Tuesday, 20 April 2021

Mesyuarat & Makan Tengahari di Tamu Hotel & Suites

Assalamualaikum semua..

Cerita hari Sabtu, 10/4, sebelum bulan Ramadan. Menghadiri mesyuarat agong PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan di Tamu Hotel & Suites, di Kampung Baru.

Alhamdulillah, dah 12 tahun bersama PERKIM. PERKIM ialah singkatan bagi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia. Ditubuhkan pada 19 Ogos 1960 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, PERKIM menekankan tiga aspek utama iaitu dakwah, pelajaran (pendidikan) dan kebajikan, terutamanya kepada golongan asnaf Mualaf.

Antara projek PERKIM untuk asnaf Mualaf ialah Kelas Pemantapan Aqidah, Kursus Intensif Fardhu Ain, Klinik bacaan Al-Quran, dakwah orang asli, Misi syahadah (Pengislaman), bantuan perniagaan Mualaf, Bantuan Sara Hidup.

Ahli-ahli PERKIM bergerak dibawah PERKIM cawangan. Setakat ini ada 25 cawangan PERKIM di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
 

Sama seperti pertubuhan yang lain, setiap tahun, mesyuarat agung mesti diadakan. KL masih dibawah PKPB, tapi perhimpunan dibenarkan dengan SOP yang ketat. Perwakilan setiap cawangan pun dikurangkan daripada 5 orang kepada 3 orang sahaja.

Pertama kali jejak kaki di hotel ni. Milik bumiputera sepenuhnya. Lokasinya berhadapan Kampung Baru Medical Centre dan Masjid Jamek Kampung Baru yang femes dengan bubur lambuk di bulan Ramadhan.

lobby Hotel Tamu

Dewan mesyuarat di tingkat 13. Sarapan pagi disediakan di ruang legar depan dewan. Alhamdulillah, makan ketiau goreng dan karipap bersama kopi dan teh.

ruang legar yang luas
 
dewan mesyuarat yang luas
bolehlah buat social-distancing
 
Alhamdulillah, door gift - kurma ajwa
 
 
Alhamdulillah, mesyuarat berlangsung dengan jayanya, tamat pada pukul 12.30 tengahari.

Beberapa aktiviti PERKIM Bahagian WP sepanjang tahun 2020 dipetik dari makalah Berita PERKIM.


Program Ihya' Ramadhan & sambutan hari raya bersama Mualaf
 
 
Dah habis mesyuarat, jamuan makan tengahari di cafe hotel, Suasana @ 27. Ramai juga, ada event kat sini, gathering sekolah rasanya, sempena habis SPM kot. Dengar budak-budak panggil cikgu.

Suasana @ 27
 
main dish - nasi & lauk pauk
 
dekorasi hidangan
 
rojak buah
 
yong tau fu
 
western
 
pelbagai jenis kek

Best jugalah hotel ni. Lokasi di kampung Melayu. Keluar dari parking, nampak rumah orang, rumah papan di Lorong Raja Alang.
 
Jom sokong ekonomi Bumiputera.

Friday, 16 April 2021

Juadah berbuka

Salam Jumaat...

Dah petang, bolehlah up gambar makanan...hehe..takde idea nak update blog.. 

popia Vietnam
 
menu berbuka hari ke-2
pasta sup & popia vietnam
 
Yang ni beli kat kawan pejabat
 
dalam balang - peria goreng rangup
dalam plastik - sambal jawa goreng kicap

- Selamat berbuka -

Tuesday, 13 April 2021

Salam Ramadhan 1442H / 2021M

لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada Ramadhan tahun lalu.

Semoga diberi kesihatan yang baik
Dipermudahkan segala urusan dengan redha dan rahmat Allah hendaknya 

Ramadhan adalah bulan berkah, pengampunan, belas kasihan, dan kebebasan dari api neraka. Di bulan suci ini, banyaklah berdoa dan perbanyak sedekah dan perbuatan baik yang lain..

Mohon maaf zahir dan Batin

Marhaban Ya Ramadhan 

Ramadhan Kareem..Allahu Akram..