Assalamualaikum...masih di hari ke-2. Dah melawat kampung Shirakawa-go, kembali ke pekan Takayama dan off to Nagoya untuk meneruskan perjalanan ke Osaka. Reserve tiket shinkansen pukul 6.11pm ke Shin-Osaka,..teruja, first time ni dalam seumur hidup naik bullet train..huhu..shinkansen di Jepun dah start dari tahun 1964, dah 50 tahun servis..
awal-awal lagi dah tunggu di platform |
hari-hari terakhir di Nagoya city |
iklan KYB yang kreatif |
tu dia, dah mai..munjungnya yg sangat aerodinamik |
Suka tengok 'penjaga platform' dalam gambar bawah ni, bila train nak datang, dia akan depakan tangan ke selatan, kemudian ke depan, dan akhirnya ke utara..sama jg kalau train dah berlepas..semacam jampi pulak..ditangan mereka ada 'wireless microphone', berselang-seli mereka buat announcement..tak faham, dalam bahasa Jepun..
Jom, dah sampai, shinkansen N700 series Hikari Superexpress 479, dengan kelajuan maximum 300km/j, jarak perjalanan 174.3km, dijangka sampai di Shin-Osaka pukul 7.03mlm..
untuk keriangan berganda |
Walaupun laju, tapi tak terasa kelajuannya..duduk je dalam train, takde aktiviti apa, nak tengok luar, hari pun dah gelap, maka tidurlah jawabnya..dalam train je, dapat rehat..lepas ni, sambung balik aktiviti tarik beg berat, naik/turun tangga, jalan and jalan lagi..
ada jualan makan ringan dan minuman |
Terjaga bila sampai di Kyoto station, takleh nak tido dah, dah dekat..nanti terbabas, susah pulak..akhirnya, Alhamdulillah, jejak kaki di bandar kedua di Jepun, kotaraya Osaka..
Untuk bergerak di Osaka, kami beli ICOCA card di ofis JR West, akan jumpa ofis ni masa on the way to subway station..Midosuji line. ICOCA ni macam touch n go card..harga 2000 yen, deposit 500yen, so yang tinggal stored value cuma 1500yen, boleh top-up..deposit boleh refund..boleh guna untuk subway, tram, keretapi, city bus di Osaka, Kobe, Hiroshima dan juga Kyoto..tapi di Kyoto, city bus tak link dengan ICOCA...menurut maklumat, next year, April 2015 baru diseragamkan dengan Kyoto city bus.
Ofis JR West di Shin-Osaka |
Alhamdulillah,
dah ada card, jom turun ke subway station..elevator, escalator nan
hado..kena turun tangga..huhu..mungkin entrance lain ada kot, yang depan
ofis JR ni takde..memang azab, angkat beg besar lagi berat turun tangga yang tinggi..bertabahlah..sikit je ni..hehe..
tunggu subway di Shin-Osaka, baru pukul 7.20mlm |
Di Osaka, booking tiga malam di Hotel Consort..lokasinya, cuma satu station dari Shin-Osaka..kena turun di Nishinakajima-Minamigata station, sedapkan nama stesen ni..
Station subway ni sebenarnya bersebelahan dengan stesen keretapi Minamigata untuk Hankyu Railway sebab tu namanya panjang macam tu..trek keretapi Hankyu railway ni melintang ditengah-tengah jalanraya, setiap hari memang kena melintas line keretapi ni untuk ke hotel dan ke stesen..
Consort Hotel letaknya dekat Exit 2 subway station, tapi masa ni ada kerja-kerja construction, exit tu ditutup sementara..semua kena keluar Exit 1..dah lost orientation..print map kecik sangat..keluar exit 1, ambik kiri, kemudian jalan ke arah selatan, lintas line keretapi..tak nampak exit 2..
Nampak Lawson, masuk, tanya, adik tu cakap belah sana (arah barat), jalan lagi, tapi rasa macam salah je, last2, mamat kat kedai basikal tu bagi direction yang betul...asyik berpusing setempat, sebenarnya hotel tu cuma lintas jalan depan Lawson tu je..Alhamdulillah, sampai juga akhirnya...dekat sangat dengan train station Minamigata..
![]() |
Lokasi Consort Hotel |
Nampak Lawson, masuk, tanya, adik tu cakap belah sana (arah barat), jalan lagi, tapi rasa macam salah je, last2, mamat kat kedai basikal tu bagi direction yang betul...asyik berpusing setempat, sebenarnya hotel tu cuma lintas jalan depan Lawson tu je..Alhamdulillah, sampai juga akhirnya...dekat sangat dengan train station Minamigata..
![]() |
Consort Hotel (source: Agoda) |
Booked via Agoda, dapat RM534 untuk tiga malam without housekeeping, cuma RM178 per night (ada discount 30%)..bilik hotel biasalah standard Jepun, kecik je, nak solat, terpaksa kecik-kecik kan badan..
twin room |
Yang penting, ada free wi-fi dalam bilik dan toilet pun OK, moden type, ada bidet..
Dah settle semua, plan nak turun ke downtown..nak cari makan..tengok pamphlet Halal Foods Osaka (ambik kat MATTA Fair)..decided pergi Ali's Kitchen..naik subway Midosuji direct to Shinsaibaishi station..tengok map kat station, tak ingat ambik exit apa, sampai je kat atas, dah ada tepi jalan utama ni, Nagahori-dori..happening, high-end area..ada butik LV, Christian Dior, dan banyak lagi, semua branded outlets..
Berpandukan pamphlet tu, akhirnya sampai juga..depan bangunan Diesel..restorannya di tingkat basement B1..masuk je, Ali sedang entertain one group orang Malaysia..restorannya standard Jepun juga, kecik je..sewa mahal..
Order nasi beriani with chicken and beef bothi dan air mango juice..
![]() |
entrance ke restoran |
![]() |
suasana dalam resto...yang baju hijau tu Ali |
Masa tunggu makanan, masuk seorang lelaki Melayu, orang Malaysia, duduk meja sebelah..berborak kosong, dia pun datang berdua, dengan kawan, kawan dia tak sihat, dia datang tapau makanan, dah nak balik hari Selasa..
Makanan dah sampai, makan dulu..Alhamdulillah..total cost 3,000 yen.
![]() |
nasi beriani |
Ali ternampak pamphlet Osaka Halal Food yang kami bawa tu, mulalah pot pet pot pet dia bagi nasihat, "don't go to Indian restaurant, the meat they used is not halal", "Muslim-friendly restaurants also". Dari kami belum makan, hingga nak keluar, lepas bayar, tak berenti-renti cakap benda yang sama. Bagus bagi nasihat sesama Muslim, makanan kan jadi darah daging..
Lepas makan, walaupun malam masih muda, baru pukul 10++, decided balik hotel je, berehat, esok dah nak jalan jauh, sekian saja untuk hari kedua.