Sunday, 7 February 2021

Drama China yang buat kita rasa nak jadi e-sports gamer...haha!

Nihao...selamat berhujung minggu..

Review drama dari negara China Mainland. Sekarang ni banyak layan drama cina. Drama mereka ada yang best dan yang penting, ada substance, motivation, at least, we can learn something from the drama, menambah pengetahuan am...I like..

Antara drama yang best ialah yang bertema computer, tentang programming, e-sports, diselit dengan kisah percintaan, persahabatan, persaingan, games competition. Seronok tengok games yang ada banyak karakter, view yang cantik. 

Kurang tahu tentang e-sports, computer games semua ni, cuma pernah dengar PUBG, Dota 2. Tak pernah main live games yang melibatkan ramai players..yang dipanggil MMORG..massively multiplayer online role-playing game.

Esports (also known as electronic sports, e-sports, or eSports) is a form of sport competition using video games. Esports often takes the form of organized, multiplayer video game competitions, particularly between professional players, individually or as teams.  By the 2010s, esports was a significant factor in the video game industry, with many game developers actively designing and providing funding for tournaments and other events.

Meh tengok review drama yang bergenre e-sports, yang ada MMORG..

Love O2O (drama)

 

Drama tentang hubungan online membawa kepada hubungan offline, kehidupan pelajar di universiti, di dorm dan di akhir-akhir episod, tentang alam pekerjaan. Heroin, Bei Wei Wei, pelajar tahun 2 kursus sains komputer di Qing University. Seorang yang bijak, bercita-cita nak jadi game designer. Dia juga top 10 player untuk computer game 'A Chinese Ghost Story'. Dia guna web ID Luwei Wei Wei.
 
Hero, Xiao Nai, pelajar tahun akhir kursus yang sama di universiti yang sama. Dia ialah player No. 1 dalam game yang sama. Dia guna web ID Yixiao Naihe. Mak bapak professor di university yang sama. Seorang yang sangat handsome, pandai main basketball dan swimming, sudah tentulah menjadi pujaan pelajar-pelajar wanita di kampus. Tapi dia ni jenis 'nerd', tak layan semua tu.

  

watak Luwei Wei Wei dan Yixiao Naihe dalam game

Dalam game A Chinese Ghost Story, ada ramai players. Kebanyakan players tak kenal antara satu sama lain, cuma kenal secara online dengan web ID masing-masing. Hero dengan dormmates dia satu kumpulan dalam game tu.

Satu hari, kawan player heroin minta tolong untuk satu task dalam game, tiba-tiba laptop heroin rosak. Lepas hantar laptop, dia ke internet cafe untuk sambung main game. Masa ni lah hero ternampak heroin tengah kusyuk main game, tengok dari belakang. Dia kenal ID heroin sebab Luwei Wei Wei seorang saja perempuan  top 10 player. Dia berminat nak berkenalan dengan heroin dalam game.

Dalam game tu, Luwei Wei Wei kena cerai dengan suami online dia, Wuxiang. Hero (Yixiao Naihe) approach Luwei Wei Wei, ajak kahwin dengan dia dalam game. Berdating, bercinta dalam game, kat luar tak approach pun heroin. tengok dari jauh je..haha..yang heroin pulak tak tahu suami online dia tu lah yang dia dan dormmates dok 'fangirling' kat kampus.

Bila hero ajak jumpa offline dan declare their relationship, fuhh..sweet sungguh, bikin our heart flutter..hehe. Tapi bestlah drama ni..macamana hero & friends tubuh company, develop computer game, nak bagi game tu less than 1GB, fluidity, compatibility. Visual effect dalam games tu memang cantik.

Yang berlakon jadi hero, nama dia Yang Yang..memang handsome betul..haha...University dalam drama ni memang sangat awesome..Shanghai Shongjiang University Town..menarik kampus dia..

Love O2O (movie)

 

Jalan cerita lebih kurang sama dengan drama series, tapi sebab movie, lebih compact. Tapi best juga. Heroin dia, pelakon nama Angelababy.

 

Yixiao Naihe dan Luwei Wei Wei versi movie

The King's Avatar

 
Hero dalam drama ni sama dengan hero Love O2O - Yang Yang. Drama ni lagi ramai players dan team e-sports.

