Wednesday, 1 October 2014

Japan: Day 2 - Shirakawa-go

Dalam bas ke Shirakawa-go...kawasan ni dekat dengan Japanese Alps, so kena lalu kawasan bergunung-ganang, asyik keluar masuk terowong je, adalah lebih dari 10 terowong, panjang pulak tu terowongnya..

entah terowong yang ke berapa, lost count
interchange
Menghampiri kawasan Shirakawa-go, dihidang dengan pemandangan kampung, sawah padi lagi, tetap menarik..


musim menuai - padi sedang menguning
oshin kah itu yang sedang menjemur padi?
Masa ni, jalan jem nak masuk ke kampung Shirakawa-go, bumper to bumper, tak tahu berapa kilometer, maklumlah hari Ahad, esok pula cuti umum, ramai sungguh pelancong tempatan dan overseas. Hati sudah gusar, takut timing lari, tapi yang best Jepun ni, yang jaga lalulintas bagi public transport macam bas ni, jalan dulu, timing bas mesti punctual, walaupun tersasar 20 minit, pukul 12.00 tengahari baru sampai di bus stop di main entrance, Alhamdulillah. Masuk adalah percuma.

Fun in the sun. Matahari memancar-mancar. Kerana Shirakawa-go, panas lit-lit sanggup diredahi. View memang awesome, tak tau nak cerita macamana, kena gi sendiri, seeing is believing..memang berbaloi masa dan tiket bas yang mahal tu..

peta keseluruhan
kedai-kedai di jalan masuk utama dan bus stop
main entrance dan bangunan kaunter bas, TIC dan toilets
kena melintas sungai ni untuk ke kampung 'gassho-zukuri'
Hasrat hati nak pergi ke viewpoint, tapi tak larat nak mendaki bukit. Ada shuttle bus, tapi kena naik di bus stop dia. Tak berhenti tahan tengah jalan. Ronda-ronda kawasan kampung pun ok juga..snap sana-sini..enjoying the view, the environment..

dari jambatan tadi menuju ke jalan utama
jalan utama
Gassho-zukuri farmhouse
'Gassho-zukuri' maknanya "constructed like hands in prayer"..atap macam ni ada fungsinya, supaya salji dan air hujan tak bertakung..bertindak juga sebagai ventilation..rumah-rumah ni ada yang berusia 250 tahun..dibina tanpa menggunakan paku..


Di jalan utama, banyak kedai-kedai cenderamata dan restoran-restoran..petrol station pun ada..
  
kedai cenderahati barangan kayu
petrol station


Kampung ni masih lagi berpenghuni, tak tau generasi ke berapa..nampak je tradisional, tapi kereta semua moden..mari jalan-jalan di bahagian belakang pula, di ceruk kampung...


hijau-biru air sungainya
 




kereta toyota estima
fire hydrant and more 'gassho-zukuri'
Bergerak semula ke bus stop..lalu depan kedai-kedai sebelum ke jambatan..


hasil kerja tangan penduduk kampung..sama mcm kat Malaysia je

lalu balik jambatan ni
Nampak signboard muzium ni..masih ada masa lagi, jom terjah open museum pula..


layout keseluruhan open museum
Open museum ni lebih kurang macam Hida No Sato (folk village) di pekan Takayama, cuma berskala lebih kecil..
 
jenis-jenis 'gassho-zukuri' yang ada
rumah yang paling besar
open museum

kedai-kedai di jalan masuk utama
penutup manhole pun gambar 'gassho-zukuri'
Pukul 1.15 tengahari, bertolak balik ke Takayama. Overall, Shirakawa-go is one of the best places to visit while you're in Japan. The view, the environment, the atmosphere surpassed the long journey undertaken to reach here...berbaloi-baloi..

Sunday, 28 September 2014

Japan: Day 2 : Takayama

Hari Ahad : 14 September 2014

Hari kedua di negara Abe...Shinzo Abe, PM Japan...pagi ni, breakfast nasi impit di hotel room dan buat sandwiches, bawa bekal.

