Monday, 8 February 2016

Selera Street and MARAkesh

Assalamualaikum..selamat bercuti semua. Cuti-cuti ni kemanakah kita? Tak sanggup nak menempuh 'traffic jam' di highway, kita duduk KL je lah. Dah balik kampung minggu lepas, sempena cuti Hari Wilayah.

Ini cerita cuti Hari Thaipusam. Dah berjanji untuk belanja anak-anak saudara di Seoul Garden. #Janji ditepati. Yang abang dapat good result dalam PT3, yang kakak tengah tunggu result SPM. My sister dgn sorang lagi anak saudara tak join sebab depa tak minat makanan Korea..huhu... 

Seoul Garden yang paling dekat sudah tentulah di Sunway Putra Mall. Sebab awal sangat datang, Seoul Garden buka pukul 11.30pagi, ronda-ronda dulu mall ni. Jom check it out Selera Street, di tingkat 5.


Sebagaimana namanya, begitulah realitinya..tempat makan-makan berkonsepkan tahun 60'an. Ada banyak juga restoran yang famous seperti Boat Noodles, Teochew Chendol, Bakar Station, Kebab Turki..

rojak, asam laksa & cendol
 Lorong Seratus Tahun
Taiyaki, Kebab Turki
 
tempat photoshoot - Warung Haji Putra
kedai runcit Ah Huat
  untuk ke pesta??

Menarik juga konsepnya. Kami tak makan di sini, simpan perut untuk mencekik habis-habisan di Seoul Garden. Dah habis makan di Seoul Garden, bergerak ke Medan MARA untuk join my sister cari barang di sana. Teringat yang kedai komputer/handphone ala-ala Lowyat dah dibuka di Menara MARA. Jom check it out..

 MARA Digital

 Ramai juga pengunjung di hari cuti

MARA Digital menempatkan peniaga-peniaga komputer dan handphone Bumiputera. Walaupun tak besar macam di Lowyat Plaza, tapi ok juga. Bumiputera pun boleh berniaga handphone original, pasaran sangat luas.

Ternampak tulisan Marakesh di atas tulisan MARA Digital. Tertanya-tanya juga apa benda Marakesh tu..nama lebih kurang sama macam Marrakesh di Morocco tu. 

 M-A-R-A-kesh rupanya..hihihi..

Ada banyak outlet jual jubah, tudung, spa pun ada..konsep ala-ala tradisional street shops..berwarna-warni..

  

Menarik konsepnya. Mungkin kalau bukan cuti umum, lebih banyak kedai-kedai dibuka dan lebih meriah..check it out.

Wednesday, 3 February 2016

Hadiah dari Sahabat Bloggers

Assalamualaikum....

Entri ni dedicated khas untuk dua orang sahabat bloggers, Farrah from FAMF Tower dan my 'lil sister nhhas @ Real Life is Real. Alhamdulillah, syukran, xie-xie, diatas kiriman hadiah yang awesome.

1.
Dapat hadiah dari Farrah sebab berjaya jawab semua soalan dengan betul...yuhuu..fly me to the moon. Soalannya, memadankan gambar dengan peribahasa. Huh! dah lama tinggalkan subjek Bahasa Melayu, sesi mengetuk kembali pintu serebrum otak sambil mengetuk keyboards..ask the www..hihi.. 

Hadiahnyaa..notepad dan dangling item bentuk kunci yang comel..super cute!!


Knowing Farrah through her blog, tak ragu-ragu mengatakan hadiah-hadiah ni hasil kreativiti Farrah sendiri..made with love...saranghae...
 

Notepad dengan cover gambar nota muzik dan building skyline (gambar header blog FAMF Tower), siap ada magnetic page marker...that's very thoughtful of you..I like!! Sesiapa yang nak buat kraftangan, boleh intai-intai blog Farrah, lots of idea, lots of fun, lots of recipes also..cheers..

2.
My 'lil twin sister, nhhas @ Huda bagi dua hadiah, gracias sis. Sekeping poskad dari New Zealand dikirim di angin lalu (baca: via airmail)..bikin hati teruja mau jejaki Milford Sound, Fiordland, New Zealand...Subhanallah, cantik kan..


Bila baca kisah Huda driving di malam hari, 8 jam tanpa henti dari Pulau Utara ke Pulau Selatan..perghh..memang tabik spring..lepas tu pulak driving di jalan yang ibarat ulau melengkau ditepi pagau...corner baring segala..kalah litar lumba F1 Sepang...she proved that when the going get though, the tough gets going..jangan mengalah...bersusah-susah dulu untuk keriangan berganda..

Hadiah kedua diterima tengahari semalam..a bundle of joy...hihi..bundle poslaju..arigato gonzaimas, sis..bersusah-payah hantar guna poslaju. Dapat hadiah kerana meneka-neka jawapan untuk gambar-gambar ubat...banyak salah..huhu..dan juga buat entri Jom Berkenalan dengan ubat...sharing is caring..

Tadaa..inilah hadiahnya...

  tudung dan brooches

 brooch alphabet - NH..our initial..kan..kan..

Alhamdulillah, kerudung bercorak batik ada tiga tona warna..buleh digayakan dengan baju bercorak polos...love it, Huda..

-----------------------------------
Kepada Farrah and Huda, thanks a lot...you made my day. Semoga hari-hari yang mendatang dipenuhi dengan rahmat daripadaNya..ceria-ceria selalu disamping keluarga tersayang....

Monday, 25 January 2016

Myn Bala : Warriors of the Steppe

Good movies are hard to forget. Myn Bala is one of them. Pertama kali menonton filem Kazakhstan, terus hooked dengan cerita ni.


