Kadang-kadang terfikir macamana tuan punya bisnes dapat idea nak bagi nama untuk produk mereka..ada yang catchy, ada yang pelik..ada yang guna nama sendiri, nama mak, nama anak, nama suami/isteri, nama tempat...
Yang ni mungkin ada kaitan dengan motosikal...
Nasi lemak Motor di Medan Selera, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
dekat Hospital Kuala Lumpur (GH)
nasi lemak sambal sotong..terbaik..
Nasi Lemak Motor ni diantara nasi lemak yang sedap di Kuala Lumpur. Youtuber mat saleh, Rhys William ada buat review nasi lemak ni dalam The Nasi Lemak Show.
Sedap tengok mat saleh ni makan nasi lemak
Ok, yang ni pula Satay Bikerz di Bandar Baru Sentul
Rasanya owner ni peminat motosikal, jenis yang gi konvoi rasanya
banyak betul pelekat group motor kat gerai dia
pelbagai sticker ada
Satay Bikerz ni diantara sate yang enak di Kuala Lumpur
Teringin pulak dua-dua makanan ni...