Tuesday, 6 October 2015

Terjun dari KL Tower

Cerita hari Jumaat lepas..

Ada kerja di Persiaran Raja Chulan. Lepas kerja, jalan kaki menyusuri Jalan Raja Chulan, dari Menara Olympia menuju ke the Weld, nak ambil monorel di stesen Raja Chulan.

Sangat best jalan-jalan di sini sebab lalu di kawasan Bukit Nanas, hutan simpan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur..


Tapi takut juga dengan pokok-pokok besar ni..ada kes penunggang motorsikal mati ditimpa dahan pokok..

 Taman Eko Rimba KL
yang dekat pun tak pernah masuk lagi

jumpa ramai pelancong asing yang nak masuk hutan ni

Titian Silara
ada canopy walkway juga..wahh, teruja ni
tapi belum buka lagi

Pandang ke arah KL Tower, tengok ada benda jatuh..ingatkan burung, rupanya manusia..terjun bebas..guna parachute..

dalam keadaan berjerebu pun ada juga yang buat aktiviti macam ni
kalau dah minat, tak dapat ditahan

Tak tau lak depa ni mendarat kat mana
gayatnya..

Monday, 5 October 2015

Trip ke Taman Negara Pahang

Assalamualaikum...

Kisah trip tertunggak ke Taman Negara Pahang. Sepatutnya pergi bulan Ogos, tapi bulan tu 'peak time', full occupancy, takde bilik kosong, terpaksa tunda ke bulan September. Tapi apa kaitan bilik hotel dengan trip ni? Sebabnya pergi sini atas urusan kerja, klien pun dah setuju, bilik hotel as complimentary, free of charge. Takde bilik kosong, takpe, kita tunggu, boleh adjust time..hehe..Alhamdulillah, klien pun boleh tunggu. Takdelah, kejar-kejar nak report...

Maka, pada pagi Jumaat, 11 September 2015, berangkatlah ke negeri Tok Gajah. Naik LRT ke stesen Taman Melati, bos & family datang jemput and off to Karak Highway. Bos yang drive, so rileks lah sikit. Hampir 4 jam juga untuk sampai di Kampung Kuala Tahan + berenti buang air, beli pisang tepi jalan. Nak ke Taman Negara, boleh juga naik bot, 2 jam perjalanan dari jeti Kuala Tembeling, di bandar Jerantut. 

Kampung Kuala Tahan
depan sekolah ni, kena belok kanan, masuk lorong ni
kalau jalan terus akan sampai di tepi Sungai Tembeling

Dari jalan besar, belok kanan dan masuk lorong ni, kemudian belok kanan lagi, untuk parking kereta di tempat letak kereta awam JKKK, charge RM5 sehari. Bawa beg-beg semua, menapak ke jeti di Sungai Tembeling. 

Tengok banyak betul restoran terapung di sepanjang tebing Sungai Tembeling. Ada beberapa restoran ni menyediakan servis bot tambang untuk menyeberang sungai ke Taman Negara. Tambang bot RM1.00 je. Yang terapung ni bukan saja restoran tapi juga ofis ejen-ejen pelancongan.
 Restoran terapung di Sungai Tembeling
merangkap jeti bot ke seberang sana, ke jeti Taman Negara

boleh juga bawa kereta sampai ke tebing sungai
tapi tak boleh parking sini, sebab kalau air pasang, tenggelam kereta
atau hanyut dibawa arus sungai..ehehe..nangis tak berlagu..

ambulans saja boleh

Sebelum menyeberang, lunch dulu di restoran terapung. Pilih restoran ni..

 Family Restaurant

dalam restoran

Bila tengok menu, semuanya ada terjemahan ke Bahasa Inggeris. Kenapa ya? Sebabnya, memang ramai betul pelancong Mat Salleh yang datang ke Taman Negara. Dalam restoran ni pun, selain daripada kami berempat, pelanggan lain semuanya foreigners. Yang dalam gambar atas tu, saudara-mara tuanpunya restoran yg pakai baju putih disebalik tiang..

walaupun terapung, Astro tetap ada
tapi aerial parabola letak atas darat mcm ni

Dah order makanan, tunggu punyalah lama, rengsa sungguh, dahlah lapar. Alhamdulillah, walaupun lambat tapi sedap masakannya..masak dengan penuh kasih-sayang kot. Dah makan, jom kita naik bot..ke seberang..
identiti bos harus dirahsiakan..hehe..

Tak sampai pun 3 minit, dah sampai di jeti Mutiara Taman Negara. Ini macam kalu, berenang pun boleh..hehe..

 jeti Mutiara Taman Negara
di seberang sana jeti Kuala Tahan aka Floating Restaurant

 dah sampai di Mutiara Taman Negara

Inilah tempat penginapan kami selama dua malam di sini..sebab tu lah sanggup tunggu. Boleh je sebenarnya nak check-in kat hotel lain di seberang sana, tapi sebab klien dah janji...hehe..lagipun nak buat kerjanya di sini, di Mutiara Taman Negara ni. Lebih mudah duduk sini saja..ambik feel..