Filem ni pernah ditayangkan di Astro A-List pada tahun 2014, sama masa dengan cerita Blissful Sunflower. Tak sempat nak fokus tengok, dah habis siaran. Cari-cari di youtube, baru jumpa yang ada English subtitles, teruja habis, menonton dengan sepenuh hati..

Myn bala : Warriors of the Steppe. Myn Bala maksudnya the thousand boys - beribu anak muda. Steppe ialah a large area of flat unforested grassland in southeastern Europe or Siberia. Lebih kurang padang rumput yg luas..

Kisah persahabatan, pengorbanan dan perjuangan anak muda Kazakh menentang penjajahan kaum Dzungar yang kejam, yang berasal dari Mongolia, suku-sakat Genghis Khan. Filem sempena menyambut 20 tahun Kazakhstan merdeka dari Soviet Union Rusia.

 Dua hero - Sartai dan Taimas
 mula-mula satu geng, lepas tu ada konflik sebab jealous
Sartai dapat nama dan lebih popular..huhu..

Cerita bermula dengan kaum Dzungar membunuh ibu bapa Sartai dan memusnahkan kampung mereka.

 kaum Dzungar menyerang kampung Sartai

Mereka yang terselamat lari ke kawasan pergunungan. Di sini mereka berlatih dibawah ketua Uncle Nazar. Sartai, Taimas dan Khorlan, secara diam-diam, membuat serang hendap stail gerila terhadap askar Dzungar di kawasan steppe.
 
Sartai, Taimas dan Khorlan membuat perjanjian rahsia untuk
menyerang hendap askar Dzungar

Yang paling best cerita ni ialah cinematografi yang menarik dan budaya kaum nomad Kazakhstan, yang tinggal di kawasan steppe. Memang sangat cantik Kazakhstan dalam filem ni, teruja, terpegun..wow..wow..and wow..

 captivating, visually pleasing

Kebanyakan watak-watak dalam cerita ni ialah watak orang Islam. Kita dibawa melawat kampung nomad Kazakh. Ketua kampungnya ialah Rakhymzhan dan anak-anaknya, Kassym dan Zere.

khemah (yurt) di perkampungan nomad 

 Zere - buah hati Sartai

Sartai dan Taimas tak suka Rakhymzhan sebab berbaik dengan askar Dzungar, yang ketuanya bernama Zhonon dan anaknya Ayur. Tapi seorang pekerja Rakhymzhan yang bernama Ilyas berminat untuk menyertai Sartai dan Taimas.

 ketibaan Sultan Abul Khar untuk mesyuarat ketua-ketua kampung

 
 ketua-ketua kampung bermesyuarat bincang tentang keganasan 
kaum Dzungar, depa cakap sultan dan khans mesti buat keputusan segera

Wahh..ada sultan, ada khan..

 yang ni pula masa mesyuarat sultans dan khans

 Ahli mesyuarat berdoa pada Allah untuk kemenangan
ada yang setuju berkongsi negara dengan Dzungar, ada yang suruh lawan

 
The trio - Sartai, Taimas dan Khorlan + Ilyas, meneruskan agenda mereka - menyerang hendap kaum Dzungar, menyelamat dan melindungi kaum nomad Kazakhs di kawasan steppe, membunuh Ayur anak ketua Dzungar, menyelinap masuk ke kubu askar Dzungar dan membakar kubu tersebut.

Disebabkan hal ni, nama Sartai menjadi popular dan askar Dzungar mencari Sartai untuk membalas dendam. Bapa kepada Ayur, ketua askar Dzungar, berjumpa dengan Rakhymzhan meminta dia menyerahkan Sartai pada mereka.

sangat cantik - view of the steppe

 dating diatas bukit

Disebabkan rasa dengki pada Sartai, Taimas telah memanah Sartai dari belakang. Kassym dan kawan-kawan terjumpa Sartai terbaring di kawasan steppe dan membawa pulang Sartai ke kampung mereka dan merawat Sartai sehingga pulih.

Rakhymzhan dan Kassym melawat Sartai

Dapat mengesan bahaya serangan dari askar Dzungar, Rakhymzhan bercadang untuk pindah ke tempat lain. Semasa di kawasan steppe, askar Dzungar menyerang Rakhymzhan dan Zere tapi Zere dapat diselamatkan oleh Khorlan. Adegan lawan-lawan sambil menunggang kuda memang sangat superb.


 Zere berkahwin dgn Sartai atas restu abang dia, Kassym

semua hero mati dalam filem ni..huhu..tapi menang dalam perang

Bagi yang suka 'action-packed', 'fast-paced' filem, sangat recommended Myn Bala untuk tontonan semua. Aksi-aksi ganas dalam filem ni, bolehlah, still tolerable..
 
Filem ni pernah tercalon untuk 'Best Foreign Language Film' pada 85th Academy Awards serta mendapat positif review di IMDb.

"This film was beautifully done in every way. good cast, good directing, good screenplay, good camera, good editing, beautiful locations and settings, good costumes and, very good music. i've never thought a movie out of a small central Asia country would be this good. the script was so well crafted that allowed the young heroes and heroines to freely perform with their hearts and spirits. this is a film that once you've watched it would always stay with you, the beautiful prairie, the remote snowy mountains, the horses, the galloping. the first viewer was right, this film is indeed much better than 'nomad', the fight scenes were especially good too.- rightwingisevil from United States, 6 July 2013"

Boleh tonton di youtube, under Turk Bitig, ada English subtitle.