Selesai snap-snap foto, sempat juga jadi photographer sambilan untuk tourists yg nak bergambar di hotspot I♡KL tu..hehe, kami pun bergerak melintas Jalan Sultan Hishamuddin..
Bangunan Sultan Abdul Samad - landmark KL yang popular.
Bergerak menuju ke Muzium Tekstil.
pandangan sisi Muzium Muzik |
Masa ni ada pameran Batik Sarong. Batik sarong dah masuk muzium...hehe...kain-kain batik saya tersimpan dalam almari, jarang pakai.
corridors - typical colonial building
Menarik juga Muzium Tekstil ni, bukan saja pameran mengenai kain-kain, ada pameran perhiasan-perhiasan diri zaman dahulu kala, pelbagai bangsa di Malaysia.
cucuk sanggul, gelang kaki dan pending
Dua rangkap pantun di dinding..menarik..
"Ringgit chuma chandaran saja"
sisi moden Muzium Tekstil |
Dah habis ronda-ronda Muzium Tekstil, bergerak semula ke Dataran Merdeka..dah lama duduk KL, inilah first time, benar-benar menjejakkan kaki di dataran..
Di tepi padang ni, ada information boards mengenai bangunan-bangunan warisan yang ada disekitar Dataran Merdeka. Siapa arkiteknya, ciri-ciri senibina, bolehlah baca..menambah ilmu pengetahuan..
Panggung Bandaraya
-----------------------------------
Bangunan-bangunan warisan ni dibina dalam tahun 1800 - 1900. Dah lebih 100 tahun usia mereka. Macamanalah kawasan ni pada zaman British dulu ye. Mesti sibuk dengan aktiviti perdagangan, urusan pejabat-pejabat kerajaan.
Kegunaan bangunan-bangunan warisan ni pada zaman British:
Muzium Muzik - the Chartered Bank of India, Australia & China
KL City Gallery - pejabat British Malaya & pejabat percetakan
Muzium Tekstil - pejabat JKR
Bangunan Sultan Abdul Samad - pejabat Federal Secretariat of Malay States
Panggung Bandaraya - City Hall of KL
Panggung Bandaraya - City Hall of KL
Rintik-rintik hujan dah mula turun, menamatkan sesi jejak warisan di Dataran Merdeka, menjejaki legasi penjajahan British di Malaya.
British left us with these magnificient buildings that add colours to KL's skyline. Do we proud of them? To conclude, it is like 'dark chocolate'..dalam manis, ada pahitnya..cheers..