Sunday, 5 January 2014

Kampung, Ahoy! Ahoy!

Assalamualaikum, sambung kembali cerita balik kampung..

Selepas minum pagi di Yat Lai, turun ke lembah untuk ke pasar tani. 'Lembah' ni letaknya ditepi Sungai Perak, dekat dengan jeti bot tambang ke Sayong.  Sayong memang popular dengan labunya..tapi teman tak pernah pergi tempat buat labu sayong ni..mungkin one fine day, kena cari masa untuk ke sana..nama je orang kuala, tempat sendiri pun belum habis cover..malu dong ahh..

Pasar tani setiap pagi Sabtu..

menjual pekasam

menjual apom lenggang
 

beli yang ni - apam daun pisang muda
laksa kuala - guna tepung gandum

Sebelum balik rumah, ronda-ronda Bukit Chandan sambil snap gambar rumah-rumah tradisi..teruja bila tengok dalam entri Uniknya Bukit Chandan Kuala Kangsar. Tapi tak jumpa Baitul Anor dan rumah Pak Meor, lain kali boleh bertandang lagi, InsyaAllah.

rumah merah





-------------------------------------

Sebelah petangnya, turun lagi ke bandar kuala (kena TURUN - sebab kampung atas bukit, bukan Bukit Chandan tapi Bukit Kerajaan). Kali ni menjejaki kedai-kedai lama di lembah, ala-ala Serangoon Road lagi.  

Serangoon Road tu apa? Ianya, nama jalan di Singapore, yang jadi tajuk drama JV Singapore-Australia, ada ditayangkan di Astro HBO. Cerita di zaman 60an.

drama Serangoon Road
Terimalahh..Serangoon Road of Kuala Kangsar..



backlane

kedai getah scrap




ada ni juga - arghh klasik sungguh bandar kuala ni..

Sekian saja cerita kampung kali ni, tapi banyak cerita pasal bandar..entahlah, kampung saya biasa-biasa saja, takde sawah padi, takde rumah-rumah tradisi, yang ada rumah-rumah colonial british dan perkuburan kristian. Thanks for reading..

Friday, 3 January 2014

Pertama 2014 : Kampung, Ahoy!

Assalamualaikum..

Pembuka tirai tahun 2014. Jom jalan-jalan ke kampungku, Kuala Kangsar. Sambungan entry ParlimenP067DunN29. Tahun 2008, saya tulis entry ni, dah lama beno, kena refresh..

Malam sebelum balik kampung, google dulu info tentang Kuala Kangsar..wahh, banyak juga yang tak tahu, dah lama wujud, tak pernah singgah pun..kali ni balik kampung dengan misi menjejaki info yg dapat dari internet..siap buat list, takut terlupa..macam tourist gitu..ahaks..

Mula-mula singgah sekolah dulu..banyak kenangan ni..SKSI II..masa sekolah rendah dulu, bila hari keputeraan Al-Marhum Sultan Idris, kami kena berdiri beratur di sepanjang jalanraya di pekan Kuala Kangsar (dulu pekan, sekarang bandar...naik taraf) sambil kibar bendera negeri Perak..Al-Marhum Sultan akan lalu naik Rolls-Royce..

my alma mater
old school
  
Sekolah ni sebelah MCKK, so singgah lak MCKK..yang ni takyah google pun..

Fiat Sapientia Virtus..sila google
pokok nan sebatang
Depan MCKK ada medan pavillion, bukan shopping complex, tapi menara tinjau ni..


Perjalanan diteruskan ke bandar baru kuala, dekat stesen bas. Mencari tat telur dan tat kelapa di Warung Kek Jaya..info dari internet, dulu tak tahu, tak teringin nak singgah pun..sampai je, terus cari tat ni, teruja..harga RM1.20 sebiji..

tat telur yang marvelous, tat kelapa..so-so saja

Kemudian melilau-lilau di kawasan bazaar kuala, mencari kedai ni, Restoran Saudiah Haji Nasi Kandar..nak cari kuih kundas. Macamana rupa kuih kundas ni? ala..macam kuih cakoi, tapi manis sikit, cicah dengan kuah kacang..dulu masa sekolah rendah, harga 10 sen sebiji..


kuih kundas -seringgit sebiji
Menurut old boys MCKK, nasi kandar di restoran ni sangat marvellous, kena sambal lebih hingga menjilat jari..mungkin boleh try lain kali sebab jarang sangat makan nasi kat luar bila balik kampung..mestilah nak makan masakan ibu..kan,kan..

Meneruskan lagi perjalanan mengikut list, kali ni ke kedai kopitiam yang famous sampai masuk forum tripadvisor..wahh, tak sangka..internasional gitu. Tapi sebelum tu layan dulu gambar kedai-kedai lama di high street kuala ni..ala-ala Serangoon Road..



