Wednesday, 8 October 2014

Japan : Day 4 - Hiroshima

Day 4 : Selasa, 16 September 2014

Hari Malaysia, cuti umum di negara tercinta. Hari ini, kami meneruskan misi menjejakkan kaki ke satu lagi kota bom atom di Jepun iaitu Hiroshima

Tak sempat nak breakfast di hotel, bubuh satu bekas tupperware, satu tin baked beans, sepeket serunding dan sebuku roti dalam backpack, naik subway, off to Shin-Osaka. Pagi ni, dah ramai di jalanraya, di stesen, dah start hari bekerja.
 
Shin-Osaka di hari bekerja
Reserve tiket shinkasen pukul 8.17 pagi ke Hiroshima station. Dijangka sampai pukul 10.00 pagi. Shinkansen tak penuh, selepas saja stesen Okayama, tukar tempat duduk. Duduk depan sekali, yang ada meja keras. Selalunya penumpang guna untuk pasang laptop. Tapi kami guna untuk breakfast..hihi..dah takde penumpang yang akan naik, lepas ni dah stesen Hiroshima. Empat barisan semua kosong, dua-dua belah, takde lah segan sangat. So, buka bekalan..bismillah..
Alhamdulillah

Dah sampai
Tempat pertama yang nak dituju sudah semestinya Hiroshima Peace Memorial Park. Seperti di Nagasaki, di Hiroshima juga pengangkutan awamnya ialah 'tram', selain bas dan teksi.


stesen tram di Hiroshima Ekimae
Untuk ke Peace Park, station yang paling dekat ialah Genbaku Dome Mae station. Boleh guna ICOCA card untuk naik tram di sini, so mudah sikit, just touch n go.


tram yang lebih moden
Tersilap naik tram, melencong ke arah Nagasaki Port. Terpaksa turun dan berjalan ke stesen Kamiyacho-higashi. Sebenarnya, boleh je nak jalan kaki terus ke Peace Park, tapi disebabkan cuaca panas, decided naik tram.


shopping arcade
On the way to tram station, lalu depan shopping arcade ni. Tak tau nama apa.


Teruja nampak Sogo. Dah plan nak pergi Sogo masa balik nanti. Nak check out Sogo Jepun, sama tak macam kat KL...hihi..


Tunggu tram di Kamiyacho-Higashi station
naik di bahagian tengah
OK, dah sampai di Genbaku Dome Mae station. Menyeberang jalan dah sampai di Peace Memorial Park.


Ground Zero - Sarugaku-cho Neighbourhood
Menurut wikipedia, bom atom telah digugurkan di bandar Hiroshima pada 6 Ogos 1945. Bom tersebut meletup di udara dan kesan letupan menyebabkan kerosakan tetapi Prefectural Industrial Promotion Hall cuma terjejas sedikit saja, masih teguh seperti dalam gambar di atas.

Prefectural Industrial Promotion Hall now commonly known as the Genbaku (A-bomb) dome. This building was designed and built by the Czech architect Jan Letzel, and was only 150 m (490 ft) from ground zero. The ruin was named Hiroshima Peace Memorial and was made a UNESCO World Heritage Site in 1996.

Genbaku A-Bomb Dome
Otagawa River
Children's Peace Monument

Children's Peace monumen ni ada kisah sedih. Inspirasi untuk membina monumen ini datangnya dari Sadako Sasaki, yang terkena radiasi nuklear dari bom atom pada usia dua tahun. Sepuluh tahun kemudian, Sadako mendapat leukemia dan meninggal dunia. Kawan-kawan sekelas dia syorkan satu monument khas dibina untuk kanak-kanak yang meninggal dunia kerana bom atom.

Memorial Cenotaph for the A-bomb Victims
Let all the souls here rest in peace for we shall not repeat the evil
the stone chamber in the centre contains the Register of Deceased A-bomb Victims
Peace Memorial Museum
 Berpatah balik ke Genbaku Dome Mae, menyusuri Otagawa River.

Ota River
Hiroshima's mile zero
pagoda

Dah habis ronda Peace Memorial Park, berjalan kaki ke Sogo Department Store. Masuk sekejap, sejukkan badan. Sogo Jepun ni lagi best dari yang kat Malaysia.

Hiroshima city
  
SOGO
Pacela Shopping Centre

Berjalan menuju ke utara, ke arah Hiroshima Castle. 

Hiroshima Prefecture Government buildings
Hiroshima Museum of Art
The outer moat of Hiroshima Castle
pelan susunatur
Ninomaru
Hiroshima Castle dibina oleh Terumoto Mori, a feudal lord dalam tahun 1591. Telah dibom pada tahun 1945 dan dibina semula tigabelas tahun kemudian.

inner moat
Shinto shrine dalam kawasan castle
the reconstructed castle


Berjalan kaki menuju ke tram station dekat Sukkeien Garden, berehat sebentar di tepi castle ni.



