Saturday, 5 October 2013

Bangkok - Day 2 : to Grand Palace via Chao Phraya

Sambung cerita hari kedua..

Hari ni mengikut itinerary, nak ke Grand Palace, tempat bersemayam King Bhumibol dan Queen Sirikit, raja yang paling lama dalam sejarah negara Thai. Riki-riki, nak ke sini ada dua cara, boleh ikut jalan darat ataupun ikut sungai. Dah semestinya, bila sampai di Bangkok, nak tengok, feel, Menam Chao Phraya yang famous tuSo, kami pilih untuk naik river cruise. Subjek Geography revisited..

Dalam hujan renyai-renyai, berjalan ke National Stadium station, top-up Rabbit Card for another THB100, sebab nak jalan jauh, stored value dah tinggal THB40.  Dari National Stadium, turun di Saphan Taksin, stesen ni dalam Silom line juga. Keluar Exit 2 dan turun tangga untuk ke Central Pier (Sathorn Taksin).
 
the Pier

Kami pilih untuk naik Choa Phraya Tourist Boat, harga tiket THB150 (RM15 je) untuk satu hari, boleh naik/turun boat, sampai lebam. Travel guide juga diberi sama, boleh buat rujukan sebab ada lokasi tempat2 menarik di sepanjang Chao Phraya.

the ticket and travel guide
naik bot ni
Chao Phraya..
 
view di Chao Phraya

 Menam Chao Phraya dah di depan mata..besar giler...air naik sebab hujan, menakutkan juga..tapi nak merasa bercruise di sungai ni, bila tengok orang-orang Thai rileks je...rasa berani jugalah..


dalam bot
Dalam bot ni, ada seorang driver, konductor dan seorang kelindan (betul kot). Bila bot nak berhenti di pier, kelindan akan tiup wisel. Mula-mula tu tak tahu sebab sibuk dok snap-snap gambar. Rimas juga, apa bunyi bising-bising tiup wisel ni, tapi bila dah berapa kali berhenti, fahamlah sudah kaedahnya.

Bila nak menghampiri pier, kelindan ni akan lompat atas pier dan sangkut tali bot ke batang kayu. Bila dah selesai, dia akan tiup wisel lagi, bagi isyarat pada driver. Driver tu memang tak toleh belakangnya, nak monitor penumpang ke apa..tugasannya drive saja..hehe..

Bot ni berhenti tak lama, kena bersedia awal-awal kalau nak turun/naik bot..kalau terhegeh-hegeh, memang sayonara lah..tapi nak berdiri diatas pier tu agak scary juga, teroleng-oleng dan tak stabil, nak turun/naik boat pun sama, pandai-pandailah timing bila dan kat mana nak lompat..hmm pengalaman, pengalaman..

Untuk ke Grand Palace, turun di Tha Chang Pier (N9). Akan melalui kedai-kedai untuk ke jalan raya dan dah nampak pagar istana berwarna putih. Jalan terus ke main entrance dan terus ke kaunter.  Walaupun hujan, ramai sungguh rombongan pelancong, berbas-bas.

dah sampai
bangunan-bangunan di Grand Palace
Entrance fee - THB500. Semakin naik harganya. Kompleks istana ni luasnya 218,000 meter persegi dan terdapat banyak bangunan. Ada one lady approach, bertanyakan samada nak ambil tour guide. Tak ambil, cuma jalan-jalan je, nak refer pamphlet, pun malas. Just snap photos of these magnificient buildings of Siamese architecture - intricate workmanship..stunning and I am stunned..




the guard changing ceremony
the colonial building
the colonial building
highlight of the tour..the GRAND PALACE

Chakri Maha Prasat Hall
perarakan pengawal
Dusita Phirom Hall
Dusit Maha Prasat Hall
Sebelum keluar, singgah melawat the Queen Sirikit Museum of Textiles - melihat baju-baju Queen Sirikit dan kain-kain Thai silk. End of tour.
  
Kesimpulannya, the Grand Palace ni mesti ada dalam itinerary bila berada di Bangkok. Stunning view and magnificient buildings..sesiapa yang minat architecture, it is a feast to the eyes..

