Sunday, 4 November 2012

The Unforgettable Penang

Sambungan entry trip ke Penang. Tiada itinerary khas, yang ada cuma Lebuh Armenian dan Bangkok Lane sahaja, yang lain semuanya on-the-spot decision, berpandukan tourist pamphlet. Dua tempat itu sudah dibuat research sebelum datang ke sini, by hook or by crook, memang kena pergi melawat.

Pengembaraan bermula dengan mencari Chowrasta Market. Nak cari kedai buku-buku lama tapi singgah di sini dulu, di Tamil Street, beli samosas, vadai and masalodeh. Kemudian lunch di satu kedai nasi kandar, TS Bismi. Nak cari Lineclear tapi disebabkan hujan, terpaksa lupakan.  Ambil telur ikan dan telur sotong, kena RM10.00. Makan sampai clear pinggan..
Kuih-muih & nasi kandar
Chowrasta Market berada diantara Tamil Street dan Chowrasta Street. Kedai buku-buku lama ada di tingkat satu, di tingkat bawah ada pasar basah dan pusat jualan jeruk buah-buahan.

Chowrasta Market
Beli satu buku Jeffrey Archer dengan harga RM15.00, half price.

Perjalanan diteruskan dengan menyusuri Lebuh Campbell untuk ke Lebuh Armenian. Ada Masjid Kapitan Keling dan Masjid Jamek Acheh Road.
Masjid Kapitan Keling dan Masjid Jamik Acheh Road

Selepas ke Lebuh Armenian, kami ke Khoo Kongsi untuk melihat-lihat senibinanya yang famous itu.  Terasa macam dalam filem cina zaman Dinasti Ming, Qing..bayaran masuk RM10.00.

Khoo Kongsi
Kemudian, berjalan ke Church Street untuk ke Pinang Peranakan Mansion. Bangunan ini telah beberapa kali dijadikan lokasi perfileman dari Hong Kong dan Singapore dan baru-baru ni jadi salah satu lokasi program Amazing Race di Malaysia.

Wah, such an elaborated building with patterned tiles, crafted verandah and decorative ceilings and walls. Rumah Baba dan Nyonya Penang.

Penang Peranakan Mansion
Penang Peranakan Mansion
Hari pertama berakhir di Fort Cornwallis dan Padang Kota Lama sambil mengambil angin laut Selat Melaka di Esplanade.

Hari kedua

Bangun awal dan terus ke KOMTAR untuk ambil bas ke Penang Hill aka Bukit Bendera. Ramai juga foreign tourists naik bas Rapid Penang untuk ke sini. Bas berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk ke kaunter tiket..harga tiket untuk local RM8.00. Jom naik keretapi mendaki bukit ke paras 1800m aras laut.


Bukit Bendera
Tidak banyak aktiviti diatas, cuma bergambar atau sewa buggy RM30.00 satu kereta untuk melihat kawasan sekitar. Kumpulan rombongan memang ramai, semakin lama semakin sesak jadinya.

Tidak berlama-lama di atas, kemudian ambil bas untuk ke jeti, Pengkalan Raja Tun Uda. Melawat Church Street Pier sambil mengambil gambar Star Cruise yang berlaboh di Port Swettenham Pier.
Church Street Pier
Kemudian beratur untuk menaiki feri menyeberang ke Pengkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth.  Dah lama tak naik feri, tak sangka pula, tambangnya free dari sini, cuma bayar RM1.20 dari Butterworth. Ramai juga students dari UiTM Marang yang sama-sama naik feri..sama-sama berkerumun bahagian depan sambil snap-snap gambar.
Penang skyline
Selepas melepaskan rindu naik feri, naik bas ke Pulau Tikus untuk ke Bangkok Lane untuk melihat deretan rumah berkembar yang famous di Penang. Restoration of old semi-detached houses.

Bangkok Lane
Disebelah Bangkok Lane ni ialah Burmah Lane, di sini terdapat tiga Buddhist temple dan ada the international standing Buddha..tapi tak singgah, lalu sahaja untuk ke Jalan Burmah.

Hari kedua diakhiri dengan melawat Gurney Plaza shopping mall dan dinner di Gurney Drive..makan the famous Air Itam laksa dan pasembor. 

Hari ketiga
Hari ketiga dan terakhir di Penang dimulai dengan breakfast roti canai di sebelah Lineclear dan tapau lauk Lineclear untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur. Penangan nasi kandar Lineclear..

