.
Dan Allah berfirman pula kepada malaikat Malik: “Ya Malik, tutuplah pintu-pintu Neraka Jahim untuk orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad SAW.”
Itulah diantara kelebihan bulan Ramadhan yang di dalamnya terdapat amalan puasa.  Puasa ibadah yang dituju khusus kepada Allah sebab ianya merupakan rahsia batin. Seseorang itu boleh meninggalkan makan minum dan tidak menurut hawa nafsunya bila tidak dilihat orang, tetapi melalui puasa seseorang itu sanggup meninggalkan makan, minum dan mengekang nafsu walaupun bersendirian.  Oleh sebab puasa merupakan amalan kebatinan yang menuntut keikhlasan melakukannya untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah sebagaimana firmanNya:
“Semua amal anak Adam dilipatgandakan dari sepuluh sampai tujuh ratus, kecuali puasa. Maka puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku akan membalasnya, ia meninggalkan syahwat, makan dan minum keranaKu dan puasa itu sebagai perisai”
Bulan Ramadhan juga bulan yang dirindukan kerana setiap amalan yang dilakukan di dalam bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya oleh Allah.  Amalan sunat yang dilakukan di dalam bulan ini akan diberi pahala menyamai pahala fardhu pada bulan yang lain dan setiap amalan fardhu yang dikerjakan didalam bulan yang mulia ini akan dilipatgandakan menyamai pahala 70 fardhu pada bulan yang lain.
Berpuasa mendatangkan kegembiraan, ketenangan dan kelapangan hati disamping mendapat pahala keampunan dari Allah SWT sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan.  Kegembiraan pertama ketika masa berbuka puasanya dan kegembiraan yang kedua ialah ketika menemui Tuhannya.”

Sumber: Buletin Qariyah 1996, Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya

Friday, 13 July 2012

Jom Bekam

Assalamu'alaikum, salam Jumaat..

Pernah berbekam? Rawatan alternatif ini menjadi pilihan saya sebagai salah satu cara menjaga kesihatan. Selalunya saya berbekam di Taman Melawati, di rumah kedai depan Medan Selera Taman Melawati, di sebelah Pusat Rawatan Kohilal.   

Tuanpunya pusat bekam ini ialah Tuan Haji Ibrahim Mokhsen (seperti gambar dibawah)Jika lalu di Jalan Negara Dua, mesti nampak gambar ini depan kedai.  Tuan Haji ini memang dah lama menjalankan rawatan bekam, kali pertama saya pergi ke sini ialah dalam tahun 1998.  Untuk wanita, isterinya yang dipanggil Ummu yang akan membuat bekam.
Sila ke sini untuk berbekam - orang lama, banyak pengalaman, banyak nasihat
Update
Pusat Bekam Haji Ibrahim Mohsen telah berpindah ke Blok D-G-7, Residensi Bistaria, Taman Ukay Bistari, Hulu Kelang, Ampang, Selangor (ikut jalan ke Ukay Perdana). Tel: 013 3758087 / 017 2980952 / 012 2105563

Kali ni bertukar angin pula, nak cuba bekam di sini, di AKUBEKAM. Lokasinya di Taman Tun Dr Ismail.



Ada sedikit perbezaan, jika di Taman Melawati, kulit ditoreh menggunakan 'razor blade' tapi disini menggunakan alat cucuk seperti pen yang selalu doktor guna untuk cucuk jari semasa test kencing manis.  

Jika di Melawati, kulit ditoreh sekali sahaja untuk tiga kali sedutan, tapi di sini, tiga kali sedutan, tiga kali kena cucuk (banyak pulak tu), memang pedih, tahan je lah.  Nak buat rawatan mana ada yang seronok-seronok, best-best, kanns..

Ubat untuk dimakan selepas bekam
Rawatan di sini mengikut jam, bergantung kepada penyakit and pesakitBoleh negotiate dengan tukang bekam. Bayarannya pula mengikut minit, satu minit RM2.33, kalau sejam..hmm..seperti resit dibawah *gulp - telan air liur dulu* dah terbiasa dekat Melawati, cuma bayar RM35 sahaja, tiba-tiba kena bayar ratusan ringgit..terkedu seketika..nak sihat, no pain no gain..health is wealth..*ayat-ayat penenang hati*

Bayarannya *gulp - telan air liur dulu*


Ubat-ubat itu bukanlah compulsory kena beli, dicadangkan beli mengikut penyakit bagi memudahkan proses pembekaman selanjutnya..semua ubat-ubat dari herba-herba terpilih, local dan overseas..ubat halau angin dalam badan, ubat melancarkan perjalanan darah (deep circulation) dan ubat bagi tenaga selepas bekam...

So, siapa-siapa yang nak try bekam, bolehlah try di kedua-dua tempat ini..disyorkan sebab sudah lama berada di pasaran..

Yayasan Ta'lim dan pusat reflexology
Disebelah AKUBEKAM ini, ada pusat reflexology dari China, yang ini belum try lagi. Mungkin nanti..InsyaAllah..Diatasnya ada kelas pengajian Darul Ta'lim. Setiap hari ada kelas pengajian percuma untuk orang-orang dewasa..

Animal Hotel
Satu baris dengan AKUBEKAM, ada ini the Puppy Cottage, gambar selingan sebab cute.  Tempat grooming dan juga hotel untuk haiwan-haiwan peliharaan. Mana-mana tuan-tuan haiwan ini nak bercuti lama, takde di rumah, disini tempat transit untuk haiwan-haiwan peliharaan mereka. Yelah, kalau tinggal dirumah, nanti mati kelaparan pulak haiwan-haiwan ni.