Disebabkan tak berminat nak melawat wat-wat yang ada disini, bergerak semula ke Tha Chang pier untuk menunggu bot ke destinasi seterusnya..khob khun kha..

Friday, 4 October 2013

Bangkok - what's the story, morning glory?

Assalamualaikum..hari kedua di Bangkok, disambut dengan hujan renyai-renyai di hari Jumaat..okaylah, nak story sikit tentang Muangphol Mansion..namapun, ala-ala Thai..

Muangphol Mansion
*Abaikan talian elektrik yang berselirat, berserabut, bergulung tu. Pemandangan biasa di Bangkok*

Inilah bangunannya, old design, 9-storey, ada lif dan juga tangga, front door open 24-hour, bahagian bawahnya ada travel agent dan pejabat Muangphol Company. Jalan depannya dipanggil Soi Kasem San 1. Soi bermaksud lorong.

ala Kaseem
..teringat cerita Ibu Mertuaku
 
Harga bilik RM100 per night (via Agoda). Very basic and ada small fridge. Toiletries tidak disediakan (kena bawa sendiri). Cerek air takde, ok je, kalau nak air panas untuk minum, boleh beli kat cafe di bawah, THB5 (RM0.50 je)..Yang tak bestnya, hot water system di bilik air, kejap ada, kejap takde dan air-conditionnya yang jenis lama, sekali on, macam enjin bot, punya le kuat bunyinya. Takde controller, bila rasa sejuk sangat, off main switch, bila rasa lemas, udara tak bergerak, pergi on balik...tengah tidur, boleh bangun berjalan nak off/on switch..sleep walking....tapi Alhamdulillah, ada tempat berteduh..sabo jelah..

Lokasinya, dekat sangat dengan Exit 1 BTS National Stadium (last station Silom line). Seberang jalan besar, ada indoor stadium dan stadium bola. Boleh berjalan kaki je ke Siam Discovery, Siam Centre, MBK dan yang sewaktu dengannya. Kedai 7-Eleven ada berhampiran. Memang OK sangat dengan harganya..
--------------------------------------------------------

Selesai breakfast di dalam bilik, turun ke cafe, tengok ada English newspaper..baca sekejap..wahh ada berita terhangat dari tanahair..

Ini biasalahh..  
 
Berjalan keluar bangunan..leganya dapat fresh air. Hari masih hujan lagi. Misi tetap diteruskan, memandangkan masa yang singkat di Bangkok ni..

National Stadium station
 
Kelihatan permulaan skywalk yang menyambungkan tiga stesen BTS - National Stadium, Siam dan Chit Lom. Skywalk ni berada beberapa meter saja dibawah trek BTS. BTS di Bangkok menggunakan single track system sebab tu treknya ada dua tingkat, satu incoming dan satu outgoing.

Silom line - dibawahnya skywalk
Sukhumvit (kiri) dan Silom (kanan) to and from Siam station 
tangga ke skywalk under Silom line


Skywalk ni very convenient, disambung terus ke shopping mall berdekatan stesen. Di KL pun dah banyak bina skywalk dekat LRT/monorail stations.

Coach train BTS canggih sikit, lebih kurang sama design dengan coach subway di Seoul. Siemens brand, kemasan yang menarik, ada electronic train route indicator and built-in screens for station indicator and in-train entertainment (mostly advertisements)..

coach yg canggih


only in Thailand

#morning glory - kalau di Thailand, ialah sayur kangkung...

Khob khun ka...to be continued..

Tuesday, 1 October 2013

Bangkok - Day 1

Assalamualaikum..sawadee..

Alhamdulillah, pada 19 hingga 22 September yang lepas, selamat mengembara selama 4H3M di Bangkok, ibu negara Thailand.  Tiket beli masa bulan Mei, ada promo MAS, dapatlah RM405 return. Masa beli tu rasa macam lambat lagi, takde ambik kisah sangat hinggalah ke saat-saat akhir, barulah nak print map, baca website BTS, jot down bahasa Thai yg simple2 buat rujukanUntuk trip ni, banyak buat rujukan di blog Shelter Ku Under Cendawan dan blog Lynn
...thanks to these two bloggers.

