Thursday, 28 November 2019

Hat Yai : Chang Puak Camp | 3 Jenis Pasar

Kembali ke Hat Yai. Terus ke Chang Puak Camp.  Dalam kem ni bukan saja ada gajah, tapi ada binatang lain juga.


Masuk adalah percuma, tapi nak naik gajah, nak bergambar up-close dengan gajah, nak tengok singa, kena bayar. Kami cuma duduk berehat di cafe. Hari dah pukul 12.15 tengahari, masa tidur untuk haiwan.

anak gajah

pisang untuk gajah

kambing biri-biri

stesen untuk naik gajah

singa putih terbongkang tidur

Selepas habis makan aiskrim, berjalan keluar, menuju ke van. Zul cadang solat dulu, makan ringan-ringan di shopping complex terbesar di HatYai, lepas tu ke dua tempat shopping. Kitaorang ok je. Bermulalah episod meneroka tiga jenis pasar di Hat Yai.

1. Central Festival Hat Yai

Kompleks membeli-belah yang moden dan terbesar di Hat Yai. Tujuan utama ke sini adalah untuk menunaikan solat dan membeli makanan ringan buat lapik perut sebelum ke seafood buffet.

Menarik shopping complex ni, lebih kurang macam Pavillion KL. Surau di tingkat 2. Suraunya besar dan selesa, telekung ada disediakan. Tempat ambik wuduk ada dalam surau.
 
 


Dah lama tak masuk shopping complex di Thailand. Last masuk masa di Bangkok, lupa yang beg kena check. Ada security yang check handbag, backpack semua. Masuk je di tingkat bawah, perghh..penuh dengan gerai-gerai menjual makanan halal.



Menarik makanan Thai ni, meriah, warna-warni
 

nasi ayam - menarik tengok ayam yang digantung


 ruang makan

bukan saja pulut mangga, pulut nangka & pulut durian pun ada dijual

ruang untuk photoshoot

2. Kaysorn Souvenir Shop

Pasar khas untuk para pelancong, one-stop centre. Semua ada, daripada pakaian, handbag, kasut hinggalah ke makanan. Sebab dah tau lepas ni nak pergi pasar borong, takdelah beli banyak di sini. Cuma beli snek kacang dalam tin saja di sini, buat syarat.



 
3. Pasar tradisional di tepi menara jam
 
Yang ni tak tau nama apa pasar ni. Zul cakap pasar borong. Landmark senang nak ingat - dekat menara jam ni.


 Hat Yai clock tower

 tulisan siam je

Tujuan ke sini nak beli kacang gajus. Bila dikira-kira masih tak cukup souvenir untuk saudara mara. Jom meredah pasar tradisional Hat Yai. Walaupun dah petang, masih ramai lagi yang membeli-belah.

 pit stop beli kacang gajus


pelbagai jenis ready made green curry, paprik paste
green curry paste sekilo THB60 (RM8.00)


belacan thai

 Kat kedai akak ni lah, beli pulut putih dan pulut hitam. Dahlah akak yang jual tu tak reti cakap melayu & omputih, teruk gak lah nak membeli..haha..
 

di kedai runcit ni yang banyak memborong
sabun beras, megi siam, snek kacang dalam tin

Mudah beli kat pasar je, murah pun murah berbanding dengan tempat lain.

Tamatlah sudah sesi beli-membeli, kita pergi makan pulak, lunch + dinner. Memang simpan perut untuk makan di sini. Jom steamboating!

Tuesday, 26 November 2019

Hat Yai: Baan Nakhon Nai Museum, Songkhla

Masih lagi di Songkhla..

Dah kenyang minum air kelapa, sambung jalan-jalan di Songkhla town. Request kat Zul nak pergi pekan lama Songkhla (old town). Zup zap, zup zap, tetiba van berhenti depan bangunan putih ni.
 

Tak tahu bangunan apa. Zul bagitau ni bangunan muzium. Check di google map, muzium ni namanya Baan Nakhornnai Museum. Nakhornnai ialah nama jalan depan ni.

Ada dua bangunan sebelah-menyebelah - sebuah rumah kayu 2-tingkat Chinese-style dan bangunan 4-tingkat warna putih bersenibina Cina-Eropah. Yang rumah kayu dijadikan muzium komuniti, yang bangunan putih 4-tingkat ni ialah hotel butik.
 
rumah kayu yang dijadikan muzium

Kesukaanku!! Masuk adalah percuma. Menarik bangunannya. Jom masuk, sambil tu snap-snap apa yang menarik. Kita masuk bangunan putih dulu.

 ntah apa tulisan ni

banyak koleksi ceramic

pintu berukir dan jubin lantai bercorak

Masuk je ke dalam bangunan, banyak barang-barang antik cina dipamerkan di ground floor


Chinese-style day bed

ceramic vase

kain-kain batik untuk dijual
kain batik sebijik macam di Malaysia

Masuk je ke ruang internal courtyard, hati terpaut dengan suasana vintage.

My mother dan her cucu. Risau tengok cucu yang berlari ke sana ke sini
dengan pasu-pasu seramik yang banyak 

 perigi lama

Jom ke kanan dulu, ke rumah kayu dua tingkat ni. Ada lantai kaca di tingkat atas.

 pasu-pasu disusun secara akrobatik

tak tau apa


pandangan belakang, pinggan-pinggan ceramic dilekat di dinding
ada juga koleksi pasu disusun sebegitu rupa

dua bangunan bersentuhan

batu dan kayu

meriam lama

tingkap yang klasik

di tingkat atas penuh dengan gambar dan perabut antik

glass floor

aiskrim durian dan manggis yang sangat 'tempting'
ada orang komen di tripadvisor, katanya sedap
tapi tak tahu halallan toyyiban ke idok

rumah kayu setingkat yang mengadap jalan

pasu ceramic yang unik design nya

cantik design nya

ada pasangannya

ceramic gambar kijang

pandangan belakang

Rumah kayu ni menempatkan koleksi gambar hitam putih dan ukiran-ukiran (sculpture) kepunyaan the late King of Siam, iaitu King Bhumibol Adulyadej. Gambar-gambar di masa the late King Bhumibol jadi raja Siam.

 pandangan depan

gambar ni yang menarik perhatianku
sebab ada gambar yang ini

Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin 
Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
semasa jadi Yang Dipertuan Agung ke-12 dan Raja Perempuan Perlis

ini tak tau gambar siapa, tulisan siam
gambar king masa muda kot

piring seramik gambar ikan

Tamat sudah lawatan di muzium kecil ni tapi penuh dengan bahan-bahan pameran. Teruja tengok koleksi ceramic yang pelbagai bentuk dan design.

muzium kecil yang sarat dengan sejarah

butik hotel

Kalau ikutkan hati, nak je jalan-jalan sambil snap-snap gambar pekan lama Songkhla ni. Ada banyak lagi tarikan di sini seperti mural-mural, kilang beras lama (red rice mill), apochetary of Singora. old town Songkhla gate, kedai-kedai vintage. 

Jalan-jalan di kota lama Songkhla terasa aura seperti di Melaka dan Penang. Old town vibe. Songkhla old town juga sedang berusaha untuk mendapat pengiktirafan Unesco world heritage site.


Bangunan-bangunan lama di Nakhonnai Road

Disebabkan hari pun dah tinggi, cuaca panas pulak tu, dengan bawa budak-budak lagi, terpaksalah cancel hasrat di hati dan teruskan perjalanan balik ke Hat Yai.

Laew Phop Kan Mai Na Krab, Songkhla (see you again Songkhla)..