Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan, produk kecantikan melambak-lambak di pasaran, pelbagai brand tapi kalau yang berasaskan lendir siput babi, errkk..cam mana tu..ada bran nak try?
Masa di Namdaemun dulu terjumpa benda ni..kita panggil 'escargot' lah..lebih sedap didengarin..
sabun muka |
facial mask |
Colourful escargot..macam comel je..First time jumpa memang pelik jugalah..tapi dua bulan lepas tu, ada artikel dalam Harian Metro, 15//7/2013 dan juga dalam afp.com, menceritakan satu salon di Tokyo yang buat 'live snails treatment'. Siput hidup merayap-rayap diatas muka, errr..nak cantik punya pasal..
Tokyo: Ia sudah lama dianggap sebagai parasit di taman, tetapi
nampaknya siput kini menjadi kawan berbanding musuh apabila menyentuh
soal antipenuaan.
Penemuan terbaru rawatan muka yang membabitkan siput hidup untuk
bergerak pada kulit muka menjadi kaedah baru paling mujarab dalam bidang
kecantikan. Semuanya kerana lendir siput yang dikatakan dapat membantu menaikkan seri wajah.
![]() | |
macam ni gayanya |
Lendir
yang mengandungi paduan protein, antioksida dan asid hyularonic yang
berkuasa itu dikatakan dapat mengekalkan kelembapan kulit, mengurangkan
radang kulit dan menyingkirkan sel kulit mati.
Dalam rawatan 60 minit ditawarkan di sebuah salun di Tokyo, wajah dibersihkan sebelum siput diletakkan pada pipi dan dahi sebelum dibiarkan merayap.
Rawatan muka dinamakan Celebrity Escargot Course itu berharga £161 (RM773), termasuk beberapa siri urutan muka, masker dan penggunaan mesin denyutan elektrik. - Agensi
Tengok saja dah seriau. Ini lebih kurang macam bekam lintahlah jugakan. Tak pernah try bekam lintah ni..geli-geleman. Kat Malaysia, banyak siput-siput escargot ni..boleh je kalau nak try..ahakss..
Kat Poland, mereka menternak siput-siput escargot ni, siap ada ladang lagi, untuk dieksport ke negara-negara jiran, tujuan utamanya untuk dijadikan makanan..sedap apa siput ni, kata orang Malaysia yang pernah makan escargot di Maghribi..bukan di Melizia..waqi' yang berbeza..
Imam Malik dan fuqaha Malikiyyah berpendapat bahawa halazun barriy (Siput Babi) halal dimakan. (Al-Mudawwanah 1/542). Manakala sebahagian ulama berpendapat: Ia haram dimakan. ِAntaranya Ibn Hazm dalam Muhalla (7/405).