Check out hotel, simpan beg di JR station dan reserve tiket ke Takayama..mula guna JR Pass..
JR Nagoya on Sunday morning
Takayama letaknya ke utara Nagoya di Gifu Prefecture, nak bezakan dengan Takayama yang lain, dipanggil juga Hida-Takayama. Sebab utama nak pergi Takayama ialah untuk pergi ke Shirakawago, kampung yang ada rumah 'gassho-zukuri'..a UNESCO world cultural heritage.

Bertolak dari Nagoya station pukul 7.45 pagi, naik Limited Express Hida dan akan sampai di Takayama pukul 10.02 pagi..dua jam setengah dalam keretapi..huhu..


menunggu train di platform
platform
Sebenarnya, Takayama dan Shirakawago ni mula-mula tak termasuk dalam itinerary sebab jauh sangat, 5 jam pergi balik dari Nagoya, lagipun dah booking hotel di Osaka, dah bayar untuk tiga malam, malas nak cancel. Untuk ke Shirakawago, lebih baik stay one night di Takayama, supaya tak terkejar-kejar masa. Kalau day trip, ambik masa satu hari juga. 

Tapi bila tengok Supermeng up gambar Shirakawago, macam menarik je, hati meronta-ronta nak pergi juga. Kakak pun asyik tanya 'tak pergi ke? tak pergi ke?, terus tukar itinerary. Day trip pun belasah je, tawakkal ja. 

Jenuh juga check timetable train di website Hyperdia, check pula timetable bas Nohi, supaya 'in sync' - Nagoya-Takayama-Shirakawago-Takayama-Nagoya-Osaka, supaya sampai di Osaka tak lewat malam sangat..tempat baru, nak cari hotel malam-malam memang sangat leceh..

OK, dah ready..pray hard supaya perjalanan smooth..train ke Takayama dah sampai..2 jam setengah dalam train, layan view kampung-kampung Jepun, sawah padi...memang berbeza dari Malaysia, tanah sekangkang kera tepi rumah pun ditanam pokok padi..tiada pembaziran tanah di sini..

sawah padi dan rumah-rumah batu
Kemudian masuk kawasan bergunung-ganang, sungai-sungai, kampung-kampung lagi.. 
 
sawah padi dan gunung-ganang
 
bersih dan kemas kawasan kampung ni
 

Sempat jugalah tidur beberapa lapse, makan, minum, tidur balik...dah sampai pekan Takayama.

Pekan Takayama - sebelah kiri JR station, sebelah kanan Nohi Bus Terminal
Turun dari train, terus ke Nohi Bus Terminal, beli tiket ke Shirakawago, bas pukul 10.50 pagi. Ada masa lagi, lintas jalan, bergerak ke Sanmachi area, Takayama's old city, yang ada rumah-rumah lama..ramai tourists sama-sama berjalan ke arah Sanmachi..Takayama, bandar kecil saja, semuanya within walking distance...cute, I like..


tourists bergerak ke arah yang sama
50m lagi
melintas sungai ni
cute marketing
cute little things
rumah-rumah lama
suasana di sanmachi - penarik lanca pun ada
Penuh sesak dengan tourists di Sanmachi area. Bergerak balik ke Nohi bus terminal.


























melintas sungai ni balik..jambatan merah nun di hujung sana
gun shop pun ada
penarik lanca di Takayama - lampu jalan yg menarik, ada lampu bunga lagi
Sarubobo dolls
tunggu bas di sini - Nohi Bus Terminal
Harga return tiket - 4420 yen - mahal nak mapoh
Naik Nohi bas, harga return tiket ke Shirakawago ialah 4420 yen=RM136. Bas pula limited, ada yang perlukan reservation, ada yang open tiket. Kami ambik open tiket. Masa riki-riki dalam internet, ada terjumpa bas yang lebih murah ke Shirakawago oleh J-Hoppers, tapi tengok masa, tak sempat nak sampai dari Nagoya. Kalau menginap di J-Hoppers Takayama, lagi murah, ada package sekali dengan hostel.

Bas dah sampai..jom naik, free seating, jangan lupa pakai tali pinggang keledar..tak sabar ni...expected pukul 11.40 pagi baru sampai..lebih kurang 50 minit perjalanan..sempat lagi tidur dalam bas..