Naik tram, balik ke JR Hiroshima station, reserve tiket shinkansen ke destinasi seterusnya, Okayama. 


Shinkansen waiting room
To be continued.

Monday, 6 October 2014

Japan : Day 3 - Osaka Namba

Masih di hari ketiga di Jepun. Balik dari Nagasaki, dari Shin-Osaka, ambil Midosuji subway ke downtown Osaka, kali ni ke Namba station. Hasrat hati nak ambik gambar Glicoman di tepi terusan Dotonbori, the famous icon kota Osaka. Ramai blogger dah bergambar di sini. Jom kita cari.

dalam Namba station menuju ke exit
Keluar saja dari subway, akan masuk ke underground shopping mall yang dipanggil Namba Walk. Besar juga underground mall ni dan banyak exit. 


Tak ingat keluar exit berapa, tapi bila naik ke atas, nampak entrance ke shopping arcade Ebisu-bashi-suji yang berhadapan dengan Takashiyama retail mall.


Masuk entrance ni dan jalan terus akan bertembung dengan Dotonbori Street dan jambatan di sebelah Glico image. Senangkan? tapi kami lalu je depan arcade ni, mengikut langkah kaki, sampai jumpa Daiso, siap beli barang kat Daiso, kemudian tanya adik jaga kaunter, dia cakap belah sana. Tak berapa faham sangat direction yang diberi. Belasah je, mencari tempat di waktu malam, memang selalu lost orientation.

Patah balik ke sini, tak masuk juga Ebisu Bashi-Suji ni, ikut jalan besar, at last jumpa juga terusan Dotonbori. Ramai orang sedang snap-snap gambar. Rupa-rupanya Glicoman dah bertukar jadi Glicogirl..huhu..tak pasang lampu, tak best le pulak.

Glico image di Terusan Dotonbori
Glico Girl - gaya dan posisi yang sama
Dotonbori river cruise
Jalan-jalan ditepi terusan ni, masuk Don Quito, penuh sesak, ramai orang, keluar balik. Di sepanjang terusan ni, memang banyak cafe-cafe jual takoyaki, streetfood Jepun yang famous, yang berasal dari Osaka. Ada yang gandingkan dengan okonomiyaki.

Teringin juga nak rasa takoyaki Jepun ni. Singgah beli di kedai ni. Enam biji for 450yen.

Laju je dia buat
Takoyaki ni macam cekodok octopus (sotong kurita). Takoyaki yang kami beli memang special request, takde sos.  Balik hotel, makan dengan sos cili dari Malaysia. Sedap juga.
Takoyaki without sauce
Lintas jambatan, berjalan ke arah Dotonbori Street yang happening, yang banyak dengan restoran-restoran, cafe-cafe.

Terusan Dotonbori
Yang menarik di sini ialah replika-replika sotong kurita, ketam dan macam-macam lagi, yang bersaiz besar diletak didepan kedai untuk menarik perhatian pelanggan.

ketam dan muka orang bengis (tak tau kedai apa tu)
kedai sushi
sudah semestinya - kedai takoyaki
Jalan-jalan lagi, masuk satu simpang, kawasan berbumbung
penunggang basikal tu pun nak menyelit juga
jumpa outlet Turkish ais-krim ni.


Tanya kat dia, ada tak kedai halal atau kedai kebab kat area ni? Dia suruh keluar balik, jalan ke kanan, ada kedai Turki, kami pun laju je pergi. Cari-cari, tak jumpa pun. Jumpa yang ni, daging lembu terbaik di dunia..Kobe beef. Non-halal. Saja je, kalau halal, nak juga rasa..huhu..


Patah balik, just strolling lazily, mengikut langkah kaki sampai ke entrance Ebisu Bashi-Suji.

Dotonbori Street
jumpa juga - Glicoman
Decided balik hotel, turun di stesen, jumpa curry house ni, San Marco Curry House. Ingatkan kedai mamak je nama curry house, kat Jepun pun ada. Ada jual mee kari, nasi putih dengan kuah kari..tengok kat display je, takdelah nak masuk..hehe..


Sampai di stesen Nishinakajima-Minamigata, top-up ICOCA card, sebab dah surut. Ada instruction dalam English, mudah saja prosesnya, dapat dilakukan dengan jayanya.

percubaan top-up ICOCA
On the way balik ke hotel, singgah supermarket 24 jam ni, Gourmet City, yang jual barang-barang brand Aeon. Beli roti, sayur fresh, air dan buah-buahan.
 
Gourmet City - gambar disnap dipagi hari
Dinner tonite - mee segera + sayur fresh
Balik hotel, makan takoyaki sementara tunggu maggi masak. Maggi bubuh sayur fresh, memang nikmat. Rasa macam dah lama tak makan sayur. Minum pulak air Coca-Cola Zero. Sungguh unhealthy. Sekali-sekala, teringin.

Apa yg zero? Zero calorie
Lepas makan, buat semakan itinerary untuk hari esok. Thanks for reading, bersambung next entry.