Wednesday, 18 June 2014

Chocolate Kingdom @ Jalan Kampung

Assalamualaikum..all readers..

Pernah dengar nama Jalan Kampung di KL? jangan tak tahu, ada jalan ni di KL...minggu lepas, kena pergi ke jalan ni atas urusan kerja. Lokasinya strategik habiss..dekat Golden Triangle...sepelaung saja dari Pavillion, Starhill, off Jalan Bukit Bintang...

Lokasi Jalan Kampung

Suasana di sini macam ala-ala kampung juga..ada banyak banglo-banglo lama...walaupun nama jalan kurang glamour sikit, kawasan ni sebenarnya popular di kalangan pelancong sebab ada dua tiga butik coklat, galeri batik..nak habaq mai..kat galeri batik ni ada kilang tempat mencanting batik (demo specially untuk pelancong)..ada muzium jade..maka banyaklah bas, coach, van, teksi pelancong lalu-lalang di jalan-jalan di sini..

Mari ronda-ronda Jalan Kampung..kita lihat apa yang ada..


Ini Chocolate Gallery..the gallery for good chocolates.."discover chocolates that taste so good and special, unlike the ones you have at home. Created by our chefs, our chocolates are always fresh and made from the highest quality ingredients, bringing an exciting sensation to your taste buds"

Belum masuk dah drooling tengok wall deco..menyelera sungguh..di sini jual coklat-coklat dari brand Harriston, Vezzo, Vintage..coklat Cadbury takde ye..

nyum.nyum...biru mata hitamku..
Yang ni pula Chocolate Kingdom..jual coklat Beryl's..


Depan Coklat Kingdom, ada banglo ni...jual cookies..


Ada juga ni..Ceylon Tea Kingdom..


Siap ada promosi dalam Arabic..memang ramai pelancong Arab di sini..


Depan Ceylon Tea Kingdom, ada pusat borong Creative Fair..

Ini rumah berkembar..rumah lama..dibawahnya kedai mamak..tingkat atas masih mengekalkan ciri-ciri rumah dulu-dulu..


Yang ni pula hasil rampokan di Chocolate Gallery..tiga jenis coklat..perisa kari, perisa cili dan jugaaa..green tea coklat (yang dalam kotak)..


Nak try perisa yang lain..boleh masak kari coklat macam ni..cili pun ada..not bad..rasa pedas-pedas sikit..tapi manisnya tetap ada..


Mula-mula tengok coklat ni...*menjerit dalam hati*..green teaaa..nampaknya takyah lah tunggu gi Jepun, baru dapat beli green tea KitKat..gumbira, gumbira..
ada tanda halal Jakim
sangat yummy..coklat putih dgn almond
For durian lovers di luar sana, ada juga coklat durian..yeayy..entahlah macamana rasanya..macam lempok durian kot tapi versi coklat..hehe..truly exotic..
will try it..someday
OK, bersambung di next entry..In shaa Allah..

Monday, 16 June 2014

The Final: England vs Spain

Assalamualaikum..

Entry ni tiada kaitan dengan World Cup, whatsoever..nehi, nehi.. 

Tapi dua-dua negara ni ada di World Cup..Spain sebagai juara bertahan, England pula, entahlah.. tapi England mempunyai banyak football club yang world famous..MU, Liverpool, Arsenal, Chelsea..Aston Villa (huhuhu)..banyak lagilah.. 

Persamaan dua negara ni, England dan Spain masih mengamalkan sistem beraja..royal family England memang famous..dari Ratu Elizabeth hingga ke Prince William..tapi royal family Spain..kurang maklumat sikit..tapi mereka ni among the famous royal family in Europe..

Baru-baru ni King of Spain, King Juan Carlos 1 buat pengumuman, nak serah takhta kepada anaknya, Prince Felipe, baguskan raja macam ni, umur dia sekarang ni 76 tahun, baiklah berehat, bagi pada orang muda memerintah pulak..