Pada hari kejadian, naik ERL KLIA transit di Terminal Bersepadu Selatan ke KLIA. Menuju ke departure gate, rasa cantik juga airport KLIA ni..dah di upgrade..


duty-free area
Tepat pukul 12.20 tengahari, flight MH 786 terbang membelah angkasa menuju ke Suvarnabhumi International Airport, Bangkok.

sawah-sawah padi - geography revisited
Suvarnabhumi International Airport
Alhamdulillah, selamat mendarat pada pukul 1.30 tengahari waktu Bangkok. Waktu di Bangkok lewat satu jam dari Malaysia. Perjalanan mengambil masa satu jam 50 minit.

Bila mendarat di negara asing, for the first timer, rasa gentar tu tetap ada, especially bila pergi sendirian berhad. Tak tau nak expect apa, perlahan-lahan absorbing the new environment bila tengok tulisan2 Thai, bila dengar bahasa2 Thai diucapkan. Minda pun dah mula menerima, ohh dah sampai Bangkok..and automatically switched on all the data stored. Lepas ni nak buat apa, lepas tu buat apa pulak..mcm tu lah lebih kurang..

standard procedures

Selepas ambil beg, bergerak ke basement level untuk naik Airport Rail Link ke Bangkok city. Kami naik Airport Rail Cityline ke Phaya Thai station, train commuter berhenti-henti, tambangnya THB45 (RM4.50) je, murahnya..Kalau mengikut website, ada express Airport Rail Link, tapi sekarang ni cuma berakhir di Makkasan station. Dari Makkasan station, boleh naik MRT line. Kalau hotel berada di area Sukhumvit/Asok, bolehlah naik express train ni, dan sambung naik MRT.

Stesen Airport Rail Link Phaya Thai ni bersambung dengan BTS Skytrain station Phaya Thai. Di Bangkok, cuma ada dua line BTS, Sukhumvit dan Silom line dan satu line MRT. BTS macam LRT, semua elevated dan MRT semuanya underground.

BTS line, MRT line dan Airport Rail Link (souce: www.bts.co.th)

Untuk memudahkan perjalanan kami di Bangkok yang banyak menggunakan BTS, kami beli Rabbit Card-Adult dengan harga THB200.

get that Rabbit
THB200 tu termasuk THB50 untuk harga kad (non-returnable), THB50 deposit (returnable) dan THB100 stored value (untuk harga tiket). Stored value tak boleh kurang dari THB15, kena top-up. Ada Rabbit Card untuk warga emas dan kanak-kanak.  Boleh refer pada website BTS. Rabbit Card ni cuma utk BTS sahaja, tak boleh digunakan untuk naik MRT..

Kegunaannya sama saja dengan LRT/MRT stesen di dunia, cuma tap sahaja di palang masuk, off you go. Dari Phaya Thai station, kami turun di Siam station. Tambang THB20.

Siam station merupakan stesen BTS untuk kedua-dua line, Sukhumvit dan Silom line. Umat manusia punyalah ramai tambahan pula shopping mall yang famous di Bangkok iaitu Siam Paragon, Siam Discovery, Siam Centre dan Siam Square, semuanya berada dekat stesen ni, memang ramai sungguh manusia..

Sepatutnya di Siam station, ambik Silom line ke National Stadium (last station) sebab lebih dekat dengan hotel. Tapi ada pulak cadangan, bila dah turun di Siam, boleh jalan kaki, sebab dah dekat. Bila keluar je dari train, lost sense of direction. Tanya tourist information. Naik tangga, cross jalan guna skywalk dan turun di depan Bangkok Art & Culture Centre (BACC), at last, jumpa..Muangphol Mansion, hotel yang sama macam blogger Shelter Ku Under Cendawan...lokasinya memang superb..

