Monday, 2 November 2020

Tokyo Street Revisited

Moshi-moshi, hello November..

Tak dapat pergi Tokyo city, kita pi Tokyo Street. Cerita lama, tahun 2018..

Tokyo Street ni lokasinya di tingkat 6, Pavillion Kuala Lumpur. Dulu dah pernah pergi tahun 2014, dalam entry Tokyo Street.

Di sini sentiasa musim bunga, so adalah hiasan bunga-bunga sakura on the way to the entrance Tokyo Street...

yeayy..bunga-bunga sakura..
 
Fuji Sushi di entrance Tokyo Street

macaron versi Jepun
 
kawasan kedai-kedai comel
 
Time for lunch. Pilih untuk makan di restoran shabu-shabu (hotpot) - Suki-Ya. Bila check, Suki-Ya ni halal-certified outlet, so, masuklah kami, nak makan rebus-rebus versi Jepun
 
kecik je outletnya
 
dua pilihan - sup & tomyam
 
kepingan daging ayam dan kambing biri-biri

shabu-shabu hotpot
 
 
Aiskrim matcha (teh hijau) sangat sedap di sini. 
 
Sekarang ni tak tahu, Tokyo Street ni macamana rupanya, hopefully, stay the same..

Friday, 30 October 2020

Nasi Lemak Ohsem

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Tengok harga terkedu sementara
Kerana hati hamba ikutkan 
 
haha..nasi lemak harga RM33.00++. Nasi lemak apakah itu?
 
Nasi lemak Ayam Ohsem by Kenny Rogers
dihantar ofeh foodpanda

 
Tengok ada strikethrough kat tanda harga, tu yang rasa ok juga harganya..
tambah satu sos lada hitam extra, 
gedebak-gedebuk, campur tax dan delivery charge, total RM33++..ohsemnya..
Letak promo code, dapatlah discount..last price RM25.39...
 
Huh! sebab teringin nak makan nasi lemak ayam panggang, on je lahh..sekali-sekala makan nasi lemak premium..huhu.. 

nasi dimasak dengan Extra Virgin Coconut Oil (EVCO)
dalam plastik merah ada kacang goreng dan ikan bilis
 
sedap juga nasinya, ayamnya? biasalah ayam panggang Kenny Roger's..

Thursday, 29 October 2020

Salam Maulidur Rasul 1442H

12 Rabiulawal 1442H bersamaan 29 Oktober 2020

 Mari kita perbanyakkan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda dan amalkan sunnah-sunnah Baginda, sebagai tanda ingatan dan cinta kita kepada Baginda.

Salam Maulidur Rasul. Ummah Rabbani, Negara Harmoni.