Masa ni, tersebar luaslah gambar Princess Letizia Ortiz, isteri kepada Prince Felipe yang bakal ditabalkan menjadi Raja Spain yang baru..mulalah ramai yang bandingkan Princess Letizia dengan Duchess of Cambridge, Kate Middleton..tentang fashionnya, pemilihan wardrobe..

Diantara princess-princess in the world, dua ni yang OK....jom jadi paparazzi..

Princess-soon-to-be Queen

Letizia ni dulunya seorang wartawan...ada ijazah dan master dalam bidang kewartawanan..pernah melaporkan dari Iraq dan Ground Zero selepas 9/11. Pemilihan pakaian, kebanyakan dari Spanish born Mango dan Zara..


Letizia bersama suaminya Prince Felipe, bakal raja Spain yang baru
Spain's Royal Family semasa melawat King Juan Carlos di hospital
source: hello magazine



England 
the Duchess of Cambridge - Kate Middleton

alahai - sweetnya Kate
Duchess of Cambridge ni mempunyai ijazah di dalam History of Art dari University of St Andrews, Scotland. Semenjak berkahwin, Kate menjadi buruan paparazzi dan sudah tentunya, pemilihan pakaian menjadi bualan pengkritik fesyen dunia..the 'Kate Middleton effect'..pemilihan pakaiannya kebanyakan dari pereka-pereka fesyen British..

the happy family

Di Malaysia pun ada ramai princess yang menarik..dan yang menjadi pilihan pertama sudah semestinyalah dari negeri teman..DYMM Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim...


Membaca biodata Tuanku Zara..wow...First Class Degree in Chemical Engineering from Nottingham University and top student award for final year project...sama macam Princess Letizia, Tuanku Zara juga dahulu menjawat beberapa jawatan penting dan yang terakhir ialah Pengarah Urusan..

bersama suami tercinta

Apa-apa pun, semua isteri-isteri ialah permaisuri kan..permaisuri di hati sang suami

- entry santai di hari Isnin -







Saturday, 14 June 2014

Mari Memasak Nasi Mandy

Assalamualaikum..ahlan wa sahlan..semoga all readers sihat2 belaka..dah makan ke belum? Jom makan nasi arab...

Fenomena nasi arab ni dah lama melanda Lembah Klang..macam2 restoran Arab, Lubnan, Egypt, Yaman, ada di KL ni..diantara banyak2 nasi dari timur tengah ni, saya lebih suka nasi mandy..not too heavy dgn rempah ratusnya..just nice...dah try banyak restoran, sekarang nak cuba masak sendiri pula..betul ke? macam tak percaya je...percayalahh..

Langkah pertama, dapatkan sekotak benda ni di pasaran..hehe..saya beli ni dengan kawan sepejabat, membantu sahabat yang nak berniaga kecil-kecilan..




Tak mahal harganya ..RM15.00 sekotak..ada macam2 brand di pasaran..

Langkah kedua, keluarkan isi kandungnya..dah ada beras dan rempah ratusnya..


Baca dengan teliti instruction di belakang kotak..sediakan apa2 yang takde seperti bawang putih, besar, ayam, tomato puree (saya guna tomato sos saja)..
 


perap ayam
nasi sudah masak
ayam panggang
sos harrah - terlebih air
sedia untuk dimakan
Satu je kurang, salad takde. Sebab tak plan dan ingat2 lupa arahan belakang kotak, pergi kedai cuma beli ayam, tomato dan cili hijau saja, terlupa beli timun. Jadilah, untuk makan sendiri..

The verdict
Senang, cepat dan sedap dimakan..kalau ikut betul2 arahan, InsyaAllah, jadi seperti nasi mandy yang dijual di restoran2 di luar sana..

OKlah, untuk mereka yang ingin menjimatkan masa..nak lagi cepat, beli je kat kedai..macam ni..

nasi maqlubah kambing timbus