Cuti sekolah dah bermula. Hari ni nak pergi mana ya? Shopping? Beli handbags? Handbags kalau dah banyak, boleh buat muzium..haha..Wanita dan handbags berpisah tiada.
Hari ni nak bercerita tentang Muzium Beg Tangan. Baru dapat tahu kewujudan muzium ni..baru dibuka pada 2012 oleh pengedar beg tangan Korea, Kenny Park. Siapa dia, entahlah tak kenal, cuma kenal Kenny Rogers je..
Bila on computer, tengok dalam yahoo ada artikel di Wall Street Journal bertajuk 'unique activities in Seoul, South Korea'. Macam menarik je, anything about aktiviti di South Korea, kena baca ni..penangan trip ke SoKo, macam nak repeat je..hehe..oh noo..
Simone Handbag Museum ni terletak di kawasan garosu-gil (tree-lined streets) di Sinsa-dong, Gangnam..kawasan garosu-gil ni memang cantik terutama pada musim luruh...
Yang menariknya, bentuk bangunannya pun design macam handbag, siap ada pemegang kat rooftop..cute je..
![]() |
Simone Handbag Museum |
Menurut artikel tu, muzium ni mempamerkan lebihkurang 300 koleksi handbags dari kurun ke16 hinggalah sekarang. Koleksi beg tangan yang ada kebanyakan dari Eropah dan US. Muzium ni diantara yang terbaik di dunia untuk koleksi beg tangannya.
![]() |
macam-macam bentuk dan design |
Yang menarik ialah beg tangan ni..
Sweetmeat purse, French - circa 1680-90 |
Apa yang uolls nampak? Hmm..dua orang lelaki sedang bermain badminton. Betul tu...adakah badminton berasal dari Perancis dan dah dimainkan di kurun ke-16? Atau ada nama lain untuk permainan dua lelaki tersebut?
Ya, benar. Dua orang lelaki tu bermain permainan yang dipanggil 'jeu de volant' atau in English, 'battledore and shuttlecock'.
"Battledore and shuttlecock or jeu de volant is an early game similar to that of modern badminton. This game is played by two people, with small rackets, called battledores, made of parchment or rows of gut stretched across wooden frames, and shuttlecocks, made of a base of some light material, like cork, with trimmed feathers fixed round the top.The object of the players is to bat the shuttlecock from one to the
other as many times as possible without allowing it to fall to the
ground."
Mengikut wikipedia, badminton mula diperkenalkan di India oleh tentera British pada pertengahan tahun 1800. Kemudian, tentera British ni perkenalkan di Malaya...begitulah sejarahnya.
Daripada satu handbag, dah masuk ke sejarah badminton pula...hehe..for general knowledge..OK, sesiapa yang nak gi Seoul tu, bolehlah melawat muzium ni..bagi yang berminatlah, kalau-kalau dah kehabisan itinerary..
Muzium ni dibuka dari hari Selasa hingga Ahad, Isnin tutup. Bayaran masuk ialah KRW5,000 (lebih kurang RM15). Bagi yang tak dapat pergi, tengok dalam websitenya pun OK juga, www.simonehandbagmuseum.co.kr. Check it out..