Check-in, solat dan berehat sambil makan bekal nasi impit (lapo, angkat beg bagai, eskalator sangat kurang di stesen BTS). Keluar semula, kali ni naik BTS di National Stadium, turun di Siam, crossover, naik Sukhumvit line ke Asok station, keluar Exit 1 untuk ke Terminal 21, a themed shopping mall. Ambil idea daripada airport, shopping mall ini lain sikitlah..setiap level dihias mengikut tema bandar utama di dunia...


jom pi London


London's icon
Tokyo
Istanbul aku datang
yadda yadda
bersinar-sinar atas bawah
well-lit alleys
the tram! the tram!
ini pun ada
golden gate bridge - SF's icon
Ada banyak tempat lagi - Paris, Hollywood, Rome, Carribean, tak habis ronda. Di Terminal 21 ni ada food court, Pier 21 di Level 5. Ada gerai makanan halal di sini tapi kami tak makan disini, nak dinner di tempat lain. Lastly, cari eskalator ni untuk turun ke bawah dan keluar ke Asok station. Tinggi eskalator ni, sampai tiga tingkat..

tingginya..

Dari Asok, kami ke Restoran Usman untuk dinner.  Turun di Phrom Pong station (satu station saja selepas Asok), exit 6 dan walla, ada the Emporium, upmarket shopping mall.  Abaikan shopping mall tu, masuk ke Benjasiri Park dan berjalan menuju ke Imperial Queen's Park Hotel, seperti peta dibawah.  Walaupun hari bekerja, ramai juga yang datang exercise di sini.  Masa ni hujan renyai-renyai..

lokasi - Restoran Usman
Dah pukul 6.00 petang, hari semakin gelap, nak masuk waktu maghrib.  Tiba-tiba orang yang duduk-duduk di park ni bangun berdiri, yang berlari, berjalan pula berhenti, rupa-rupanya lagu kebangsaan Thai dimainkan. Ada pulak lagu ni kat tempat macam ni, semangat patriotik sungguh..kami pun berhenti jugalah..kemudian sambung berjalan..ada gate tepi hotel tu, masuk dengan selamba ke dalam bangunan hotel, lalu depan restoran hotel, shops gallery, reception counter dan keluar ikut pintu utama hotel..dah sampai ke Sukhumvit Soi 22. Restoran Usman ni terletak di jalan ni.

Sebenarnya, laluan ni short-cut untuk ke Sukhumvit Soi 22, kalau nak ikut jalan raya, memanglah jauh. Ramai Thais yang guna short-cut ni, dan hotel tu pula macam tak kisah je..pak guard kat gate hotel tu pun siap suruh kami lalu ikut dalam hotel..FYI, gate tu tutup pukul 9.00 malam..

Sampai di depan hotel, pandang ke kiri akan nampak signboard Usman, masuk lorong sebelah hotel and tadaa..jemput masuk..kecik je restorannya..adalah lima meja..


Usman restoran
Dekorasi dalaman restoran

Dalam restoran ni, semua waiter/waitress cakap Melayu..order tomyam goong (udang), ikan kerapu masak tiga rasa, somtum (papaya salad) dan tahu/taugeh goreng. Desert - pulut mangga. Memang sedap dan lain sikit dari masakan Thai di Malaysia..authentic Thai cooking..

jemput makan
Restoran Usman ni famous dengan pes tomyam, harga THB80 satu bekas - beli dua je..ada seorang pekerja tu explain macamana nak masak guna pes ni, boleh buat nasi goreng tomyam juga.  Lepas tu dia suggest kami tapau nasi goreng tomyam pula,...hee..dah kenyang sungguh..dinner THB800++ and pes tomyam THB160..di Thailand, GST dah dikenakan, so makan kat restoran macam ni, memang kena tax..


belum try lagi

Berjalan balik ke BTS, ikut laluan short-cut tadi and off to Siam station. Jalan-jalan di Siam Paragon..ada event launching new product..orang sangat ramai, sangat happening..

Siam Paragon

Turun ke supermarket, beli buah limau mandarin dan preserved pomelo (kulit limau bali/tambun), bukan buahnya,..Thai memang terkenal dengan preserved fruits..


sedap dimakan begitu saja

Nak balik, dah tak larat jalan, naik BTS ke National Stadium. Balik hotel and zzzz.