Kemudian melawat semula Lebuh Pantai untuk mengambil gambar-gambar bangunan lama yang telah dibaikpulih dan digunapakai sebagai pejabat dan bank.
Lebuh Pantai, Penang
Salah satunya the Whiteaways Arcade..banyak information tentang bangunan ini ditampal di dinding untuk pengetahuan dan rujukan..
Whiteaways Arcade
Sekian, lawatan ke Penang..such unforgettable moments

Saturday, 27 October 2012

Walking Down The Lane

Assalamualaikum, Salam Eidul Adha 1433H pada semua.

Entry kali ni khas untuk satu lorong di Penang iaitu Lebuh Armenian. Menyusuri lorong ini selepas hujan memang mengujakan dan menggembirakan hati dan minda. Banyak tinggalan sejarah dan bangunan pre-war yang telah dibaikpulih terdapat di sini. Satu pemandangan yang menarik di Georgetown. A feast to the eyes and mind.
Lokasi tempat-tempat warisan UNESCO di Georgetown
Semenjak Georgetown diisytiharkan sebagai tapak warisan UNESCO dunia, terdapat banyak plaque berwarna biru seperti dibawah diletakkan di lorong-lorong di Georgetown.
Sejarah Lebuh Armenian
 Perjalanan dimulakan di sini, Syed Al-Atas Mansion yang telah dijadikan Muzium Islam Pulau Pinang.  Tetapi menurut maklumat, muzium ini sudah berpindah ke tempat lain.
Jejak warisan - maklumat mengenai Syed Al-Atas Mansion
Syed Al-Atas Mansion
 Disebelahnya, dialamat 120 Lebuh Armenian terletaknya Markaz Dr Sun Yat Sen di Penang.  Siapa Dr Sun Yat Sen ni? Ya, dulu masa belajar matapelajaran Sejarah, nama ni memang kena hafal. Dr Sun ialah orang yang bertanggungjawab mengetuai revolusi menggulingkan Dinasti Qing di China pada tahun 1911. Beliau digelar 'Father of Modern China'. Beliau datang ke Penang pada tahun 1905 - 1912, entahlah samada fakta ini ada dalam buku Sejarah ke tidak, dah lupa.

No. 120 Lebuh Armenian - Beautiful House, Great History

Beberapa lokasi bangunan2 yang berkaitan dengan Dr Sun Yat Sen
The late Dr Sun Yat Sen
  Menyusuri lagi Lebuh Armenian, terjumpa bangunan ini, Straits Heritage, yang telah dijadikan hotel.
The Straits Heritage
 Jalan-jalan lagi, terdapat kedai cenderamata ini, sangat cute, tapi barangannya mahal juga (ikut rate local), fridge magnet RM12 seketul, tapi lain dari yang lain dan berkualiti juga.

14 Living Story
Cute signages
Diakhir lorong, sebelum ke Lebuh Pantai, terdapat mural 3D yang famous ini.  Kami bernasib baik kerana tidak ramai tourists ketika sampai di sini.  Apalagi ambil gambar sesuka hati.
3D mural
 Bagi mereka yang datang berkunjung ke Penang, sangat mengesyorkan lorong ini untuk dilawati dengan berjalan kaki atau menyewa basikal. Lagipun, lorong ini berdekatan dengan beberapa tempat-tempat menarik yang lain seperti Khoo Kongsi, Pinang Peranakan Mansion, the Whiteaways Arcade, Masjid Kapitan Keling dan Lebuh Campbell.

- Walking down the memory lane, immerse yourself with the past -

Friday, 21 September 2012

Singgah di Sana

Don't judge the book by its cover...memang benar. Dari luar, bangunannya nampak sedikit usang, namun tatkala melangkah ke dalam, terpesona dengan dekorasi yang menarik, kombinasi Melayu dan Inggeris...nice, simple and sweet..itulah Hotel Singgahsana Petaling Jaya.

Sebenarnya bukan pertama kali kesini, pernah datang untuk majlis berbuka puasa (teringat arwah Ustaz Asri Kumpulan Rabbani) tetapi tidak sempat melihat-lihat kerana masa tidak mengizinkan.  Namun kali ini dalam keadaan santai, sempat melayan fikiran..maka terimalahh..


Bangunan hotel

Lounge

Restaurant - Laman Desa

Ballroom - Laman Putri
Flowers
Family Suite

Lounge area



For the sleeping beauty












      Lokasinya di tengah-tengah bandaraya Petaling Jaya berdekatan stesen LRT Taman Jaya..
check it out.