Satu lagi kdrama perubatan yang awesome..bermaklumat dan sangat menarik untuk ditonton..
Dr Cha Yo Han, seorang doktor genius, digelar 'Dr 10 Seconds" sebab dapat diagnos pesakit dengan betul dalam masa 10 saat. Disebabkan satu kesalahan menyuntik euthanasia, beliau dipenjara selama 3 tahun dan kemudian kembali semula berkhidmat di hospital diatas rekomendasi dari seorang bekas menteri. Dr Cha dilantik sebagai professor di Pain Management Centre, Anesthiology Department.
Heroin pula, Dr Kang, seorang pelajar tahun 2 di fakulti yang sama, kembali sambung belajar selepas berhenti kerana mengalami trauma bila bapa dia terjatuh semasa mereka sama-sama buat aktiviti wall climbing dan koma bertahun-tahun.
Heroin pula, Dr Kang, seorang pelajar tahun 2 di fakulti yang sama, kembali sambung belajar selepas berhenti kerana mengalami trauma bila bapa dia terjatuh semasa mereka sama-sama buat aktiviti wall climbing dan koma bertahun-tahun.
kecuali Dr Lee dan Dr Kang, pelajar-pelajar lain resah menunggu
profesor mereka yang bekas banduan, Dr Cha, banduan No. 6238
Selama
ni saya ingat bila tercedera, semua kita akan merasa
sakit..rupa-rupanya ada juga manusia yang tak merasa sakit, yang immune
dengan kesakitan dan perubahan suhu - sakit yang dipanggii Congenital
Insensitive to Pain with Anhidrosis (CIPA).
Dr Cha dapat cam seorang pesakit CIPA
macamana dia tahu? sebab dia pun ada CIPA
Tapi
bagaimana seorang doktor yang ada penyakit CIPA dapat merasai penderitaan
yang dialami pesakit beliau sedangkan dia tak pernah merasa sakit? Sangat
menarik tema drama ni.
Banyak kes terminal dieases yang menjadi tema drama ni disamping isu 'assisted murder' dan euthanasia. Pelbagai mainan emosi dalam drama ni - emosi seorang doktor yang ada CIPA, emosi keluarga pesakit, emosi pesakit-pesakit terminal diseases, emosi ibubapa yang kematian anak hingga jadi dendam tak sudah..
Do Doctors have the rights to decide Who Lives and Who Dies? If you can't cure pains, you should stop them. Pain is how our body tries to communicate with us. When something in our body is in danger or is malfunctioning, it tries to tell us that there is something wrong in this area.
Adegan paling sedih bila Dr Kang sekeluarga berkumpul di wad bapa dia yang koma untuk 'last farewell' sebelum doktor menanggalkan life support system..huahua..dan kemudian mengiringi mayat bapa dia ke bilik bedah untuk proses derma organ.
Drama ni habis pada 7 September 2019. Pada 11 September, ada satu kes euthanasia di Belanda. Mahkamah di Belanda membebaskan seorang doktor yang menyuntik euthanasia kepada seorang pesakit Alzheimer's diatas persetujuan pesakit tersebut. Euthanasia dibenarkan di negara Belanda sejak tahun 2002. Kes ini jadi kes mahkamah kerana pendakwaraya merasakan doktor sepatutnya mengadakan perbincangan intensif dengan pesakit sebelum menyuntik euthanasia.
At the centre of the case was the question of the woman's ability to consent to ending her life despite her previous statement. "A crucial question to this case is how long a doctor should continue consulting a patient with dementia, if the patient in an earlier stage already requested euthanasia," "A more intensive discussion with the patient" could have taken place before the decision to end her life".
Drama ni ada 32 episod, setiap episod cuma setengah jam. Recommended untuk ditonton.