Kisah mengenai Ye Xiu, kapten team Jia Shi, sebuah kumpulan e-sports, yang dipecat oleh syarikat, kemudian bekerja sebagai operation manager di internet cafe bernama Happy. Ye Xiu ialah top-tier player untuk game 'Glory'.

Dia kembali semula dalam game Glory dengan web ID 'Lord Grim'. Sebab dia terer, dia cepat dikenali dan ramai musuh dalam game. Dengan bantuan tuanpunya internet cafe, dia tubuh kumpulan e-sport, Happy. Macam2 karakter game ada - launcher, blade master, sharpshooter, ghost blade..

Drama ni best sebab boleh tengok kesungguhan kumpulan2 esports, ada training, tempat training pun best. Ada esports competition.

Go Go Squid


Drama lebih kurang sama dengan the King's Avatar. Hero tak puas hati dengan group dia, tubuh group baru. Tempat training mereka sangat best. Heroin pula  pelajar master kursus sains komputer. Heroin jatuh cinta pandang pertama dengan hero, masa hero datang ke internet cafe sepupu heroin. dia asyik la kejar hero...for me, kurang gemar karakter heroin - mcm childish, clingy and annoying..

Just go for the computer thing, information security competition about cyber security, artificial intelligent, yang lain-lain tu skip je, fast-forward if possible. Ada scene di water town, I like. Go Go Squid ni ada season 2..

Gank Your Heart 

Menonton drama ni selepas Tiara Sapphire suggest dalam ruangan komen. The verdict, I like it, like it..


Cerita mengenai hero, Ji Xiang Kong, ketua kumpulan e-sports Legends, yang terpaksa letak jawatan kerana masalah dalam company. Dia kemudian join group Wei Teng (VNL) tapi kena khianat dengan ahli group sendiri. Akhirnya, tubuh group sendiri. Heroin pula pengacara video online yang terpaksa jadi e-sports commentator atas arahan boss dia. Disebabkan kurang pengetahuan tentang e-sports, dia menghadapi banyak masalah. Hero dan heroin bertemu pertama kali di pertandingan e-sport iConquer di Vancouver.

Pada mulanya mereka bermusuh, banyak masalah. Hero ingat heroin ni nak ambik kesempatan untuk naikkan rating video. Disebabkan satu video fake yang dimuatnaik mengenai insiden yang melibatkan group hero, heroin diberhentikan kerja. Bila kes ni dapat diselesaikan, hero dan heroin berdamai. Heroin bangkit semula dari bawah, main game untuk memahirkan diri untuk jadi e-sports commentator. Hero dan heroin saling support satu sama lain untuk berjaya ke peringkat antarabangsa. Drama ni berkisar tentang e-sports, competition, persahabatan, keluarga, percintaan, personal growth, motivasi, bagaimana ahli kumpulan yang berbeza karakter bergabung untuk mencapai juara dunia. Dan ada shooting di Disneyland Shanghai...
 
 
Inilah lima drama/movie China yang best untuk mengenali dunia e-sports. Walaupun bukan gamer, menonton drama genre ni buat kita rasa teruja. Pilihan saya - Love O2O dan Gank Your Heart..

Recommended for viewing..happy binge-ing..

Sunday, 31 January 2021

Hadiah dari blogger Shida

 Alhamdulillah, dapat hadiah Geng Kuat Komen daripada blogger Shida.

 ada 2 hadiah

Fridge magnet dari Pulau Pangkor
 
Kalender tahun 2021

bhg belakang kalender
 
Terima kasih Shida.
Semoga bertambah rezeki, maju jaya dalam hidup, dunia & akhirat
dikurniai anak soleh & solehah..amiin..

Selamat berhujung minggu. Esok KL cuti, hari wilayah

Friday, 29 January 2021

Terowong Merah Jambu

Hola..

Kat Malaysia tak banyak terowong jalanraya. Yang legend, terowong kat Karak Highway dan terowong Menora kat Kuala Kangsar di Lebuhraya Utara-Selatan. Entah kenapa, rasa teruja je bila nak sampai ke terowong..haha..

Kat KL, ada dua terowong - Terowong Smart di Sungai Besi dan Terowong Penchala di Penchala Link, SPRINT Highway. 

Terowong Penchala ni cantik, warna merah jambu (pink). Panjangnya 710 meters.

 cantik kan..hihi...entry santai di petang hari..