Thursday, 21 January 2016

Delirium Caffeinators

Let's talk about food.   

Delirium Caffeinators. Unik namanya. Cafe di Menara Manulife, Jalan Gelenggang, Damansara Heights.
 

First time datang sini, cuma pandang-pandang, jeling-jeling je sebab bos nak cepat balik lepas mesyuarat. Second time datang untuk ambik dokumen, hmm..can't fight the feeling any longer...terus masuk & duduk...

 outdoor eating area


Jom tengok menu. Western and middle eastern foods - pilihan yang ada - panini (grilled sandwich), burgers, pasta and salads...
 

Ada juga sliced cakes and cookies..

 cookies

 Pilihan saya - chocolate drink and chicken kofte kebab with tzatziki

 chicken kofte kebab with tzatziki

The verdict: Memang sedap kofte kebab tu, ada pulak couscous dan taztziki (yoghurt sauce) yang just nice, tak masam sangat, puas hati...

Kali ketiga ke Menara Manulife, lepas buat kerja, singgah makan di sini lagi...can't resist..drooling..

pelbagai pilihan pasta 


 Kali ni order salmon pasta in carbonara sauce..

 Melbourne storm


 The verdict: Just nice, kuah yg tidak pekat dan tidak cair...sedap..

 So, jika berkunjung ke Jalan Gelenggang dan Jalan Dungun, bolehlah singgah di Delirium Caffeinators @ Menara Manulife. Highly recommended.
 

Monday, 18 January 2016

Riang Ria @ Berjaya Times Square

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..selesai sudah episod jiwa kacau, pecah kepala dengan kerja pejabat yang bertimbun-timbun, kejar report dari branch, dah organise semua, tunggu nak release report pada klien saja. Sekarang ni episod nak menjawab soalan auditor pula dan juga menanti gelombang kedua untuk akaun yang berakhir 31 Mac. Tapi gelombang kedua ni taklah seteruk gelombang pertama yang berakhir 31 Disember. Hopefully..

Sementara gelombang kedua ni belum bermula, jom kita release stress di Berjaya Times Square. Takyah pening-pening kepala nak drive, trafik jem, nak parking segala, kita naik monorel je, turun di stesen Imbi..and off to BTS.

 monorail baru..masih berkilat

Berjaya Times Square dari sisi belakang
 snap gambar ni semasa ada kerja di Jalan Pudu

Ada apa di Berjaya Times Square? ada indoor theme park...memang sesuai untuk stress reliever...hihi..
 naik yang ni

puas menjerit, rasa macam nak tercampak keluar je
laju sungguh..

 yang ni tak naik, anak saudara je naik
terbalik upside down..

bang, bang, bang - bump cars

merry-go-round..layan 'the child in us'..hihi 

bahagian kanak-kanak

Ada roller-coaster juga tapi tak naik...gerun tengok route sampai ke cucur atap. Dah bergumbira di theme park, jom kita main piano pulak. Piano Gergasi. Main dengan kaki..

Info tentang piano

 ini pianonya

pijak-pijak dengan kaki, akan keluar bunyinya


 Di bahagian bawah piano, ada petak-petak bendalir ni, bergerak-gerak benda ungu ni bila dipijak..ralit memijak..

kanak-kanak suka bebenor

Dah letih, perut pun berkeroncong minta diisi, jom cari makan pulak. Jalan-jalan jumpa cafe yang menarik ni - Wawan Cafe

dibina dengan recycle wood

gaya rumah tradisi Melayu

Tapi kami tak makan di sini, makan di tempat lain. Hari yang letih but fun. Till then..happy Monday..

Tuesday, 12 January 2016

Pekan Rabu dan Masjid Albukhary

Assalamualaikum..

Sambung cerita jalan-jalan di Alor Setar. Dari Muzium Padi, singgah di pasar nelayan LKIM Kubang Rotan untuk beli barangan basah.

  
Menariknya pasar ni letaknya di tepi Sungai Kedah. Ada jeti untuk bot-bot nelayan. Kiranya tempat nelayan menurunkan hasil tangkapan balik dari menangkap ikan di laut lepas. Segar-segar hasil laut.

buah nona
 
Dah beli barang-barang, balik ke rumah adik, masak-masak, makan tengahari dan keluar semula ke bandar. Misi kali ni nak ke Pekan Rabu. Kalau ke Alor Setar, memang tak sah kalau tak jejak kaki di Pekan Rabu ni. Pekan Rabu dah bertukar ke lokasi baru di Ukir Mall dekat Jalan Sultan Badlishah. Lokasi lama saya tak pernah pergi..huhu..

On the way ke Pekan Rabu, lalu depan Masjid Zahir. 


cantik senibina masjid ni

Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah, mercutanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam - satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam - (sumber: wikipedia)

Dah sampai Pekan Rabu, apa yang best di sini? Shopping kuih-muih tradisional, kudap-kudapan..

ramai pengunjung
outlet kuih bahulu emanis menjadi tumpuan
guna mesin semuanya
nak beli, ada kupon, terpaksa tunggu giliran

macam-macam ada, atas bawah

kerepek, kuih muih, pulut hitam

 gerai bahulu, yang ni manual

Dah selesai memborong, bergerak ke destinasi seterusnya, Masjid Albukhary di Jalan Langgar.

cantik kompleks masjid ni, ala-ala padang pasir

Senibina dataran masjid ni khususnya kolam dan laluan air yang berbentuk geometri adalah berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Albukhary di Samarkhand, Uzbekistan.

Sekian saja kisah jalan-jalan di Alor Setar, tak sempat nak singgah berlama-lama di dua-dua masjid yang cantik ni, sebab dah nak bergerak pulang ke kampung. In shaa Allah, kalau ada kelapangan boleh ke sini lagi.