Dari jeti, nak naik ke atas, perghh..mendaki tangga, tingginya, dengan bawa beg lagi, semput. Rupanya takyah penat-penat bawa beg naik tangga, letak je dalam kotak troli depan jeti tu, dan akan ditarik naik menggunakan hydraulik ni. Dah tulis besar-besar kat kotak troli tu..'PUT YOUR LUGGAGE HERE'..tapi nak jinjing juga..hehe..

 lif untuk tarik beg, di bawah tu jeti bot

bangunan reception dan pejabat

Ambik nafas dulu..Alhamdulillah, ada welcome drink dan tuala sejuk. Register di kaunter dan dapat kunci chalet. Jom kita bergerak. Beg-beg semua dibawa naik buggy. Beg plastik memang dilarang dijinjing begitu saja, nanti monyet-monyet nampak, dia terkam, dari atas pokok pun dia boleh nampak..heee. 

 jalan-jalan cari chalet suites

Di sini ada standard chalet, chalet suites, banglo, hostel dan tapak untuk berkhemah. Alhamdulillah, klien provide dua chalet suites. Chalet suites ialah chalet berkembar.

chalet suites

chalet suites

Chalet suite besar juga, ada ruang tamu, bilik tidur dan verandah. Boleh muat dua, tiga keluarga.

bilik tidur dan bilik air

ruang tamu

verandah

Facilities, OK - ada tv, peti sejuk, seterika, hairdryer, coffee/tea, cerek, dan toiletries. Ada shower dan hot water system.

Jom tengok penginapan yang lain dan facilities yang ada di sini. 

 banglo 2-bililk

banglo 3-bilik

standard chalet

family chalet/connecting room

hostel

camp site - ada toilets, dapur & luggage room

Kadar sewa: standard chalet: RM300++, chalet suites: RM500++, banglo: RM900 - RM1,000 dan hostel RM150 per person.

 mini market
 
 Restoran Seri Mutiara

Dewan Bayan Nuri

Serba-sedikit info tentang resort ni, sesuai untuk buat aktiviti lasak sekeluarga, team building, kursus motivasi, honeymoon pun boleh..
---------------------------------------------------
Dah masuk chalet, berehat dan solat, kemudian keluar melawat kawasan. Tetapi awas..
kawasan monyet melintas
Alhamdulillah, sepanjang berada disini tak terserempak 
dengan cik nyet berkeliaran di sini..
 
Mutiara Taman Negara ni dah sebahagian dari Taman Negara. So akan jumpa ramai pelancong yang ikut private tour, rombongan-rombongan sekolah, datang berbot-bot, melalui kawasan resort ni untuk buat aktiviti dalam hutan seperti night jungle walk, canopy walk, ke Lubuk Simpon dan banyak lagi.
 
Bersambung..

Friday, 2 October 2015

Three Little Birds @ D7

Salam Jumaat. Three little birds chirping on a tree..chip-chip here, chip-chip there, ohh, what a bright sunny morning. Haha..bukanlah nak cerita mengenai burung kecil, tapi cerita cafe yang diberi nama Three Little Birds. Lokasinya di D7 Sentul East, di Jalan Sentul..dekat saja dengan rumah..

Di belakang D7, ada Tamarind dan Saffron Condominium, depannya ada kembarnya D6 dan dua bangunan condominium yang gediks..the Capers dan yang dlm pembinaan the Fennel... 

 the Capers

Sentul East ni projek YTL, sebahagian daripada projek pembangunan semula tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Sentul. Rekabentuk bangunan memang moden dan up-to-date, cuma lokasinya cam out of place sikit, not sync dengan persekitaran. Tapi semuanya ni untuk mengubah landskap kawasan Sentul, urban regeneration, katanya, mengikut istilah town planning..

D7 ni bangunan kedai pejabat yang penuh kehijauan, bersambung dengan kembarnya, D6 melalui jejantas merentasi Jalan Sentul.

 D6 - dibelakangnya bangunan gedik, the Capers

D7

Ada dua blok bangunan di D7, konsepnya santai, lebih kepada konsep pencahayaan dan pengudaraan secara semula jadi, tona warna bumi (earth colour)..


Ruang di antara blok dipenuhi dengan wooden platform, wooden sunken seats, artificial water features dan tumbuhan hijau..mewujudkan suasana sejuk, tenang dan mendamaikan...


Memang sesuai konsep D7 ni dengan nama cafe Three Little Birds.. 

 the cafe

 outdoor seating

 chirping hours

Jom masuk, kita tengok apa yang ada di sini..


Mengikut info, kek keju sedap di sini..ok, order sepotong kek keju dan coffee with dark chocolate. Dah order, baru perasan, dua-duanya very creamy..erkk...

 kek keju - bolehlah, base yg masin sikit

coffee with dark chocolate

Overall, oklah..sepatutnya try kopi yang dikisar inhouse. Harga kopi di sini mahal jugalah - black coffee saja RM7.00..

lantainya seakan-akan basah

tiga bahagian - cafe, store & roastery

 mesin pengisar kopi

Bagi sesiapa yang cari tempat untuk lepak-lepak di kawasan Sentul, bolehlah singgah cafe ni, suasana tenang je, less havoc. Parking percuma di basement level..

Have a nice weekend...