Kopitiam yang dimaksudkan ialah Restoran Yat Lai ni..old skool kan? Tapi famous..saya pun baru tahu..hehe..

dah berjaman
Ditambah dengan kereta dan motosikal antik di depan resto ni, lagilah nampak klasik..back to 50's..

 

milik siapakah motokar ini?
Singgah minum kopi dan roti bakar..bila tengok pekerjanya perempuan Melayu Islam...
pelengkap sarapan pagi
suasana dalam kedai
Sebenarnya Resto Yat Lai ni famous dengan kuih pau, turun-temurun menjual pau, ada empat jenis pau, tapi kuih pau hanya dijual dari pukul 2.30 petang. Terbaca dalam satu blog, ada pepatah..err..bukanlah pepatah, tapi kata-kata perbandingan, lebihkurang macam ni "jika mereka mengatakan pau Yik Mun itu sedap, sebenarnya mereka belum pernah ke Yat Lai". wahh, sampai begitu sekali..

Di negeri Perak ni, restoran Yik Mun di Tanjung Malim sangat famous dengan kuih pau nya. Tapi ada yang mengatakan pau Yat Lai ni lagi sedap, entahlah dua-duanya saya tak pernah makan..no komen..

Sebagai bahan bukti..

cop mohor mata burung hantu

gerobok from the golden era

Sekian saja untuk kali ini, siri kedua akan menyusul kemudian, InsyaAllah, stay tuned, I'll be back..selamat pagi hari ketiga..nearly 2am..Salam Jumaat..

Monday, 30 December 2013

Terakhir 2013 : Motivasi Unggul Dari Surah Al-Zalzalah, Ayat 7-8

Assalamualaikum...

Menanti detik-detik terakhir tahun masihi 2013, senang sekali rasanya ingin berkongsi diantara blog-blog terawal yang saya baca, yang sangat disenangi penulisannya apatah lagi isi kandungan serta ilmunya, santapan jiwa & rohani, yang banyak memberi semangat, menyuntik rasa, memberi ilham kepada 'mindset' iaitu blog www.muhtarsuhaili.wordpress.com

Dengan tagline, Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia, penulisan beliau merentasi pelbagai genre - tentang memperkasakan golongan mahasiswa dan pemuda, politik, motivasi, akademik, dll. Memang menarik dan menggembirakan minda. Diantara entry yang membangun jiwa ialah tadabbur Surah Al-Zalzalah ini. 

Berikut adalah intipati dari entri tersebut (copy & paste) sebagai renungan demi memperkuatkan azam disepanjang sisa-sisa kehidupan kita di alam fana' sebelum berangkat ke alam barzakh.


Alhamdulillah, Surah Al-Zalzalah yang terdiri daripada 8 ayat, yang juga merupakan Surah ke-99 di dalam Kitab Suci paling authentic di dunia ya’ni Al-Qur’an Al-Karim ini telah menjadi diskusi dan kupasan di dalam Usrah atau lebih suka saya namakan sebagai Diskusi Intelligentsia pada hari Rabu malam Khamis yang lepas. Ustaz Arisan Abdul Rahman telah membentangkan pengisian tafsir Surah Al-Zalzalah ini di dalam majlis ilmu tersebut berpandukan Tafsir Al-Munir yang dihasilkan oleh Shaykh Dr. Wahbah al-Zuhayli. 
        
      Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 

       1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
4. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Marilah kita lupakan perkara yang kurang penting dan tidak membangunkan agama dan ayuh kita terus memperbanyakkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir. Marilah kita bersahabat dengan Al-Qur’an Al-Kariim. Baca dan fahamilah ia! Jadikan ia sebagai teman setia kita di dalam kehidupan ini. Yakin dan percayalah.. Sesungguhnya pada Kitab Suci Al-Qur’an ada segala-galanya yang kita perlukan untuk berjaya dunia dan Akhirat. Inilah wahyu Ilahi yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW dan telah dipertahankannya dengan air mata dan darah! Sila baca lagi: Seandainya Al-Qur’an Mampu Berbicara.


Mukmin 

..Dan Gembirakanlah Orang-orang Yang Beriman!” 


Sebagai perkongsian di dalam entri ini, berikut saya kongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian nukilan Prof. Dr. HAMKA dalam tafsirnya Tafsir Al-Azhar berkenaan ayat 7-8 Surah Al-Zalzalah yang diboldkan di atas. Tafsir Al-Azhar merupakan salah satu tafsir yang sering menjadi bacaan dan rujukan saya. Semoga ada manfaatnya mudah-mudahan.

Di dalam kedua-dua ayat ini disebut dzarrah, yang supaya lebih popular kita artikan saja dengan debu. Padahal dzarrah adalah lebih halus dari debu. Di zaman moden ini, setelah orang menyelidiki tenaga atom dan telah dapat memanfaatkannya, maka atom itu dipakai dalam bahasa seluruh dunia dengan memakai kalimat dzarrah. Ahli-ahli fizik Arabi menyebut dzarrah itu dengan al-Jauharul-fard, benda yang sangat halus yang tidak dapat dibahagi lagi. Lantaran itu boleh jugalah kita artikan: “Dan barangsiapa yang mengerjakan setimbang atom pun kebaikan, nescaya dia akan melihatnya.” Jadi bukti bahawa tidak ada satu pun yang tersembunyi di sisi Tuhan dari hal amalan manusia dan kegiatan hidupnya, supaya dibalas dan diganjari setiap sesuatu setimpal dengan perbuatannya.

Syaikh Muhammad Abduh dalam tafsirnya menegaskan ayat ini telah menyatakan bahawa segala amalan dan usaha, baiknya atau buruknya, besarnya dan kecilnya akan dinilai oleh Tuhan. Baik yang berbuatnya itu orang beriman ataupun orang kafir. Tegasnya lagi, amal kebaikan orang yang kafir dihargai Tuhan, meskipun dia dengan demikian tidak terlepas daripada hukuman kekafirannya.

Beliau kemukakan sebuah ayat di dalam Surah 21, al-Anbiya’ ayat 47; “Bahawa di hari kiamat itu alat-alat penimbang akan diletakkan dengan sangat adil, sehingga tidak ada satu pun yang akan teraniaya, walaupun sebesar biji daripada hama (telur hama), semuanya akan dipertimbangkan.”

Dengan demikian orang yang telah mengaku beriman kepada Allah dan Rasul pun begitu. Meskipun dia telah mengaku beriman, namun dosanya atau kesalahan dan kejahatannya pun akan dipertimbangkan dan diperlihatkan. Syukurlah dia tidak mempersekutukan yang lain dengan Allah, sehingga seksaan yang akan diterimanya tidaklah seremuk sehina orang yang kafir.

La ilaha illalLah, Muhammadur RasulullahLa ilaha illalLah, Muhammadur RasulullahLa ilaha illalLah, Muhammadur Rasulullah

Maka tersebutlah bahawa Hatim ath-Thaa-iy, dermawan Arab beragama Nasrani yang terkenal di zaman jahiliyyah akan diringankan azabnya di neraka kerana di kala hidupnya dia sangat dermawan. Dan Abu Lahab paman Rasulullah SAW yang sangat terkenal benci kepada anak saudaranya yang menjadi Nabi itu, pun akan ada satu segi yang akan meringankan azabnya. Ini kerana beliau sangat bersukacita ketika Rasulullah SAW lahir ke dunia, sampai disediakannya jariahnya bernama Tsaaibah yang akan menyusukan Nabi, sebelum disusukan oleh Halimatus-Sa’diyah.

Dan sudah tentu azab seksaan yang akan diterima Abu Thalib yang mengasuh Nabi SAW sampai beliau menjadi Rasul dan membelanya sampai akhir hayatnya tidaklah akan disamakan dengan azab seksaan yang akan diterima oleh Abu Jahal. Selanjutnya tidaklah akan sama azab terhadap ahlul-kitab yang terang mempercayai Nabi-nabi dengan azab terhadap orang-orang yang sama sekali tidak mempercayai adanya Allah. Dan keringanan yang akan diterima oleh Thomas Alva Edison tentu tersedia, kerana jasanya membuat penemuan alat-alat elektrik yang dapat dipergunakan juga untuk melakukan da’wah Islam.

Selain dari itu, ayat ini pun menjadi ubat yang jadi sitawar-sidingin bagi orang-orang yang beramal dengan ikhlas untuk agama, untuk bangsa dan perikemanusiaan, tetapi mereka dilupakan  orang, misalnya kerana pertentangan politik. Meskipun di dunia mereka dilupakan orang, namun kebajikan dan jasanya di kala hidupnya tetap tercatat di sisi Allah dan akan diperolehinya di hari Akhirat.
Tersebut di dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidzi dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW pernah mengatakan bahawa Surah “Idza Zulzilati” adalah setimbang dengan separuh Al-Qur’an, dan “Qul Huwallaahu Ahad” setimbang dengan sepertiga Al-Qur’an, dan “Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruuna” setimbang dengan seperempat Al-Qur’an.

Marilah kita camkan dalam fikiran dan perenungan kita mengapa Rasulullah SAW menilai ketiga-tiga surah ini demikian.

Firman Allah SWT di dalam Surah Muhammad, ayat 7:

“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah.. Nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukan kamu.”

Buat akhirnya, sekali lagi saya memetik kata-kata Sasterawan Negara Shahnon Ahmad di dalam memoirnya yang baru saya baca sebagai renungan kita bersama: “Awan yang mendung terus bermendung tapi hujan tak juga menjadi. Adakah ini satu tragedi? Ataupun satu rahmat daripada Allah Azza Wajalla?”

Atas segalanya, teruskan perjuangan! Siiru ‘ala barakatillah.

Wallahu a’la wa a’lam.

bacaan penuh: